4

898 70 0
                                    

Selesai makan malam, Sara mengambil keputusan untuk duduk di taman. Kembang juga turut menemaninya. Angin bertiup menyamankan. 'Udara zaman dulu memang menyegarkan,'kata hatinya.

"Dinda,"panggil Tun Ishak.

Sara tersenyum. 'He looks like a dream. But he is Cempaka's brother. It is totally wrong to treat him otherwise,'bicara mindanya.

"Kenapa abang?"tanya Sara.

"Abang?"tanya Tun Ishak kembali.

"Kanda dinda meletihkan lidah Cempaka. So, panggil Cempaka bukan dinda. Cempaka panggil abang bukan kanda,"terang Sara tersenyum.

"Abang suka. Rasa lebih dekat dan biasa," balas Tun Ishak.

"Tun Damn You tu mana?"tanya Sara.

"Siapakah Damn You?"tanya Tun Ishak hairan.

"Sahabat baik abang yang juga tunang paksaan Cempaka,"jawab Sara. Tun Ishak ketawa. Lain sungguh bicara dan perangai Cempaka sejak baik dari sakit.

"Pelik sungguh adik abang," kata Tun Ishak. Biarpun Cempaka berperangai pelik tetapi ada sesuatu yang menghiburkan hatinya. "Dia ada di bilik katanya kelesuan." Cempaka mengangguk. "Cempaka tidak mengantuk lagi?"

Sara menggelengkan kepalanya. Dia makan terlalu banyak hingga perutnya tidak selesa.

"Abang pergilah berehat. Malam ini sangat indah. Cempaka hendak menikmatinya sedikit lagi."

"Baiklah. Abang masuk tidur dulu. Jangan terlalu lama di sini nanti tidak elok berembun,"pesan Tun Ishak. Sara ketawa. 'Berembun,'kata hati Sara. Itu perkataan mamatok.

"Selamat beradu,"kata Sara sambil melambai. Tinggallah Sara masih memandang bulan purnama yang bulat dan terang di langit. Dia menghela nafas panjang. "Aku mesti mencari jalan balik ke zaman aku,"katanya perlahan.

"Cempaka bilang apa?"tegur Kembang. Sara menggelengkan kepalanya. Dia melihat gadis sunti itu. Zaman ini memang tidak memihak kepada wanita. Mempunyai pelajaran hanya untuk golongan bangsawan.

"Kembang, esok kita bersiar-siar. Teringin juga hendak melihat pelabuhan Melaka yang terkenal satu dunia,"beritahu Sara.

"Datuk tidak selalu izinkan kita keluar ke kota,"terang Kembang.

"Siapa kata kita perlu keizinan?"tanya Sara mengusik. Kembang segera berlutut di sebelah Sara.

"Hukuman datuk amat berat kalau kita curi-curi keluar Cempaka. Tolonglah Kembang,"rayu gadis comel itu. 'Serius sungguh kalau begitu,'bisik hati Sara.

"Oklah oklah. Kita fikir jalan lain,"balas Sara.

"Oklah? Apa maknanya?"tanya Kembang sejujurnya. Sara ketawa. 'Alahai susahnya nak berkomunikasi zaman keris dan lembing ni,'bisik hatinya

"Oklah tu maksudnya semuanya bagus, baik. Faham tak?"

"Oklah,"jawab Kembang. Sara ketawa lagi.

"Bijak sungguh Kembang ni!"puji Sara. "Sejuklah. Jom kita masuk tidur,"ajak Sara. Mereka beriringan menuju ke kamar mereka.

Kalau Cempaka tidak boleh keluar sendirian,mungkin boleh meminta pertolongan Tun Ishak. Sara berfikir dalam mengatur tapaknya ke bilik.

Beduk Subuh mengejutkan Sara. Dia lantas bangun dan bersolat subuh dengan Kembang.

"Kembang carikan Al-Quran. Cempaka hendak mengaji,"pinta Sara. 'Mungkin dengan mengaji aku akan mendapat jalan keluar dari zaman ini,'fikirnya. Sara terus mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Tun Ishak dan Tun Daim yang baru sahaja pulang dari masjid terkejut dengan kelunakan suara yang keluar dari kamar Cempaka.

"Eh siapa yang mengaji tu?"tegur Tun Daim. Tun Ishak tersenyum.

"Suara Cempaka itu. Tak sangka merdu juga suaranya,"puji Tun Ishak. Tun Daim terkejut kerana dia sendiri tidak sangka Cempaka boleh mengaji dengan baik. "Yang kau terkaku di situ kenapa?"usik Tun Ishak. Tun Daim tersedar dari lamunannya dan melangkah pergi.

Selesai membaca Quran,Kembang mengemas peralatan tadi.

"Kembang, aku laparlah. Ayuh kita sarapan," kata Sara.

"Baik, Kembang pergi sediakan,"balas Kembang Cina berlalu. Dirinya agak kepenatan dengan kerenah Cempaka yang baru namun tetap bersyukur, Cempaka melayannya seperti seorang kawan.

'Baik aku minta tolong Tun Ishak untuk bawa aku jalan-jalan hari ni,'fikir Sara. Dia terus melangkah ke kamar Tun Ishak. Baru sahaja pintu hendak diketuk, ia sudahpun terkuak. Kelihatan Tun Daim di muka pintu.

"Cempaka,"tegur Tun Daim. 'Baru kau nak menegur?'jawab Sara di dalam hati. "Tadi Cempaka mengaji ke?"tanya Tun Daim. Sara hanya melihat lelaki itu di hadapannya.

"Abang! Cempaka di sini. Keluar sekejap,"laung Sara.

"Kenapa Cempaka?" Tanya Tun Ishak di belakang Tun Daim.

"Boleh tolong ke tepi?"minta Sara kepada Tun Daim. Dia menarik tangan Tun Ishak keluar dari bilik. "Abang, Cempaka nak minta tolong,boleh?"

"Tolong? Dinda nak suruh abang buat apa?"

"Abang, temankan Cempaka ke kota. Bosanlah,"pinta Sara sambil megerdipkan matanya berkali-kali. Tun Ishak ketawa.

"Bosan itu bagaimana?"

Sara menggaru kepalanya.

"Tidak ada apa hendak dibuat, tiada sahabat hendak bermain. Terasa duka dan sengsara,"terang Sara. Tun Ishak menggelengkan kepalanya sambil ketawa. Setiap kali Cempaka membuka mulut ada sahaja perkataan yang dia sendiri tidak memahaminya.

"Baiklah. Abang faham. Pagi nanti abang dan Daim mesti ke kota juga ada urusan. Sekiranya Cempaka sudi, bolehlah ikut,"jawab Tun Ishak. Sara melompat kegembiraan.

"Terima kasih abang! Jam berapa?"

"Jam berapa?"

"Bila nak pergi ke kota?"tanya Sara lagi

"Cempaka bersiap sahaja. Bila abang dan Daim sudah bersedia nanti abang kirimkan utusan,"jawab Tun Ishak. Sara tersenyum.

"Cempaka pergi dulu,"kata Cempaka sambil melambai kepada Tun Ishak. Tidak sedikitpun dia melihat Tun Daim. Tun Daim merasa dirinya tidak dipedulikan. Bukankah sepurnama dulu Cempaka pernah menyatakan hasrat untuk menjadi isterinya yang sah. Tun Daim keliru. Adakah Cempaka tidak sukakan dia kini? Soalan itu bermain di mindanya.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now