29

539 48 0
                                    

Tun Daim bersiap-siap meskipun ada dua hari lagi untuk dia sampai ke Tanah Ming. Perasaannya bercampur-baur. Gemuruh, gembira, serba-salah dan sedikit emosional. Bagaimanakah penerimaan Cempaka kelak? Adakah dia diterima atau Cempaka tidak akan mempedulikannya? Hatinya berdebar mengenangkan Cempaka.

Sara menunggu Kembang keluar dari bilik. Dia menggagahkan dirinya melangkah keluar dari situ. Dia ingin melihat kadar kerosakan kebakaran semalam. Perlahan-lahan dia menghampiri  bilik itu. Semuanya hitam. yang tinggal hanya arang. Saki baki asap masih kelihatan. Baru dia sedar betapa teruknya musibah malam itu. Dia terpaku. Dirinya sudah tinggal sehelai sepinggang. Lututnya terasa lemah dan dia hilang keseimbangan. Shu Wu Ji yang mengetuai proses pembersihan meluru ke arah Sara.

"Shuang er!"panggil Shu Wu Ji cemas. Sara hilang akal seketika airmatanya turun seumpama hujan. "Shuang er..." Panggil Shu Wu Ji lembut. Sara memeluk erat Shu Wu Ji untuk kekuatan. Dia hanya menangis dan terus menangis. Dia sendiri bingung kenapa perasaannya begitu sedih. Shu Wu Ji menepuk-nepuk belakangnya cuba menenangkan.

Laksamana Zheng He yang baru tiba dari istana bersama putera Gaoxi terkejut melihat keadaan Sara sebegitu.

"Háizi bùyào kū (anak jangan menangis),"pujuk lelaki 40an itu. Shu Wu Ji masih erat memeluk Sara yang teresak-esak. Hanya dengan pandangan laksamana itu dia mengerti. Shu Wu Ji berdiri sambil mengendong Sara dan terus membawa Sara ke rumah utama. Sara masih teresak. Dia hampir kehilangan nyawanya...dia teringat kan Kembang dan Pipit.

"Pipit na?"tanya Sara berbisik.

"Pipit ke pasar membeli ubat. Ni fangxin ba (awak jangan bimbang),"jawab Shu Wu Ji.

"Cempaka!"panggil Kembang terkejut melihat dia dikendong begitu. "jiangjun?"tanya Kembang masih cuba memahami keadaan di hadapannya. Shu Wu Ji hanya tersenyum.

"Fàng wǒ xiàlái (turunkan saya),"kata Sara perlahan sambil mengesat2 matanya.

"chen de (betul ni?)?"tanya Shu Wu Ji. Sara mengangguk. Shu Wu Ji meletakkannya berhati-hati.

"Wang ye, jiaofu," panggil Sara memberi hormat. Menyapu saki baki airmatanya sambil cuba memaniskan mukanya.

"Eii.....qing lai ba (berdirilah),"balas putera kedua membawa Sara berdiri. "Awak masih sakit," kata putera itu di dalam bahasa cina. Sara mengangguk dan tersenyum.

"Cempaka!"panggil Pipit berlari mendapatkan Sara. "Cik muda!"panggil Pipit mengesat setitis dua airmata yang jatuh. "Pipit dan Kembang sangat bimbangkan Cempaka." Sara tersenyum.

"Cempaka ok kan ni,"kata Sara cuba berbunyi ceria. Tiba-tiba dunianya gelap dan dia tidak sedar bila masanya dia pitam.

"Shuang er!"

"Cempaka!"

Jerit semua yang ada di situ serentak.

"Wuji,taiyi! Kuài (tabib, cepat)," jerit Laksamana Zheng He memangku Sara.

"shi! (ya)," jawab Wu Ji dan terus berlari keluar.

Pipit meminta kebenaran untuk mengangkat Sara masuk ke dalam. Dahi Kembang berkerut kerisauan Sara pengsan lagi.
Pipit meletakkan Sara di atas katil dan Laksamana Zheng He menyelimutkan Sara. Dia menyuruh Kembang membawa semangkuk air dan merenjis sedikit air ke wajah Sara.

"Shuang er, ni zhen me le (awak kenapa)?"tanya Laksamana gagah itu.

"Gonggong,"panggil Shu Wu Ji sewaktu memasuki kamar itu.

"taiyi, wo de nu er Shēngbìngle (tabib anak saya sakit)" terang Laksamana 40an itu. Tabib itu mengangguk. Laksamana bangun dan memberi ruang kepada tabib istana.

"Zheng kunyang Xūyào xiūxí (Cik Zheng perlukan rehat sahaja). Degupan jantungnya sedikit lemah tapi dia mesti berehat,"katanya lagi.

"Yee Taiyi, xiexie,,"ucap Laksamana Zheng He. Shu Wu Ji menghantar tabib itu kembali ke istana.

Sara cuba bangun tetapi dihalang oleh Laksamana Zheng He.

"Berehatlah. Jiaofu tidak benarkan Shuang er keluar dari sini untuk beberapa hari ini,faham?" Kata Laksamana Zheng He. Sara tidak membantah. Dia kembali berbaring.

"Shuang er mengerti,"katanya perlahan.

"Shuang er, nanti bila sudah sihat, saya bawa bersiar-siar," kata Putera Gaoxi. Sara tersenyum.

"Toshe, wang ye,"katanya lemah.

"Saya minta diri dulu,"beritahu putera pertama. Laksamana Zheng He meneman putera itu beredar. Tinggallah Kembang dan Pipit di situ.

"Kembang, Pipit syukurlah kau berdua selamat. Aku takkan maafkan diri kau kalau apa-apa terjadi kepada kau berdua,"ucap Sara lemah. Pipit dan Kembang tersenyum.

"Kami juga bersyukur, cik muda tak apa-apa," balas Pipit. Giliran Sara pula tersenyum. Pipit jarang bercakap tapi hari ini. Hari ini Sara dapat merasakan kesetiaan kedua remaja di hadapannya.

"Aku lapar,"kata Sara. Kembang membawa semangkuk bubur nasi. Dihiaskan dengan cendawan dan daun bawang. Aroma yang menyelerakan.

"Makanlah Cempaka,"kata Kembang.

"Pergi ambilkan dua lagi mangkuk bubur nasi,"suruh Sara. Dia tahu kedua remaja ini masih belum makan pagi itu.

"Tapi..."kata Kembang.

"Dah habis ke?"tanya Sara. Kembang menggelengkan kepalanya. "Habis tu? Dah pergi ambik cepat kalau aku sorang makan aku tak nak,"kata Sara memberi amaran.

"Ok!Ok! Kembang ambik sekarang. Jangan risau. Tunggu sekejap,"balas Kembang memujuk. Dia berlari ke dapur dan mengambil dua mangkuk nasi bubur tadi.

"Ah, baru best. Mari makan. Tangan aku lemah kau tolong suapkan Kembang,"pinta Sara tersenyum. Mereka berkumpul di katil dan makan bersama. "sedap, siapa yang masak?"tanya Sara.

"Dapur utama yang masak,"jawab Kembang. Sara mengangguk tanda faham. Dia kenal ketua tukang masak di situ, beragama Islam juga.

"Sampaikan terima kasih aku kepada Ketua Wen,"kata Sara. "Aku penat aku nak tidur." Kembang mengambil semua mangkuk dan letakkannya di atas meja bulat marmar. Dia menyelimutkan Sara. "Kamu berdua pun berehatlah,"arah Sara lagi. Kembang dan Pipit mengangguk sahaja. Mereka perlahan-lahan keluar dari bilik itu.

Shu Wu Ji yang baru sahaja sampai menuju ke arah mereka.

"Shuang er zhen me yang(Shuang er macamana),?"tanya Shu Wu Ji sambil mengesat peluh di dahi.

Kembang dan Pipit memberi tunduk hormat.

"Dia sedang berehat selepas makan,"jawab Kembang. Shu Wu Ji menarik nafas lega.

"Baguslah kalau begitu. Kalau perlukan apa-apa cari saya,"kata Jejaka 20an yang setia. Kembang dan Pipit memberikan tunduk hormat dan berlalu. Shu Wu Ji masih berdiri di situ. 'Shuang er semoga cepat sembuh. Aku merindui keceriaanmu,' bisik hatinya.

Bahtera yang dinaiki Tun Daim sudahpun berlabuh. Dia berlari turun dan bertanyakan rumah Laksamana Zheng He kepada pengawal pintu masuk ke bandar.  Pengawal itu memberikan arah untuk ke rumah Laksamana Zheng He.
Berlarian Tun Daim menuju ke rumah itu. Kerinduannya kepada Cempaka begitu menebal. Selama tiga bulan ini siang malam setiap detik dia mengingati gadis itu. Entah mengapa kasihnya kepada Syahida berpindah kepada Cempaka.

Sara merenung atap, dia teringat mimpinya. Sejarah tidak boleh diubah. Itu kata-kata mamatok. Lama dia cuba memahami kata-kata itu. "Sejarah apa yang dimaksudkan? Aku tidak pernah kenal siapa itu Cempaka atau Tun Ishak atau Tun Daim. Jika sejarah itu mengenai Cempaka bermakna Tun Daimlah yang dijodohkan. Dia mengurut dahinya. Mamatok. Sara nak buat apa ni? Mana ada google search kat sini? Nak baca buku pun alahai...Dia mengeluh sendirian. Dalam keluh-kisah dia terlelap sendiri.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now