Beberapa ketika kesemua penjahat-penjahat itu melarikan diri. Sara memeriksa kesemua ahli-ahli rombongan. Ada beberapa yang cedera parah dan ramai yang cedera ringan. Pipit yang kembali dengan Kembang membantu kesemua yang memerlukan bantuan.
"Zheng kunyang,"panggil Shu Wu Ji. Sara berpaling. Panggilan itu mengalihkan perhatiannya daripada melihat Kembang dan Pipit bekerja. Tanpa suara dia hanya memandang Shu Wu Ji.
"Pak Syeikh?"tanya Shu Wu Ji. Wajahnya tiada menunjukkan apa-apa reaksi. Sara meneliti wajah kacak itu di hadapannya.
"Wu Hen bawa Syahida dan Pak Syeikh menaiki rakit. Jadi mereka tentu sudah sampai ke pekan sana,"jawab Sara. Shu Wu Ji mengangguk faham.
"Kalau kau cedera tadi, bagaimana akan aku beritahu Zheng gong gong?"tanya Shu Wu Ji. 'Nampaknya, kau masih tak puas hati dengan kehadiran aku di sini,'desis hati Sara.
"Macam ni...Zheng gong gong, Zheng kunyang cedera dalam pertempuran,"jawab Sara. "Senang je,"sambung Sara lagi. Shu Wu Ji bercekak pinggang mendengar ucapan Sara yang acuh tak acuh. Untuk pertama kalinya Sara melihat wajah Shu Wu Ji merah padam. Shu Wu Ji menarik Sara ke sudut yang sedikit terpencil. "ni zai gan shen me ne?(awak buat apa ni?)"tanya Sara ketika Shu Wu Ji membawanya ke tepi. Shu Wu Ji memandangnya dan masih memegang tangan kanan Sara. "Bu hao yi si (excuse me)," tegur Sara menunjukkan kepada tangannya yang digenggam erat. Shu Wu Ji melepaskan tangan Sara. Sara mengurut-urut pergelangan tangan yang terasa sakit.
"Qǐng tīng wǒ shuō.(tolong dengar apa yang ingin kuperkatakan). Kau tu hanyalah seorang perempuan, mungkin permintaanku tiada maknanya bagi kau tapi nyawa kau penting bagi aku,"kata Shu Wu Ji. Matanya begitu intense apabila mengatakan itu. Sara terpempan. 'Betullah yang diberitahu oleh Wu Hen. Shu Wu Ji menaruh hati padanya,'detak hati Sara.
"Nyawa aku milik aku. Aku tak perlukan simpati atau apapun dari kau!"balas Sara merapatkan wajahnya kepada Shu Wu Ji. "Tugas aku membawa balik Wang Li Bao gongju ke Nanjing. Biarpun nyawa aku dalam bahaya. Ni tīng wǒ shuō (Kau dengar cakap aku!) Aku ketua di sini,"kata Sara lagi dan terus berlalu.
'Maafkan aku Wu Ji. Kau perlu melupakan aku. Kita tidak akan boleh bersama,'bisik hatinya. Dia berlalu dan terus merapati Kembang dan Pipit yang sibuk membantu yang tercedera diangkat ke atas kereta kuda. Shu Wu Ji memerhatikan sahaja gadis genit yang tidak pernah kenal erti takut itu. Dia menggelengkan kepalanya. Dia sangat tidak faham tentang Shuang er atau Sara atau Cempaka itu. Tapi mungkin kerana itu, hatinya dicuri oleh gadis itu. Tun Daim yang tidak pernah lekang memerhatikan gerak-geri gadis yang sepatut menjadi tunangnya itu. 'Siapa kau yang sebenarnya Cempaka? Aku jadi bingung selepas kau baik dari sakit,'desis hatinya.
"Cempaka," tegur Kembang seraya Cempaka sudah dekat dengan mereka. "Tiada yang kehilangan nyawa,"kata Kembang lagi. Pipit masih lagi membantu beberapa lelaki yang cedera ringan ke kereta kuda. Cempaka tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia menghela nafas panjang seakan mengeluh. "Kenapa ni Cempaka? Sedari tadi membatu. Cempaka sakitkah?"lembut pertanyaan gadis remaja itu. Cempaka tersenyum. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Aku sedikit kepenatan, Kembang. Aku dengarlah kau cakap apa!" balas Sara cuba berbunyi ceria.
"Cempaka," tegur Pipit yang baru selesai tugasnya.
"Ya, Pipit," jawab Sara.
"Ada 15 orang yang cedera. 2 teruk, 13 lagi cedera ringan," Pipit memberikan laporan.
"2 teruk? Di mana mereka sekarang?"tanya Sara pantas.
"Mereka ada di kereta kuda di bahagian depan sekali," sampuk Tun Daim dari belakang. Sara menoleh.
"Kanda tak apa-apa?" tanya Sara. Tun Daim menggelengkan kepalanya.
"Dinda, pegawai istana jika tidak penuh ilmu di dada tidak akan dapat menjalankan amanah dengan sempurna,"jawab Tun Daim. Sara mengangguk dan terketawa kecil. Buat pertama kalinya sejarah pertemuan dia dan Daim, kali ini dia amat lega Tun Daim tidak tersentuh sikit pun dengan libasan-libasan parang tadi. Dan kali pertama Tun Daim melihat Sara tidak membenci dirinya.
"Alah, kalau dinda tak membantu tadi, berdarah juga kanda." usik Sara. Tun Daim mengangguk akan kebenaran kata-kata itu.
"Dinda nampak penat," tegur Tun Daim.
"Sikit," balas Sara. Dia penat dengan keadaan di sekelilingnya. Dia stress betapa senangnya kehilangan nyawa di era ini dan kehilangan nyawa bukan dalam peperangan adalah sesuatu yang biasa. Dia penat memikirkan perasaan Shu Wu Ji,. Dia penat memikirkan keletihan hidupnya di zaman ini. Dia hanya mahu pulang ke tempat asal.
"Kereta kuda penuh dengan orang yang tercedera. Ada yang perlu berjalan kaki, ada yang perlu menumpang kuda untuk kita sampai ke tempat seterusnya," beritahu Tun Daim. Sara mengerti.
"Sara nak tengok dulu yang cedera teruk tu, boleh? Yee taiyi ada kan membantu mereka?" tanya Sara memandang Tun Daim. Sara memandang Tun Daim seperti dia memandang Pipit. Seorang sahabat. Tun Daim tersenyum.
"Sudah, marilah kanda bawa dinda melihat mereka," ajak Tun Daim.
"Baik," jawab Sara. Mereka berjalan beriringan. Sesuatu yang tidak pernah terjadi. Kembang dan Pipit berpandangan dan mereka terkilas kepada Shu Wu Ji yang masih membelai kudanya. Pandangan Shu Wu JI juga tertacap kepada Sara dan Tun Daim yang berjalan seiringan.
"Kenapa dengan Cempaka?"bisik Kembang kepada Pipit. Pipit yang juga merasa hairan melihat ke arah Sara dan Tun Daim tidak bercakaran.
"Pelik, bukan?" jawab Pipit berbisik. Mereka berdua mengangguk serentak. Sara melihat kecederaan parah dua orang pengiring mereka.
"Yee taiyi, ta men zhenme yang? (Mereka macamana?)" tanya Sara apabila Yee taiyi keluar dari kereta kuda itu.
"Xianzai tamen meishi (sekarang mereka tak apa-apa) tapi kita mesti cepat kerana lagi lama tidak dirawat dengan baik, nyawa mereka akan berada dalam bahaya," terang Yee Taiyi. Sara menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia naik ke atas kereta kuda dan melihat dua orang itu. Seorang cedera di kepala dan masih berdarah, seorang tangan kanannya hampir putus. Ngeri Sara melihatkan keadaan itu.
"Taiyi fangxin ba, (tabib jangan bimbang) kita kan sampai dia sana sebelum malam," terang Sara. Yee taiyi tersenyum tanda faham dan meminta diri. "Kita mesti pergi sekarang," kata Sara kepada Tun Daim. "Cempaka akan beritahu Shu jiangjun," katanya lagi dan terus berjalan meninggalkan Daim dan berjalan ke arah Shu Wu Ji yang sedang menerima laporan daripada pegawainya. "Shu jiangjun," tegur Sara. Shu Wu Ji mengarahkan pegawai itu terus menjalankan tugasnya. "Kita mesti pergi sekarang, dua orang yang cedera itu takkan dapat bertahan lama jika lambat menerima rawatan," terang Sara. Shu Wu Ji mengangguk tanda faham.
"Lairen, kuai dian! women xuyao qu.( Pengawal, cepat kita mesti pergi)," arah Shu Wu Ji. Dengan sepantas kilat mereka semua bersedia. ada 7 orang yang tidak punya kenderaan untuk meneruskan perjalanan. Pipit dan Kembang berada di atas satu kuda. yang lain terpaksa duduk di luar kereta kuda. Shu Wu Ji dan Tun Daim menaiki kuda mereka dan menghulurkan tangan mereka kepada Sara. Kembang dan Pipit terpempan dan Sara juga. Dia meneliti wajah kedua lelaki gagah dan segak di hadapannya. Dia menjeling ke arah Pipit.
"Pipit, kau tumpang Shu Wu Ji, aku dan Kembang guna kuda kau," arah Sara. Tanpa bantahan terus sahaja Pipit turun dan membantu Sara menunggang kudanya. Shu Wu JI dan Tun Daim berpandangan.
"Pipit, kau bersama aku," pelawa Shu Wu JI.
"Baik!" balas Pipit mengangkat hormat kepada Shu Wu Ji. Mereka meneruskan perjalanan mereka seadanya. Sementara itu, Wu Hen, Pak Syeikh dan Syahida sudah pun sampai di jeti pekan yang dimaksudkan.