Mereka yang tinggal di meja tersenyum melihat keceriaan Sara.
"Datuk, jika datuk berkemahuan, Datuk juga dijemput untuk menyertai,"bicara Pak Syeikh lembut.
"Shu Wu Ji ikutkah?"tanya Tun Daim bersahaja.
"Panglima Shu ialah pengawal peribadi Shuang er. Sudah tentulah," jawab Laksamana Zheng He.
"Baik, aku juga akan mengikuti,"jawab Tun Daim sambil memberi pandangan tajam kepada Shu Wu Ji. Laksamana Zheng He faham yang Tun Daim tidak sukakan Shu Wu Ji.
"Alhamdulillah. Zheng gonggong.Wǒ xièxiè nǐ (saya berterima kasih),"ucap Pak Syeikh.
"Bu keqi (tak apa-apa),"balas Laksamana Zheng He memberi hormat.
"Kami berangkat pulang, esok kita jumpa lagi insyaAllah," kata Pak Syeikh. Laksamana Zheng He mengangguk dan mengiringi Pak Syeikh, Syahida dan Tun Daim keluar. Sesudah mereka hilang dari pandangan Laksamana Zheng He memandang Shu wu Ji.
"Apa yang telah terjadi?"tanya laksamana itu dalam bahasa cina.
"Zheng gong gong, bagi menjawab pertanyaan itu Shu Wu Ji berada bersama Zheng Kunyang tadi. Mereka bertegang urat dan Zheng Kunyang telah meminta saya membantunya. Datuk menyangka kami mempunyai hubungan lebih dari majikan dan orang bawahan,"terang Shu Wu Ji.
"Bùshì ma?(tak betul ke?)"usik Laksamana Zheng He.
"Gong gong," kaget Shu Wu Ji mendengarkan. 'Nampak sangat ke? tapi aku hanya menjalankan tugas aku. Itu sahaja,'desis hatinya.
"Bushi? (bukan?)"tanya Laksamana Zheng He mengusik. Shu Wu Ji menggelengkan kepalanya. "Nà nǐ wèishéme liǎnhóng?(kenapa muka merah? Telinga pun dah merah ni?"usik Zheng gonggong. Shu Wu Ji menyentuh muka dan telinganya yang terasa panas. Laksamana itu ketawa melihat Shu wu Ji yang serba-salah. "Ayuh ikut ke istana ada beberapa barang yang perlu diambil untuk perjalanan esok.
Sara sibuk menyenaraikan dan mengarah Kembang dan pembantu-pembantu Kembang mengemas,memasak dan menyediakan peralatan yang berkenaan. Setelah selesai dia duduk sebentar di meja marmar di depan biliknya.
"Semua sudah siap Cempaka,"beritahu Kembang.
"Alhamdulillah. terima kasih Kembang. Berpeluh-peluh ni. Kembang mari ke air terjun ada matahari lagi ni. Bawa sabun yang kita buat hari tu,"arah Cempaka bangun dari duduknya. Kembang dengan pantas mengambil peralatan mandi dan mengikut Cempaka ke sungai.
Sepuluh minit berjalan dia sampai ke sungai. Sejuk dan nyaman persekitarannya. Bunyi air terjun mendamaikan. Sara pergi ke tebing dan menyentuh air yang mengalir.
"Sejuknya. Jernih, bersih,"kata Sara. 'Sungai masih cantik dan tidak tercemar,'bisik hatinya. "I love this place,"bisiknya perlahan. "Gantungkan kain, Kembang, senang nak menyalin baju,"arah Cempaka.
"Baik Cempaka," pantas sahaja gadis remaja ini membuat kerja. 'Perjalanan yang panjang esok. Makan tah ke mana, nak mandi apatah lagi...nak solat sekian hal,'bebel Sara di dalam hati. Setelah selesai kawasan persalinan dibuat, Sara cepat menanggalkan pakaiannya sehinggalah pakaian dalam yang Sara menempah khas untuk mandi iaitu baju tidak berlengan dan seluar separas lutut. Rambutnya disanggul tinggi.
"Kembang kau pun ikut aku mandi. Kita mandi puas-puas," arah Sara sambil melangkah masuk ke dalam air. Dia membawa bersama baldi kayu yang berisi sabun dan berus gigi.
"Kembang tak mahulah Cempaka. Tempat ini terlalu terbuka. Kembang malu," kata Kembang yang mengambil tempat di atas batu berdekatan dengan Sara. Sara melihat dia tanpa berkelip. "Kenapa Cempaka tengok Kembang macam tu?" tanya Kembang hairan.