Yong Qi terdiam sahaja balik dari tasik. Dia betul-betul merasakan yang nyawanya di hujung tanduk dan kehadiran Sara menyelamatkannya, membuatkan dia termenung. 'Aku mahu membunuhnya kerana hendak membawa Bao er ke Melaka dan dia juga yang menyelamatkanku,'fikirnya.
"Shaoye..."kedengaran hamba peribadinya memanggil. Yong Qi tersedar daripada lamunannya. Kereta kuda sudahpun sampai ke villanya dan tubuhnya terasa berada di musim sejuk. Kebas sana sini. "Shaoye, Huan taiyi sudahpun berada di bilik,"terang hamba itu. Dalam keadaan terketar-ketar kesejukan dia turun dibantu oleh beberapa orang. Ibunya menantinya dengan wajah yang risau.
"Qi er, ni mei shi ba?(Qi er tak apa-apa?)",tanya ibunya seraya dia berdiri di depannya.
"Nyang(mak)."sambut Yong Qi. Dirinya begitu lemah untuk berkata-kata.
"Hao le hao le, ni bu yong shuo hua(ya yalah kau tak perlu berkata apa),"kata ibunya memeluk lengannya dan membantu membawanya ke bilik. Dia dipersalinkan dan diperiksa oleh tabib. Dia diberi ubat yang sepatutnya dan disuruh berehat. Matanya pejam hatinya dan semangatnya melekat kepada seorang gadis genit, yang dipanggilnya orang Melaka.
"Cempaka!!!"jerit Tun Daim berlarian dari tepi taman. "Jiangjun, kenapa dengan Cempaka?Basah kuyup ni,"kata Tun Daim.
"Kanda,"tegur Cempaka dengan mata separuh terbuka. "Dinda tak apa-apa,"katanya perlahan.
"Pipit?!"panggil Tun Daim. Pipit memberi hormat.
"Cik muda dan khadam menyelamatkan orang lemas tadi,"jawab Pipit. Wajah Tun Daim tak keruan melihat keadaan Cempaka yang sedang menggigil.
"Datuk, kami minta diri dulu,"kata Shu Wu Ji berlalu. "Kembang panggilkan Yee taiyi sekarang. Kau Pipit juga jumpa dengan Yee taiyi. Kalau tak nanti boleh sakit,"arah Shu Wu Ji seraya melangkah. Tun Daim mengikuti Shu Wu Ji ke kamar kediaman Sara. Shu Wu Ji menurunkan Sara di depan pintu bilik.
"Shuang er,"panggil Shu Wu Ji lembut. Dia berpaling melihat keadaan Sara yang terlalu keletihan. Tun Daim menolak Shu Wu Ji ke tepi dan memegang bahu Sara. Sara menepis Tun Daim dan tersenyum.
"Kan dinda katakan dinda tak apa-apa,"kata Sara. Dia berjalan perlahan tetapi lututnya terasa lemah. Dia hendak terjatuh tapi dapat disambut oleh Wu Hen dan Wu Ji. Hati Tun Daim begitu terasa kerana Sara memang tidak pernah memberikannya peluang menjadi seseorang lebih dari seorang kenalan.
"Shuang er,"panggil Wu Hen. Sara menggelengkan kepalanya. Hati dan fikirannya merasa yang di a sihat sahaja namun fizikalnya berkata sebaliknya. Tubuh Cempaka sememangnya tubuh seorang anak dara di zaman lampau walau telah Sara melatih tubuh itu untuk menjadi seorang yang lebih kuat.
"Wu Ji, nin bāng wǒ (tolong saya),"kata Sara. Wu Ji terus mencempung Sara dan Wu Hen membuka pintu untuk Sara. Syahida yang berada di situ merasai kesedihan Tun Daim melihat keengganan Sara menerima bantuannya. Syahida dan Tun Daim tinggal di luar. Kembang yang berlari-lari bersama Yee taiyi terus masuk ke bilik Sara.
"Kanda,"panggil Syahida. Tun Daim memandang gadis cantik di hadapannya. Lama dia merenung Syahida. Gadis di hadapannya tidak pernah buatnya sedih atau rasa dirinya tidak berharga. Syahida manis sentiasa tersenyum lembut tuturkatanya. Dalam ertikata lain gadis yang sempurna. "Kenapa kanda pandang dinda macam tu?"tanya Syahida. Tun Daim berjalan ke bangku yang berdekatan. Syahida mengikuti Tun Daim dari belakang.
Sara berbaring di bilik setelah mendapat rawatan. Dia tidur beberapa jam untuk melepas lelah yang keterlaluan.
"Kembang, ni qu ba (pergilah)Wǒ huì péi tā(saya akan temankan dia),"ucap Shu Wu Ji semasa masuk ke bilik Sara. Dia melihat Sara lena beradu berselimut tebal dan nampak lebih segar dari tengahari tadi.
"Tapi, jiangjun..."balas Kembang seperti tidak mahu meninggalkan tuannya yang juga sahabat dan seorang kakak yang dicintainya.
"Rehatlah. Aku akan menjaganya,"kata Shu Wu Ji. Dia sudahpun berpakaian biasa dan seharian menguruskan kawalan keselamatan di rumah rehat itu. Kembang melihat wajah Shu Wu Ji yang keletihan namun masih mahu berada di situ.
"Datuk..?"tanya Kembang kerana tidak kena gaya dia akan dimarahi oleh Tun Daim.
"Tak payah risau. Aku pasti Shuang er juga tidak mahukan dia di sisi,"jawab Shu Wu ji berjalan menghampiri meja marmar di sisi katil Sara. Kembang mengikut sahaja permintaan Shu Wu Ji. Dia tunduk hormat dan berlalu dari situ. Dalam hatinya dia lebih rela dimarahi oleh Tun Daim dari Sara. Tinggal Shu Wu Ji di bilik itu. Jika di waktu moden masa itu akan menunjukkan jam 9 malam. Cukup 6 jam Sara tidur tanpa gangguan.
Shu Wu Ji duduk melihat Sara terbaring. Dia bangun dan membawa bangku ke sisi katil. Dia mengambil tempat dan berteleku di sisi Sara. Dia mengamati wajah mulus di hadapannya hidung butang yang comel,mata yang besar dan bibir yang berbentuk hati yang sentiasa nampak tersenyum biarpun tidak. Dia tersenyum sendiri. Dia memegang tangan Sara dengan kedua tangannya dan meletakkannya di dahi.
Hatinya menyebut nama Shuang er berulang kali. Dia hampir kehilangan gadis itu bukan sekali malah tiga kali. Dia tidak tahu samada Shuang er ini sememang dilahirkan bertuah. Untuk gadis seumpama Sara atau Shuang er atau Cempaka Sari. Sara yang menyedari ada seseorang di sisi membuka matanya dan melihat Shu Wu Ji sedang tertunduk memegang erat tangan kanannya. Dia memerhatikan sahaja Shu Wu Ji. Lelaki yang tiada emosi berteleku memegang erat tangannya. Dia tersenyum. 'Adakah aku bermakna buatmu Wu Ji? Tapi yang kau lihat ini bukan Sara tapi Cempaka Sari puteri kepada Memanda Temenggung Melaka. Dia beralih tubuhnya ke sisi menghadap Shu Wu Ji. Dia memerhatikan sahaja panglima Cina di hadapannya itu. 'So my type,'bisik hatinya dan tersenyum. Shu Wu Ji yang terlena tersengguk dan terjaga.
"Nǐ xǐngle (Dah bangun)?"tanya Shu Wu ji memicit dahinya. Sara menarik tangannya kembali.
"Ni gan me(awak buat apa ni?)"usik Sara mengangkat keningnya.
"Wo? (Saya?) Aku di sini hendak menjaga Shuang er,"jawab Shu Wu Ji.
"Wei shenme?(kenapa?) Kembang ne?(Kembang di mana)?"tanya Sara lagi masih berbaring seperti tadi
"Aku menyuruh dia pergi berehat,"jawab Shu Wu Ji mengusik telinganya. Nervous melihat Sara yang berkelakuan seperti biasa.
"Ohh, wo xingle (aku dah bangun)Nǐ xiànzài kěyǐ líkāile (kau boleh pergi sekarang),"suruh Sara. Shu Wu Ji terdiam.
"Nǐ èle ma (awak lapar tak)?"tanya Shu Wu Ji. Sara berfikir-fikir di hadapan panglima itu.
"Nǐ zěnme kàn?(awak rasa)?"usik Sara lagi. Shu Wu Ji cepat-cepat bangun.
"Aku pergi mencari makanan,"kata Shu Wu Ji cepat mengatur langkah keluar.
"Eiiii, Děng yīxià (tunggu seminit),"Sara menahan.
"Buah dan teh panas sahaja,"minta Sara.
"Shenme?"tanya Shu Wu Ji kembali.
"Shuǐguǒ hé rè chá (buah-buahan dan teh panas),"jawab Sara masih lagi berbaring di bawah selimut.
"Hao le (baiklah) Děng děng wǒ(tunggu aku),"kata Shu Wu Ji berlalu ke pintu.
"Shu Wu Ji!!"jerit Sara dari dalam bilik. Dia berpaling kepada Sara. "Balik cepat. Aku lapar!" Kata Sara lagi.Wu Ji mengangguk. Sara ketawa. Panglima yang telah membunuh ribuan musuh sekarang mengambil makanan untuknya.