Tun Daim lebih banyak bermenung sedari tadi. Makanan sikit pun tidak terjamah di pinggan. Ibubapanya hairan melihat kelakuan Tun Daim.
"Yang anakanda ini bermuram durja apa sebabnya?"tanya Tun Rahah.
Tun Daim hanya memandang ibunya tanpa berkata apa-apa.
"Kenapa ni Daim? Anakanda sakitkah?"tanya Tun Rahah.
"Bilakah hari pernikahan anakanda?"
"Haaah?"terkejut ibubapa Tun Daim mendengarkan soalan itu.
"Kenapa tiba-tiba anakanda bertanya tarikh perkahwinan anakanda?"tanya Tun Derahim.
"Kalau dipercepatkan lagi baik,"jawab Tun Daim pendek. "Anakanda tidak berselera ampunkan anakanda, anakanda masuk ke kamar dulu,"kata Tun Daim dan terus berlalu.
Kelakuan Tun Daim mengelirukan ibubapanya. Kalau dulu jenuh dipujuk sekarang tergopoh-gapah hendak dinikahkan.
"Apakah yang telah terjadi kepada anakanda kita, kanda?"tanya Tun Rahah. Tun Derahim menggelengkan kepalanya.
"Barangkali baru perasan Cempaka itu istimewa gadisnya,"teka Tun Derahim ketawa.
"Adakah kita akan mempercepatkan perkahwinan ini?" Tanya Tun Rahah. Tun Derahim menggelengkan kepalanya.
"Daim ini terlalu mengikut perasaan mudanya. Sekejap panas sekejap sejuk. Nanti kita percepatkan dia buat perangai. Jadi, kita tunggu sahaja hari yang ditetapkan,"jawab Tun Derahim. Wan Kuntum bersetuju dengan pendapat suaminya hanya mengikut sahaja keputusan itu.
Tun Daim duduk di meja tulis di kamarnya. Dia termenung. Semua saat siang tadi bermain di mindanya. Saat dia melihat kecerdasan Cempaka, ketika dia bertemu Syahida. Apa yang dia tidak faham bagaimana Cempaka lebih mencuri perhatiannya daripada Syahida sedangkan, hatinya telah diberikan kepada gadis lemah lembut lagi jelita itu.
Betapa dia tidak menyukainya ketika Cempaka bermanja dengan abangnya sendiri. Dia tidak faham sama sekali. Cucuk sanggul itu ingin diberikan kepada Cempaka tetapi Cempaka memberikannya kepada Syahida. Dia mengeluarkan keluhan berat.
Mengapa ini amukan perasaannya? Dia berteleku di meja.
Tepat jam 7.30 pagi waktu masa depan, Pipit sudah berada di taman. Kembang tersenyum melihat Pipit yang lebih berpakaian kemas dan bersih.
" Abang Pipit baru sampai?"tegur Kembang Cina. Pipit mengangguk. Mari Cik Muda ada di hujung taman.
Sara baru sahaja selesai berlari di sekeliling istana dan kini di berada di gazebo menikmati sarapan.
"Assalamualaikum Cik Muda, Pipit datang mengadap,"ujar teruna itu. Sara tersenyum melihat Pipit.
"Waalaikumsalam wrt. Mari duduk, kau juga Kembang. Kita bersarapan bersama,"ajak Sara. Pipit teragak-agak. Sara bangun dan menarik lengan Pipit dan menyuruh dia duduk bersebelahan Kembang.
Tun Daim yang sengaja datang awal pagi dengan alasan mahu berjumpa dengan Tun Ishak terpandang kejadian itu. Hatinya membara melihat layanan Cempaka terhadap Pipit.
"Dia tu khadam. Yang kau nak marah tu apa sebabnya?" Tegur Tun Ishak. "Sudah. Kita dah lambat ke pelabuhan. Banyak tugasan kita hari ini." Tun Daim mengetap bibirnya. 'Cempaka ini sudah melampau! Terlalu ramah dengan lelaki lain,'bentak fikiran Tun Daim.
"Nah, tugas pertama hari ni ialah habiskan makanan ini dengan Kembang. Selepas itu Kembang kau pergi ambil baju rasmi untuk Pipit. Kembang kau bawa Pipit mengenali istana ini dan peraturan yang ada. Aku hendak berehat sampai makan tengahari. Faham?" Tanya Sara. Mereka hanya mengangguk dan membiarkan Sara masuk ke bilik.
Sara duduk di bilik berehat. Berjogging sejam dari subuh memenatkannya. Dia merenung cucuk sanggul mutiara itu. Di dalam kepalanya berputar-putar memikirkan jalan untuk pulang ke zaman moden. Selesai mandi dan bersiap dia bersantai di meja tulis. Sekiranya aku pulang ke zaman moden dah tentu Cempaka akan terpinga-pinga. Aku rasa aku mesti mengupah orang menulis sesuatu untuk Cempaka supaya dia tahu apa yang telah terjadi.
"Cik muda, cik muda," panggil Kembang. Pipit datang bersama.
"Wah, segaknya Pipit!"puji Sara. Pipit tersenyum. "Nenek dan adik-adik apa khabar?"
"Dengan wang yang Cik Muda beri, Pipit dah belikan beras dan barang-barang dapur. InsyaAllah cukup untuk kami sekeluarga bertahan,"terang Pipit. Jejaka 18 tahun, segak dan sasa.
"Alhamdulillah. Kembang dan Pipit sediakan makan tengahari. Cempaka lapar. Kita makan di taman,"arah Cempaka.
"Assalamualaikum,"sapa Syahida.
"Ah, dah sampai pun. Mari duduk. Kembang sediakan hidangan untuk 5 orang ya. Termasuk Kembang dan Pipit."
"Baik Cik Muda," kata mereka serentak. Cempaka menutup pintu bilik dan menanti di taman yang teduh dan cantik. Ada satu tali air kecil deras airnya.
"Kenapa Cik Muda memanggil saya?"tanya Syahida.
"Saya terpikat dengan Syahida. Ternyata Tun Daim tidak tersalah pilih,"jawab Sara tersenyum.
"Cik Muda, bukan Tun Daim itu tunangan Cik Muda? Tak apakah berbicara begini?"balas Syahida terkejut. Sara tersenyum.
"Tun Daim dipaksa bertunang dengan hamba. Bukan kehendaknya. Hamba faham penderitaannya. Hamba menjemput tuan hamba ke sini untuk beri peluang Tun Daim dan Syahida untuk berjumpa."
Tun Ishak yang baru pulang dari kota tersenyum melihat Sara berada di situ bersama Syahida.
"Cempaka!"panggil Tun Ishak. Tun Daim berjalan beriringan bersama.
"Abang!"sambut Sara gembira terus mendapatkan Tun Ishak dan memeluk lengan kanannya. Tun Daim cuba menyembunyikan perasaan jengkelnya.
"Tengah tunggu siapa?"tanya Tun Ishak.
"Cempaka tunggu Kembang dan Pipit mengambil makan tengahari. Abang marilah makan bersama,"ajak Sara mesra
"Orang sebelah abang ni tak ajak,"usik Tun Ishak.
"Siapa?"usik Sara. "Oh, buah hati Syahida tu ya. Kalau sudi apalah salahnya." Tun Daim sudah menarik muka. "Bagus juga Tun Daim di sini. Syahida pun ada ni,"sambung Sara.
"Kenapa Syahida di sini?"tanya Tun Daim.
"Nak beri peluang kanda berjumpa dengan Syahida. Dinda tahu kanda memang rindu dan dinda nak dekatkan jarak antara Kanda dan Syahida."
"Cempaka!"jerit Tun Daim. "Jangan campuri urusan kami!"tengking Tun Daim. Kuat suaranya mengejutkan Syahida.
"Cik Muda,"tegur Kembang datang membawa hidangan.
"Ok. Dua hidangan di situ untuk Tun Daim dan Syahida. Dua di sini untuk kami. Kembang dan pipit di situ,"arah Sara. Syahida ditarik oleh Sara untuk duduk di meja. Semasa Sara mengarahkan Tun Daim untuk duduk bersama.
'Dengan aku menyinga..dengan Syahida menikus. Hehehe,'dalam fikiran Sara.
"Abang mari makan,"kata Sara manja. Dia melayan Tun Ishak menjamu selera. "Nah abang,"kata Sara menghulurkan minuman. Tun Daim menjeling sahaja perbuatan Sara itu.
"Kanda, silakan,"jemput Syahida lembut suaranya. 'Tak macam Cempaka,mengada-ada,'bentak hatinya Tun Daim.
"Baiklah. Adinda pun jemput makan,"kata Tun Daim.
"Abang ni berpeluh-peluh mengapa?"tanya Sara. Melihat Dahi Tun Ishak pecah peluh.
"Gulai ini pedas sangat,"jawab Tun Ishak ketawa. Cempaka atau Sara mengesat peluh itu dengan saputangannya. Perbuatan jelas di hadapan Tun Daim.
"Mereka adik-beradik yang serasi,"kata Syahida. Tun Daim tidak berkata apa-apa.
Pipit berbisik kepada Kembang. "Cik muda sangat baik dengan abangnya."
"Cik Muda memang sangat dimanjakan oleh Tun Ishak,"bisik Kembang. Pipit mengangguk faham.