42

469 46 2
                                    

"Zheng kunyang hari sudah jauh malam, tolong balik ke bilik,"kata Shu Wu Ji hormat.

"Bùxiǎng (tak mahu). Apa kata Shu jiangjun saja pergi tidur. Sudah lama tidak pulang ke rumah bukan?" Jawab Sara terus duduk di bangku.

"Nanti sakit,"pujuk Shu Wu Ji.

"wǒ de wèntí bu shi ni de (masalah saya bukan masalah awak),"jawab Sara acuh tak acuh. Dia masih memandang ke bulan. Shu Wu Ji menghela nafas panjang.

"Zheng kunyang, perjalanan kita masih panjang. Zheng kunyang mesti menjaga kesihatan,"jawab Shu Wu Ji. Sara menggelengkan kepalanya kerana kedengaran seperti tv pendidikan astro.

"Hao...ni jiao wo nai nai. Nǐ zhēnměi nai nai, sanci (panggil saya nenek dan awak sangat cantik tiga kali),"usik Sara masih tidak mempedulikan Shu Wu Ji.

"Shuang er!" Balas Shu Wu Ji.

"Ni zhenme le Shu Wu Ji (Kau apahal Shu Wu Ji)? Aku nak tengok bulan,faham?"kata Sara. "tài chǎole (bising sangat),"bebel Sara dalam dengar tak dengar. Shu Wu Ji tampil dan cuba mengheret Sara tapi ditepis tangan itu. "Hao, kita belum pernah bertarung. Kau menang aku balik ke bilik,"kata Sara. Shu Wu Ji cuba menangkap tangan Sara tapi Sara melompat ke belakang.

Shu Wu Ji mencuba lagi sekali menerkam tapi Sara bergerak ke kanan.

"Susah bukan? Aku cadang kau pergi sahaja buat kerja kau,"kata Sara tersenyum. Shu Wu Ji mendekati dan cuba memegang lengan tetapi pegangan itu terlepas. "Lai le..."usik Sara. Kini Shu Wu Ji menggunakan kedua tangannya cuba memegang bahu Sara tetapi Sara tangkas menangkap tangan kanan mengilas badannya dan menumbangkan tubuh Shu Wu Ji ke bawah. Shu Wu ji mengaduh kesakitan. Sara menepuk tangannya  ala membuang kotoran. Dia merendahkan badannya di sebelah Shu Wu Ji . "Shu jiangjun, kau buat aku hilang mood tau! Aish!"kata Sara lalu berdiri dan berjalan ke bilik.

"Jiangjun!"panggil seorang pengawal yang kebetulan membuat rondaan. Dia membantu Shu Wu Ji untuk bangun. "Ni mei shi ba (awak tak apa-apa?"tanya pengawal itu sedikit cemas.

"Wǒ diédǎole(saya jatuh),"jawabnya berbohong.

"Heh! Yalah sangat," cemik Sara meneruskan langkahnya ke bilik. Dia masuk berhati-hati kerana tidak mahu mengejutkan Kembang. Dia mengelap kaki dan tangannya dan menggantung baju lapisan ketiga. Dia menguap dan termenung seketika. "Wu Hen, kau akan jadi sumber kekuatan aku di era ini,"katanya perlahan. Dia meletakkan kepalanya ke bantal dan terus terlena.

"Mak!"panggil Sara. Salina yang asyik melihat air terjun berpaling.

"Sara!" Berlarian mereka berdua dan berdakapan. "Betul cakap mamatok!" Kata Puan Salina menangis.

"Mak! Sara minta ampun selama ini mak,"kata Sara teresak-esak. Salina mengurut belakang Sara.

"Tiada apa yang perlu dimaafkan. Sara sihat?" Sara mengangguk. Di persilangan masa di mimpi itu semuanya berwarna pelangi.

"Sara nak balik tapi tak tahu macamana," tangis Sara. Airmatanya turun ibarat hujan. Sebegitu juga di realiti, air mata Sara turun lebat walaupun sedang tidur. "Mamatok kata jangan merubah sejarah tapi orang di sekeliling Sara tak tertulispun dalam sejarah macamana Sara nak tau Sara merubah sejarah atau tidak,"kata Sara lagi teresak. Dalam realiti Sara sangat susah menangis. Hati Salina sungguh pilu. Sara yang sudah pun meletakkan kepalanya di riba Salina kini lebih tenang.

"How can you change history when the past is your present?"balas Salina.

"Mak? Sara tak faham,"kata Sara bangun dari ribaan ibunya.  Salina menyeka airmata Sara dengan lembut.

"Ya, sejarah itu sudah tertulis tapi bukankah sejarah itu adalah realiti kehidupan Sara sekarang?" kata Salina lagi.  Kata-kata ibunya sedikit sebanyak menenangkan fikirannya yang rawan.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now