Sara mengikut sahaja dayang rumah Shu Wu Ji ke biliknya dan ditemani oleh Kembang. Rumah Shu Wu Ji ini kecil sedikit kawasannya dari rumah Laksamana Zheng He. Kediaman Keluarga Shu ini mempunyai 10 buah rumah dan 2 buah rumah untuk khadam dan dayang-dayang. Kawasan rumah yang penuh dengan bunga-bunga kekwa dan peony yang menawan. Melihat Isteri Shu Wu Ji yang memakai peony di sanggulnya Sara dapat mengagak yang ini adalah kegemaran isteri Shu Wu Ji. Dia menggeliat sebaik sahaja masuk ke bilik itu.
"Cantik bilik ini," tegur Sara sambil menggeliat lagi.
"Cempaka kepenatan kah?" tanya Kembang. Sara menjeling kepadanya.
"Kau tak penat?"tanya Sara menguji.
"Penatlah, tapi Kembang tengok Cempaka dari tadi menggeliat. Nak Kembang urutkan?"lembut sahaja gadis manis ini berbicara. Sara terketawa kecil.
"Baik, selepas makan kau mesti mengurut Cempaka ok?"kata Sara.
"Baik, Cempaka. Cempaka hendak pakai baju mana?"tanya Kembang membuka peti pakaian,
"Hmm, Kembang pilihlah. Cempaka tak ada mood nak fikir apa pun," jawab Cempaka. Dia berjalan ke cermin yang sudah disediakan mangkuk berisi air dan tuala muka bersih. Dia membasuh mukanya dan mengelap leher dan wajahnya. Fikirannya melayang kepada Shu Wu Ji. Dia menghela nafas panjang. 'Shu Wu Ji, dengan ini aku meletak jawatan sebagai presiden kelab peminat kau,'desis hatinya. 'Dengan isteri secantik itu, dan ada dua lagi gundik yang menantimu, hidup kau mesti seumpama syurga,'kata hatinya sambil memandang wajahnya di cermin. Dia menanggalkan tocang satunya dan menyikat rambutnya yang panjang.
"Kembang nanti panaskan pelurus rambut," pinta Cempaka. Dia menempah khas pelurus rambut tembaga itu. Selesai solat dan bersalin pakaian yang lebih santai tapi masih cantik dia dibantu Kembang meluruskan rambutnya yang seharian ditocang satu.
"Cempaka hendak menyanggul rambutkah?" tanya Kembang. Sara menggelengkan kepalanya.
"Cempaka nak guna klip rambut kristal ni sahaja," jawab Sara sambil mengepit rambut di sebelah kanan dengan klip kristal itu dan membiarkan sebelah kira mengurai lurus. Dia mewarnakan bibirnya dengan serbuk bunga mawar yang dibuat olehnya sendiri. Hampir setengah jam, Sara atau Cempaka sudah siap untuk pergi menikmati makan malam yang disediakan oleh keluarga Shu.
Mereka berjalan ke kediaman utama dan bertemu Pak Syeikh dan Syahida. Tun Daim dan Pipit juga sudah berada di situ. Mereka duduk di kerusi dan meja kecil yang berhadapan dengan kerusi itu. Shu Wu Ji dan isterinya di meja hadapan sekali dan Pak Syeikh, Tun Daim berada di sebelah kiri. Syahida dan Sara di sebelah kanan. Ada satu kerusi kosong di tepi Tun Daim. 'Kita ada orang lain lagikah?'soal Sara dalam hatinya. Shu Wu Ji melihat Sara yang dilihat begitu lembut malam itu, berhanfu merah jambu, rambut disepit sebelah dan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya. 'Mungkin perasaan ini hanya aku yang rasa,'bisik hatinya.
"Zhangfu,"tegur Shu Furen. Shu Wu Ji menoleh ke arah isterinya. "Saya telah mengingatkan Shu Wu Hen untuk makan bersama," katanya lagi dalam bahasa Cina. Shu Wu Ji mengangguk. Sudah lama rasanya tidak bersua dengan adiknya Shu Wu Hen, seorang cendekiawan yang dipercayai akan menjadi seorang pegawai Istana. Tiba-tiba seorang lelaki muda menarik perhatian semua yang ada di situ sedang berjalan masuk.
"Wah, dia lebih cantik dari aku kot?"bisik Sara kepada Kembang yang berada di belakangnya. Tinggi, kulitnya putih bersih ibarat salji, rambutnya hitam lurus, bibirnya seperti memakai lipstick, matanya galak. Shu Wu Ji memang tampan tapi yang ini, cantik. Belum pernah Sara berdepan dengan lelaki cantik. Tun Daim memberikan pandangan tajam kepada Sara tidak dihiraukan oleh gadis itu.
"Da ge, Nǐ huí jiāle," sapa Shu Wu Hen sambil memberi hormat.
"Wu er, ni lai le," tegur Shu Wu Ji, sambil bangun dan memeluk adiknya.
"Omo, ini drama Cina ke apa, dua-dua lawa kot,"bisik Sara kepada Kembang. Kembang melihat Sara dan berpandangan dengan Pipit di hadapannya. Pipit hendak tergelak kerana dari gerak bibir Sara, dia tahu Sara terpesona dengan kedua-dua lelaki di hadapannya.
"Kenalkan, ini adik lelaki Shu Wu Ji, Shu Wu Hen," bicara Shu Wu Ji berbahasa Melayu. "Wu er, ini Pak Syeikh, Tun Daim, Zheng Kunyang dan Syahida," dalam bahasa Cina. "Ini rombongan untuk membawa Wang gongju balik ke istana dan seterusnya dihantar ke Melaka,"tambahnya lagi. Shu Wu Hen memberi hormat satu persatu.
"Saya Shu Wu Hen," kata Shu Wu Hen dalam bahasa Melayu.
"Saudara boleh berbahasa Melayu?"tanya Pak Syeikh. Shu Wu Hen tersenyum dia mengangguk.
"Da ge dan saya belajar dengan seorang pedagang dari Melaka,"jawabnya.
"Duduklah, kita boleh makan sekarang," kata Shu Wu Ji. Shu Wu Hen bergerak ke meja yang disediakannya. Sara merasa sangat 'conscious' kerana lelaki cantik itu di hadapannya. Ingin saja dia menjerit..."oppa'' Dia tersenyum sendirian dengan ke'bodoh'annya.
"Zheng kunyang," tegur Shu Furen Hampir tersedak Sara yang baru sahaja hendak meminum air. Sara sedikit terkejut dan merasa seluruh wajahnya kemerahan. Tun Daim juga terasa sedikit tergugat adanya Shu Wu Hen di situ. Syahida menyimpan senyumannya. "Tadi Ah Wen memberitahu Zheng Kunyang memainkan Ruan semasa dalam perjalanan," beritahu Shu Furen. Sara menggangguk. "Adakah keterlaluan sekiranya saya meminta Zheng Kunyang memainkan Ruan selepas makan malam."
Sara menggaru kepalanya. "Shu Furen panggil saja saya Shuang er.,"balas Sara. Dia terkejut dengan permintaan itu dan tersenyum. Matanya melirik kepada Shu Wu Hen. Lelaki cantik selalunya tidak akan mempedulikan orang lain kerana mereka ibarat kucing parsi, perasan paling lawa dalam dunia.
"Shu furen, Shuang er mungkin akan mengecewakan kerana Shuang er tidaklah mahir sangat."
"Tak apa-apa Shuang er, kami teringin untuk mendengarnya," kata Shu Furen. Sara memandang Shu Furen dan tersenyum.
"Baik," kata Sara. Mereka menikmati makan malam itu dengan santai dan Pak Syeikh rancak menjawab Shu Fu Ren tentang perjalanan dan dakwahnya di China. Tun Daim yang memerhatikan Sara langsung tidak dipedulikan olehnya. Shu Wu Ji masih seperti dirinya tidak banyak bercakap. Shu Furen yang banyak bertanya. Apabila makan malam sudah selesai, Shu Furen menuntut janjinya.
"Sebentar ya, Pak Syeikh, bukan Pak Syeikh nyatakan Pak Syeikh ada tugasan malam ini?" Sara mengingatkan orang tua itu. Pak Syeikh terkejut dengan kata-kata itu.Memang benar ada lagi yang perlu dilaksanakan sebelum sampai ke Chang'an.
"Astaghfirullahal'aziim, Pak Syeikh hampir terlupa. Kalau begitu Pak Syeikh beredar dulu,"kata Pak Syeikh. Semua lelaki di situ berdiri menghormati Pak Syeikh.
Shu furen mengarahkan agar seseorang mengambil zhongruan dan diberikan kepada Sara.
Shu Wu Hen yang sedang asyik melamun di dalam dunianya sendiri terhenti seketika melihat Sara memainkan lagu itu. Dahinya sedikit berkerut. 'Benarkah apa yang kudengar ni? This is Meteor Garden ost,'bisik hatinya. 'Adakah dia juga tercampak di sini seperti diriku?'Shu Wu Hen bertanya dalam hatinya.