23

587 57 4
                                    

Tun Daim masih lagi duduk di dek atas menikmati bulan purnama. Di hatinya di fikirannya hanya ingatan dan kerinduan kepada Cempaka. Sihatkah dia? Tanya Tun Daim kepada dirinya sendiri. Adakah kau juga mengenang diriku Cempaka? Bertalu-talu pertanyaan menghimpit perasaan. Dia menghela nafas panjang. Atau adakah kau sedang bergurau senda dan berbual mesra dengan Pipit? Ini membuatkan dia tidak senang duduk. Sabarlah hati. Sedikit hari lagi untuk bersama Cempaka.

Shu Wu Ji menggoyangkan tubuh putera pertama untuk menyedarkannya tetapi tidak berhasil. Sara tanpa berfikir panjang mengambil sebesen air di tepi dinding dan mencurahkan air itu ke muka putera Gaozhi yang tidak sedarkan diri. "Shuang er!"terkejut Shu Wu Ji dengan tindakan spontan Sara. Terbatuk-batuk Putera Gaozhi tertelan air.

"Tā xǐngle(dia dah jaga),"jawab Sara selamba. Shu Wu Ji memberikan jelingan tidak senang.

"Dianxia, dianxia,"panggil Shu Wu Ji. Dia cepat melepaskan ikatan tangannya. Putera itu masih terbatuk-batuk dan memegang belakang kepala. "Dianxia,Zěnme yàng (yang mulia, bagaimana)?"

"Wǒ de tóu (my head)," jawabnya mengaduh kesakitan. Shu Wu Ji memandang Sara.

"Kembang, pergi ambil baju sepersalinan. Yang berwarna kelabu, baju luar hitam yang cantik tu,"arah Sara. Sebenarnya baju itu untuk Pipit tapi Putera itu sudah basah kuyup. Kembang cepat-cepat mengambilnya. "Kembang bawak tuala bersih sama,"jerit Sara.

"Wangye, ini Shuang er, anak angkat Zheng gong gong dari Tasnah Melaka,"terang Shu Wu Ji. Lama putera itu memandang gadis muda di hadapannya.

Kembang datang berlari membawa persalinan untuk putera Gaozhi.

"Wangye,Ini persalinan baru. Baju yang mulia sudah basah),"kata Sara memberikan persalinan ", Na,saya keluar dulu,"kata Sara terus berlalu bersama Kembang dan Pipit.

Pipit menutup pintu bilik besar itu. "Shu Wu Ji nampak sangat tidak senang hati tadi,"komen Kembang. Sara ketawa.

"Nasiblah. Siapa suruh masuk tak bagi salam,"Kata Sara ketawa. Kembang dan Pipit hanya bertukar pandangan. Cempaka versi baru ini memang tidak kenal erti takut. "Jom Kembang tolong Cempaka masak,"ajak Sara ke dapur. "Pit kau tunggu sini,"arah Sara dan dia berlalu. 20minit berlalu,Sara datang membawa teh dan mi sup 3 mangkuk. Dia mengetuk dan masuk bersama Kembang.

"Wuji Shuang er bawa makanan,"kata Sara. Dia meletakkan hidangan itu di meja marmar bulat yang cantik. Kembang menghidangkannya. "Dianxia, pembantu saya menjahitnya dan ianya bukan mahl Harap Dianxia tidak kisah,"kata Sara. Putera Gaozhi tersenyum manis. Biarpun Sara yang membuat dia pengsan namun dia faham Sara hanya mempertahankan dirinya.

"Pakaian ini sangat selesa,tetima kasih. Beta minta maaf mengejutkan Shuang er tadi,"puji Putera Gaozhi.

"Sghuang er juga meminta maaf tapi sila rasa makanan ini. Saya yang masak,"kata Sara. Putera Gaozhi yang sudah keletihan kerana seharian keluar menyiasat, duduk di meja bersama Shu Wu ji. Sara melayan mereka makan. Berselera putera itu makan.

"Xièxiè nǐ de shíwù (terima kasih kerana hidangan ini). Haochi(sedap),"kata putera itu. Putera ini lebih kurus berbanding putera kedua. Tetapi airmukanya lebih lembut. Sara tersenyum.

"Maaf di atas apa yang terjadi),"ucap Sara menunduk hormat.

" Kita lupakan segalanya selepas ini"kata putera Gaozhi. Tiba-tiba terdengar ketukan pintu.

"Shuang er, jiaofu lai,"kedengaran suara Laksamana Zheng He.

"Shi, jiaofu,"sahut Sara dengan pantas dia membuka pintu. Laksamana Zheng He masuk dengan tenang tapi terkejut melihat Putera pertama di situ. "Ee ye, Nǐ shénme shíhòu lái (Putera pertama bila datang)?"tanya Laksamana Zheng He terkejut. Kembang dan Pipit memggaru kepala tidak senang duduk.

"Tadi kan ada tikus...bila WuJi dan Shuang er balik ke bilik, WangYe terdengar Shuang er menjerit,"pantas sahaja Sara berdalih.

"Zheng gong gong, xiaojie menjemput kami makan,"sambung Shu Wu Ji. Lama Laksamana Zheng He memerhatikan Shu Wu Ji selepas itu kepada Sara. Sara memberikan senyuman plastik paling manis.

"Jiaofu, Chīle ma (ayah dah makan)?"tanya Sara. Orang tua itu mengangguk.

"Zheng gong gong,  Zheng xiaojie seorang yang pandai masak),"puji Putera pertama. "Err beta mesti meminta diri),"sambungnya sambil menunduk hormat.

"Shi hwangYe,"balas Laksamana Zheng He. "Patuk temankan temankan. Wangye keluar,"katanya lagi.

"Hǎo ba, Shuang er, Zheng Xiaojie,"panggil putera Gaozhi.

"Panggil sahjaa Shuang er"ucap Sara gementar dia mengilas pandangan kepada Shu Wu Ji dan seperti biasa tiada reaksi di wajahnya.

"Terima kasih kerana makan malam,"ucap Putera Gaozhi yang segak itu. Mereka berlaku diiringi oleh Shu Wu Ji.

"Shuang er ucapkan selamat jalan,"balas Sara sedikit menundukkan tubuhnya. 'Bagi balik baju tu ya, ingat senang nak menyudahkan satu,'katanya di dalam hatinya. Sebaik sahaja Laksamana Zheng He, Putera Gaozhi dan Shu Wu Ji keluar dari bilik itu, Sara terduduk menarik nafas lega. "Aduhlah, aiyooo baru hari pertama di sini macam-macam yang terjadi,"keluh Sara. "Kembang kau kemaskan meja dan cuci pinggan. Aku penat nak tidur. Pit kau temankan Kembang faham,"arah Sara terang dan jelas. Pipit mengangguk. Mereka keluar dari situ.

Sara menyalin pakaian tidur dan membentang tilam empuk di atas katilnya. Dia menyembam wajahnya ke tilam beralaskan broked mewah itu. 'Seksanya hidup di zaman ini. Semuanya lambat, I can't even wear a bra!'bentak hatinya. Kaki dan tangannya turut membentak. "Mak, Sara nak balik!"jeritnya tetapi ditutup bantal. Selepas itu dia tertidur dengan sendiri.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now