Setelah kejadian dinihari itu, Shu Wu Ji telah megarahkan kawalan keselamatan terutama keselamatan Pak Syeikh dan Syahida diperketat. Pagi itu angin sepoi-sepoi bahasa dan suasana dingin mencucuk tulang ketika angin bertiup.
Sara yang tidak dapat melelapkan mata berteleku di meja marmar di bilik itu. Dari pandangan Sara masa lebih kurang jam 5.30 pagi. Banyak yang bermain di fikirannya ketika itu. Dia bertanya kepada dirinya sendiri kenapa misi yang nampaknya senang tetapi agak rumit untuk dilaksanakan. Dia mengingati kembali ketika mereka diserang dalam perjalanan dan tengah malam tadi. "Apa sebenarnya yang berlaku ini?"tanyanya perlahan. "Kenapa Pak Syeikh? Adakah kerana tugas Pak Syeikh nak mengislamkan Wang Li Bao atau ini adalah menggagalkan perhubungan diplomatik dengan Melaka?" Dia menghela nafas panjang kerana tidak menemui jawapan pasti. "Dalam buku sejarah mana ada benda-benda macam ni,"katanya lagi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Dia melihat Kembang bangun dan menggeliat. Kembang terkejut melihat Sara yang sudah lengkap berpakaian.
"Cempaka..."panggil Kembang ketika berdiri. Dia menguap besar sebelum menyambung kata-katanya. Sara menggelengkan kepalanya melihat Kembang begitu. 'Comelnya macam anak kecil,'tegur hatinya. "Cempaka awalnya bangun,"tegur Kembang.
"Aku kelaparan,"dalih Sara. Kembang terkejut.
"Kembang ke dapur sebentar,"kata Kembang bergegas untuk ke luar pintu.
"Ei...nanti dulu," tahan Sara. Kembang hanya memandang Sara menunggu kata-kata seterusnya. "Pergi cuci muka, berus gigi, ambil wuduk, datang balik solat dengan Cempaka, baru ke dapur,"arah Sara.
"Lah, Cempaka tak ingatkah, Kembang cuti solat,"balas Kembang. Sara termangu seketika. Dia ketawa.
"Oklah, oklah, pergilah buat sarapan. Tapi berus gigi tu dulu,"kata Sara. Kembang mengangguk dan menghilangkan diri untuk seketika. Dia menyisir rambutnya yang ikal mayang. Masih lagi berfikir apakah sebabnya dia masih di sini. Hidupnya seperti cerita dongeng seperti sebuah mimpi yang tidak berpenghujung. Dia mengurut-urut belakang lehernya yang terasa tegang. 'Nampaknya misi ini bukanlah semudah yang kusangkakan, ' kata Sara di dalam hatinya.
Seorang penjahat yang terlepas lari kembali ke rumah di dalam hutan. Seorang bangsawan iaitu ketua kumpulan itu sedang duduk menikmati teh cina yang panas berseorangan. Suasana yang baru sahaja hendak cerah dingin dirasakan. Penjahat itu melutut memberi hormat.
"Shaoye, aku layak untuk mati," tegur penjahat itu.
"Aku kira, orang tua dan anaknya tidak berjaya dibunuh jika kau balik seorang begini," jawab lelaki itu. Bermata galak dan berperawakan menarik. Pakaian suteranya yang mahal dan berwarna hijau menunjukkan statusnya.
"Nuchai, memohon maaf," kata penjahat itu masih tertunduk.
"Kau pergi berempat, yang tiga orang lagi itu sudah mati?" tanya lelaki itu lagi. Masih lagi fokus kepada cawan tehnya. Dia memusing-musingkan cawan itu.
"2 orang mati, seorang ditangkap," beritahu penjahat itu.
"Shu Wu Ji?" soal lelaki itu. Penjahat itu menggelengkan kepalanya,
"Zheng Kunyang. Anak angkat Zheng He," beritahu penjahat itu. Lelaki itu mengalihkan pandangannya kini kepada lelaki berpakaian hitam di hadapannya.
"Perempuan yang menyelamatkan orang Melaka itu?"soal lelaki itu berkerut dahinya. Penjahat itu mengangguk.
"Zheng kunyang juga dari Melaka, Shaoye," jawab penjahat itu tidak berani memandang wajah ketua di hadapannya.
"Gadis muda berkulit gelap pagi tadi?"tanya lelaki itu tadi. Penjahat itu mengiyakan. Sara dipanggil gelap kerana tidak seputih salji. "Bukan sembarangan orang Melaka ini," katanya perlahan. "Kamu boleh pergi," arah lelaki itu. Penjahat itu cepat pergi dari situ. Lelaki bangsawan itu ialah Yong Qi, pewaris keluarga terkaya di xi'an. Menaruh hati kepada Wang Li Bao kerana persahabatan keluarga mereka. Fajar menyinsing dengan cantik di ufuk timur. Dia akan cuba menyiasat tentang gadis yang menggagalkan rancangannya.
Syahida dan Pak Syeikh siap bersarapan bertemu dengan Sara di pavilion berhadapan dengan bilik mereka.
"Ada apa-apa berlakukah dinihari tadi?"tanya Pak Syeikh yang kelihatan bimbang. Sara yang ditemani oleh Kembang memerhatikan wajah Pak Syeikh yang sejuk di pandangannya. Sara mengiyakan.
"Nampaknya ada yang cuba menggagalkan tujuan kita Pak Syeikh. Kita mesti lebih berhati-hati. Anakanda akan meminta Shu Wu Ji sendiri menjadi pengawal Pak Syeikh,"balas Sara. Pak Syeikh menghela nafas panjang.
"Patutlah Syahida dengar bising-bising. Syahida tak berani nak keluar,"akui Syahida.
"Selagi kami ada, Syahida. InsyaAllah tak ada apa-apa. Jangan risau ya,"pujuk Sara cuba menghilangkan kegusaran. Wu Hen datang bersama Pipit dan Tun Daim.
"Assalamualaikum,"tegur Tun Daim.
"Waalaikumsalam wrt,"jawab Pak Syeikh. "Mari duduk anakanda,"jemput Pak Syeikh. Syahida yang tersenyum melihat kehadiran Tun Daim tidak dapat menahan perasaan bahagia. Wajah Syahida berseri-seri. Sara tersenyum dalam diam. 'Ai, Syahida...tak dapat disorokkan,'tegur Sara dalam hatinya.
"Apa rancangan adinda Cempaka hari ni?"tanya Tun Daim.
"Dinda dan Wuhen akan ke pekan bersama Pipit dan Kembang. Nak pergi bersiar-siar melihat tempat. Oh dengan Syahida sekali kalau dia nak." Syahida bersetuju terus dengan cadangan itu.
"Kalau begitu kanda temankan,"kata Tun Daim pantas.
"Ek? Terima kasih kanda tak payahlah. Wu Hen ada Pipit ada yang pasti Wu Ji akan mengirim beberapa orang lagi. Jadi, kanda tak perlu risaukan dinda. Ada yang mengancam keselamatan Pak Syeikh dan Syahida. Kandalah orang paling layak bersama Pak Syeikh,"beritahu Sara tersenyum lebar.
"Pak Syeikh pun mengharapkan datuk dapat membantu Pak Syeikh,"pinta Pak Syeikh.
"Baiklah. Anakanda berbesar hati,"jawab Tun Daim hormat. Hatinya sedikit rawan namun dia tahu tanggungjawab itu lebih penting.
Yong Qi sudahpun berada di kedai teh seawal pagi kerana cuba menjejaki gadis yang menggagalkan rancangannya sebanyak dua kali. Kali pertama dia bertopeng dan dia nampak jelas wajah orang Melaka berkenaan. Dan kedua serangan orang upahannya berjaya dipatahkan sedangkan mereka adalah yang terbaik di situ. Lamunannya terhenti apabila melihat gadis bertocang satu berpakaian ringkas berwarna biru lembut. Berjalan beriringan. Menarik juga gadis ini.
"Syahida, kita ke kedai kain.Aku ingin melihat-lihat,"beritahu Sara seraya berjalan riang.
"Boleh, aku belanja,"sampuk Wu Hen. Sara memberhentikan langkahnya dan memandang kepada Wu Hen. "Kenapa?"
"Aku nak dua, Syahida satu, Kembang satu,"jawab Sara selamba.Pipit menyimpan senyumnya kerana Wu Hen sudah terkena dengan Sara.
"Aku kaya, bukan sahaja 4 helai, kedai ini juga boleh aku beli,"kata Wu Hen cuba cover line.
"Wu Hen, hebat!"puji Sara. Semua di situ ketawa. Mereka melangkah ke kedai kain itu.