Selesai persembahan pendek itu, selesailah juga acara makan malam besar malam itu. Shu Wu Hen yang dari awalnya tidaklah mengambil peduli kehadiran rombongan itu sekarang menjadi lebih berminat. Semuanya nampak keletihan.
"Shu Furen, terima kasih kerana memberi kami makan malam," kata Sara berdiri memberi hormat.
"Shuang er, kami yang patut berterima kasih kerana Laksamana Zheng He banyak membantu keluarga ini," jawab Shu Furen. Sara tersenyum.
"Na, Wǒmen jīn wǎn xiǎng xiǎngshòu yuèliàng (kami ingin menikmati sinaran bulan malam ini)Kěbù kěyǐ me (boleh atau tidak)?"tanya Sara.
"Sudah tentu," jawab Shu Furen.
"Zheng Kunyang, berhati-hati," pinta Shu Wu Ji. Sara tersenyum dan mengangguk. 'Sudah pasti kau merindui keluargamu. Enjoy the night Shu Wu Ji,'kata hatinya.
"Bolehkah saya menemani?"tanya Shu Wu Hen. Sara memerhatikan lelaki cantik di hadapannya.
"Hmm, Hé mǒu rén yīqǐ kàn yuèliàng ma? (menikmati cahaya bulan bersama seorang yang cantik) Ke yi me! (boleh saja!!)" jawab Sara. Shu Wu Ji, Tun Daim dan Shu Furen agak terkejut dengan jawapan pantas itu. Shu Wu Hen ketawa kecil.
"Kalau begitu, Zheng Kunyang, qing," kata Shu Wu Hen.
"Aku juga ingin menikmati cahaya bulan," potong Tun Daim.
"Kalau kanda ikut, baik dinda balik ke bilik sahaja," jawab Sara memandang Tun Daim tepat ke wajahnya. Tun Daim merasa sangat tidak berpuashati dengan kata-kata itu.
"Apakata, kita semua menikmati cahaya bulan dan minum teh di pavilion," sampuk Shu Wu Ji pula. Sebenarnya dia juga agak keresahan meninggalkan Sara bersama dengan Shu Wu Hen. Sara mengerutkan keningnya.
"Shu Furen, Shu Jiangjun sangat rindukan Shu Furen. Dia sangat tidak sabar untuk bertemu," balas Sara. Shu Furen termalu-malu mendengar kata-kata Sara. Shu Wu Ji tidak menunjukkan apa-apa reaksi cuma matanya berkata-kata sesuatu kepada Sara. Dan nyatanya Sara tidak mempedulikannya.
"Kalau macam tu, zhangfu, apa kata kita balik ke bilik sahaja," cadang Shu Furen. Sara tersenyum. Shu Wu Hen hanya memerhatikan sahaja gadis di hadapannya. Begitu misteri, bijak dan sangat menarik. Shu Wu Ji mengeluarkan ketawa gemuruh.
"Chen de, women zhou ba," kata Shu Wu Ji kepada isterinya. "Zheng Kunyang, hati-hati," kata Shu Wu Ji mengangkat kedua tangannya tanda hormat. Sara mengangguk.
"Wo de piao liang peng you (Kawan cantik saya), zhou ba!" katanya mengajak Shu Wu Hen. Shu Wu Hen ketawa. Tun Daim balik ke bilik ditemani oleh Pipit.
Mereka sampai di pavilion dan ketika itu bulan purnama cantik di langit. Cahaya bulan menyimbah cerah di pavilion itu.
"Zheng Kunyang," tegur Shu Wu Hen. Sara mengalih pandangannya dari memandang bulan kepada Shu Wu Hen. "Merdu petikan ruan tadi. Di mana belajar?"tanya Shu Wu Hen.
"Youtube," jawab Sara pendek memandang Shu Wu Hen selamba.
"Apa dia?"tanya Shu Wu Hen.
"Youtube," jawab Sara lagi sekali. Shu Wu Hen menahan nafas mendengar jawapan itu. Dia menjeling kepada Kembang yang berada di belakang mereka.
"Ask your maid to stay here," bisik Shu Wu Hen perlahan di telinga Sara. Sara terpempan Shu Wu Hen berbahasa Inggeris dengannya.
"Kembang tunggu di sini," arah Sara. Shu Wu Hen menarik tangan Sara mengikutnya ke bawah pokok jauh sedikit daripada Kembang. Shu Wu Ji yang menelah-nelah dari kediamannya terkejut dengan tindakan Shu Wu Hen. 'Mereka baru sahaja bertemu, tetapi mengapa seperti sudah kenal lama?'desis hatinya.
"Zhang fu, marilah ke sini," ajak Shu Furen.
"Err, Wǒ liú xiàle yīxiē dōngxī, ràng wǒ lái sōusuǒ tā ( saya tertinggal sesuatu, saya akan pergi mencarinya),"jawab Shu Wu Ji, terus berlalu tanpa menanti jawapan Shu Furen. Dia pergi ke pavilion untuk menyiasat akan keadaan mereka berdua.
"How?" tanya Shu Wu Hen.
"How what?" tanya Sara semula.
"Youtube, english?" kata Shu Wu Hen.
"You know youtube?" tanya Sara.
"KLCC?" jawab Shu Wu Hen. Respon Shu Wu Hen membuatkan Sara berfikir.
"How did you know?" tanya Sara.
"I got here by accident."terang Shu Wu Hen
"Kenapa kau kat sini?" tanya Sara. Shu Wu Ji mengangkat bahunya. "Orang mana?"
"Klang," bisik Shu Wu Hen sambil memerhatikan sekelilingnya. Sara ketawa.
"And you're here?"tanya Sara. "Di mana tempat terakhir yang kau ingat?" tanya Sara kembali.
"Beijing, ada konvensyen dentistry," jawab Shu Wu Hen. Sara menggaru kepalanya. 'Biar betul mamat ni,'komen hatinya.
"Wu er," panggil Shu Wu Ji. Perbualan mereka terhenti di situ.
"Da ge," sambut Shu Wu Hen menjarakkan dirinya dari Sara.
"Nǐ zài zuò shénme (awak sedang buat apa)?" Tegas nada pertanyaan itu.
"Shu gege,"panggil Sara. Shu Wu Ji terpempan dengan panggilan Sara kepada Shu Wu Hen. Sara menyentuh lengan Shu Wu Hen sekilas. Shu Wu Hen mengalihkan pandangannya kepada Sara. Dia merasa sedikit gugup kerana berjumpa dengan Sara dan mengetahui dia bertemu dengan pengembara masa sepertinya. Shu Wu Ji memerhatikan kedua mereka.
"Shu gege?"tanya Shu Wu Ji.
"Na, Qíngrén (kekasih)?"usik Sara. Shu Wu Hen menyimpan senyuman.
"Bukan baru sahaja bertemu?"tanya Shu Wu Ji agak gementar. Sara ketawa.
"Wo lei le (saya letih). Shuang er balik ke bilik dulu," kata Sara. "Shu gege, Wǒmen míngtiān chī zǎocān ba (kita bersarapan bersama esok)?"pelawa Sara.
"Jumpa esok," balas Shu Wu Hen lembut.
"Shu jiangjun, wan an," kata Sara meminta diri. Shu Wu Ji mengangguk. Sebaik sahaja Sara hilang dari pandangan Shu Wu Ji memandang adiknya.
"Da ge, wo xihuan ta (abang saya sukakannya),"kata Shu Wu Hen. Dia merasa seperti dia berjumpa jalan pulang. Shu Wu Ji berdehem.
"Hé wǒ yīqǐ hējiǔ, (minum bersama aku,),"ajak Shu Wu Ji.
"Oh. Hao. Zhou ba," jawab Shu Wun Hen menerima pelawaan itu.
Mereka pergi ke ruang tamu tadi dan meminta dayang membawa arak dan makanan.
"Sudah lama tidak minum bersama,"kata Shu Wu Ji berbahasa Cina. Shu Wu Hen mengangguk dan menuangkan arak itu ke cawan abangnya. Shu Wu Ji mengangkat cawannya dan disambut oleh Shu Wu Hen.
"Bagaimana dengan peperiksaan diraja?"tanya Shu Wu Ji.
"Saya sudah lama bersedia,"jawab Shu Wu Hen memerhatikan abangnya.
"Apa yang Wu Hen suka tentang Zheng Kunyang?"tanya Shu Wu Ji berterus-terang.
"Apa yang da ge suka tentang Zheng Kunyang?"tanya Shu Wu Hen kembali. Mereka berpandangan seketika.
Shu Wu Ji ketawa gemuruh.
"Dia anak angkat Zheng gonggong. Sangat disayangi. Zheng Kunyang lain dari yang lain. Semua yang bertemu dengannya akan merasa dekat."
Shu Wu Hen tersenyum. Dia dapat merasa yang abangnya sangat mengambil berat.
"Da ge, izinkan Wu Hen mengikut rombongan ini. Kalau dikira, tarikh peperiksaan sudah dekat. Bolehlah saya menumpang ke Nanjing,"kata Shu Wu Hen. Shu Wu Ji mengangguk.
"Hao,"jawab Shu Wu Ji. "Apa yang dibualkan tadi sehingga Kembang berada jauh?"tanya Shu Wu Ji.
"Tak ada apa-apa,"jawab Shu Wu Hen. "Da ge, Nǐ yīdìng hěn lèile(abang mesti penat). Sǎozi xiǎngniàn nǐ (kakak ipar rindukan abang). Masuklah tidur awal,"kata Shu Wu Hen meminta diri. "Da ge, wan an." Shu Wu Hen baru sahaja hendak melangkah dan Shu Wu Ji berkata.
"Tā yǒu yīgè wèihūnfū(dia sudah ada tunang)."
"Tun Daim?"tanya Shu Wu Hen. Shu Wu Ji mengangguk. Shu Wu Hen tersenyum dan memberi hormat. 'She hates him,'desis hatinya.