Di dalam hutan ada segerombolan lelaki berpakaian hitam dan bertopeng. Mereka berkumpul dalam bulatan. Ketua mereka melakarkan sesuatu di atas tanah.
"Ingat, kita mesti memastikan rombongan diraja tidak sampai ke Chang An. Kau letupkan di hadapan, kau serang dari atas bukit, aku dan yang lain akan serang dari atas pokok."
"Ketua, perlukah kita merompak?"
"Kita mesti membuatnya seperti rompakan. Aku tidak mahu Wang Li Bao gongju dihantar ke Melaka,"kata ketua mereka lagi.
"Baik Shaoye!" Mereka berlutut menerima arahan.
"Ayuh ambil tempat masing-masing. Mereka akan lalu di sini tak lama lagi."
"Baik!"serentak jawapan mereka dan dengan pantas mengambil tempat masing-masing.
"Shaoye, sekiranya misi ini gagal kita akan dibunuh,"kata orang kanan tuan muda itu. "Sekiranya begitu, Shaoye mesti lari menyelamatkan diri,'beritahu lelaki itu.
"Sekiranya misi ini gagal. Aku akan terus mencuba untuk menyelamatkan Wang Li Bao dari menjadi isteri kepada Sultan Melayu ,"balas tuan muda itu lagi. Mereka bergegas ke tempat yang dirancang.
Shu Wu Ji yang berada di hadapan bergerak ke kereta kuda Sara.
"Zheng Kunyang, kita berhenti rehat dulu,"kata Shu Wu Ji. Sara mengangguk sahaja. Mereka berhenti di persimpangan jalan yang penuh pokok untuk berteduh. Kembang dan Syahida sibuk membantu ahli rombongan yang lain untuk menerima bekalan dan mencari tempat untuk menikmati bekalan.
"Shuang er," panggil Wu Hen . "There's a river if you need to do your stuff,"beritahu Wu Hen. Syahida berbisik kepada Kembang.
"Bahasa apa yang mereka gunakan itu?" Kembang mengangkat bahunya tanda tak tahu.
"Okay!!!"jerit Sara dari jauh. Entah kenapa sejak malam semalam hatinya sedikit gelisah. Sekejap bayang ibunya sekejap bayang mamatok. 'Kenapa macam tak sedap hati ni?'soalnya sendiri.
"Cempaka..."panggil Kembang apabila melihat Sara mengatur langkah ke arah sungai.
"Aku hendak ke sungai. Terasa hendak ke bilik air,"balas Sara masih lagi berjalan.
"Kembang ikut," kata Kembang berlari sedikit untuk menyamakan langkah Sara.
"Boleh saja!"jawab Sara tersenyum.
"Kembang tanya satu soalan boleh?"
"Satu je? Lebih mesti kena bayar satu syiling perak ok?"usik Sara tersenyum ke arah Kembang.
"Cempaka nampak begitu serasi dengan Shu Shaoye,"kata Kembang memulakan perbualan.
"Itu bukan soalan," usik Sara lagi
"Baru semalam bertemu, Cempaka sukakan shaoye kah?"tanya Kembang. Langkah Sara terhenti dia mengalihkan tubuhnya ke arah Kembang.
"Tun Daim suruh tanya ke?"
"Eh tak...Syahida..."terang Kembang.
"Kenapa tak boleh ke?"balas Sara.
"Bukan apa, Cempaka tak perasan ke bila Cempaka asyik berbual dengan Shu shaoye Shu jiangjun asyik memerhati,"beritahu Kembang. Sara mengangkat bahunya dan meneruskan langkahnya.
Kedengaran derap tapak kaki kuda di belakang mereka.
"Shuang er,"panggil Shu Wu Ji. Sara menoleh.
"Kau datang nak apa?" Tanya Sara.
"Bahaya berjalan tiada berpengawal,"jawab Shu Jiangjun.
"Bukan jauh pun. Dah nampak pun sungainya."
"Shuang er di sini hutan bahaya."
"Ohh...wo zhidao le. Aku jalan dulu. Lagipun Kembang kan ada. Ni Bié dānxīn ba(janganlah risau)," jawab Sara meneruskan langkahnya.
"Aku temankan,"kata Shu Wu Ji.
"Wǒ méishì (aku tak apa-apa). Kembang kan ada ni. Keselamatan ahli rombongan lebih penting. Terutama Pak Syeikh. Tak ada Pak Syeikh siapa nak ajar Wang Li Bao gongju tentang Islam. Tak boleh jadi permaisuri Sultan Melaka,"balas Sara panjang lebar. Shu Wu Ji menggelengkan kepalanya. 'keselamatan kau juga penting,'bisik hati Shu Wu Ji. Shu Wu Ji mencampakkan pisau kecil kepada Kembang. "Ni untuk keselamatan,"katanya lagi. Kembang mengambilnya. Sara meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan leteran Shu Wu Ji.
Cantik di tebing sungai itu...airnya jernih dan nampak batu-batuan di dasar. "Lebar juga sungai ini,"kata Sara perlahan. Dia menangguk air untuk memudahkan dia membuang air.
"Cempaka, Kembang dah korek lubang di tepi pokok sana dan dah pun gantung tirainya," beritahu Kembang. Sara tersenyum.
"Sayang Kembang. Er Kembang tak mau membuang ke?"
"Kecil ke besar?"tanya Kembang balik. Sara terkejut.
"Ei, badan kau nak tanya aku apasal? Ikut suka kaulah besar ke kecil ke?"balas Sara ketawa. Kembang juga ikut ketawa.
"Takpe, Cempaka pergi dulu. Nanti Kembang cari tempat lain,"jawab Kembang.
"Ok, aku pergi dulu,"kata Sara sambil mengangkat sebaldi kecil air untuk bersuci. Setelah siap dengan hajatnya, dia membersihkan tempat itu. Dan menurunkan tirai yang digantung oleh Kembang.
"Ok, Kembang akan menunaikan hajat di situ,"kata Kembang sambil menunjuk sebiji batu besar di tepinya daun-daun rimbun.
"Kau nak tirai tak?"tanya Sara. Kembang menggelengkan kepalanya.
"Nak pinjam baldi saja.,"jawab Kembang. Sara menghulurkan baldi kosong tadi kepada Kembang. Dengan pantas Kembang mengambil dan menyelesaikan tujuannya.
Mereka bergurau senda sambil berjalan ke arah rombongan.
Tiba-tiba Sara menghentikan langkahnya.
"Kenapa Cempaka?" Tanya Kembang kehairanan.
"Shoo!"balas Sara meletakkan jari telunjuk di bibirnya. "Kita lalu di sana."
"Kenapa ni Cempaka?"tanya Kembang berbisik.
"Cuba kau tengok betul-betul,"jawab Sara. Kembang yang sudahpun berada di celah pokok-pokok buluh itu melihat ada sekumpulan lelaki berpedang sedang mengepung kereta-kereta kuda mereka.
"A...,"Kembang baru hendak terjerit tetapi ditutup mulutnya oleh Sara.
"Jangan bising! Kita menyorok dekat sikit. Aku nak menyiasat keadaan di situ,"kata Sara. Perlahan-lahan mereka bergerak ke tapak hentian mereka tadi. Tiba di satu batu di tepi jalan mereka menyorok di situ.
Sara menganalisa suasana itu. Lebih kurang 20 orang lelaki berpakaian hitam, bertopeng dan bersenjatakan pedang panjang.
"Menakutkan,"bisik Kembang. "Mereka telah membuat Pak Syeikh dan Syahida sebagai tebusan,"bisiknya lagi.
"Ini bukan perompak. Ini mesti ada yang cuba menghalang kita dari mengambil Wang Li Bao untuk Sultan Melaka,"bisik Sara.
"Apa yang kita patut lakukan?"tanya Kembang. Sara memandang wajah gadis remaja di hadapannya.
'All we need is a good plan,'bisik hatinya. Masalahnya ialah denagn bilangan penjahat itu., Sudah cukup untuk membunuh semua ahli rombongan. Sara memerhatikan lagi. Shu Wu Ji masih tidak melakukan apa-apa kerana khuatir akan keselamatan Pak Syeikh. Shu Wu Hen kelihatan agak panik juga berdiri tegak di situ. Pipit yang berada di belakang Tun Daim kelihatan sedang mencari sesuatu. Sara tahu itu Pipit mencari dirinya.
Sara membuat suara burung pipit dari tempat persembunyiannya. Pipit menarik nafas lega apabila mendengarkan siulan burung itu kerana dia tahu itu Sara. Pipit bergerak perlahan-lahan ke belakang Tun Daim dan membalas siulan seperti bunyi pipit itu.
Tun Daim berpaling ke belakang perlahan-lahan kerana siulan Pipit tadi. Pipit tersenyum paksa dan mengangguk sedikit. Tun Daim berpaling semula ke depan dan dia dapat mengagak yang Pipit sedang berkomunikasi dengan Cempaka. 'Sejak bila dia tahu bersiul? Sejak jatuh pokok?' soal Tun Daim sendirian.