28

543 44 0
                                    

Kembang mengambil giliran awal malam itu, Laksamana Zheng He melangkah ke kediaman Sara dan melihat kekecohan memadam saki baki api yang telah menjilat separuh dari kediaman Sara. Laksamana Zheng He menggeleng-gelengkan kepalanya. Malam itu Sara hampir kehilangan nyawanya dan dia hampir kehilangan anak angkat yang disayanginya.

"Gong gong," tegur salah seorang pekerja di situ. Dia memandang lelaki itu tanpa berkata apa-apa. "Gong gong, Yee wangye, Er wangye," bisik lelaki itu sambil menunjuk ke belakang Laksamana Zheng He. Dia berpaling dengan pantas.

"Wang ye," tegur Laksamana Zheng He menunduk hormat. "Ni xuyao shenme dongxi ma (Perlukan apa-apa ke? Tianse yi wan (hari sudah jauh malam,"ucap Laksamana Zheng He sopan. Dia merasa sangat sedih dengan semua yang terjadi malam ini.

"Kami datang mendengarkan Shuang er tercedera dalam kebakaran," kata Putera Gaochi.

"Shuang er zenme yang?" tanya Putera kedua Gaoxu.

"Ta meshi.terima kasih wangye," jawab Laksamana Zheng He.

"Wo men neng jian diao ta ma? (bolehkah kami berjumpa dengannya)," tanya Putera kedua.

Laksamana Zheng He memberi tunduk hormat kepada kedua putera itu.

"Wang ye, wo duibuqi. Tabib istana menyarankan Shuang er tidur tanpa gangguan malam ini."

Kedua putera itu terdiam sebentar. Sememangnya mereka sangat merasa risau setelah mendengar berita itu sebentar tadi. "Na, kami akan datang esok," kata Putera pertama Gaochi.

"Terima kasih," balas Laksamana Zheng He sambil mengangkat hormat.

"Zheng gong gong, ni baozhong. Haohao xiuxi. (Zheng gong gong jagalah diri. Rehat la sebaiknya),"kata Putera pertama sambil memberi tunduk hormat.

"Beritahu istana sekiranya memerlukan bantuan," kata Putera kedua.

"Baik wangye," kata Laksamana Zheng He. Dari wajah Laksamana Zheng He, sesiapapun dapat menyelam perasaan Laksamana Zheng He.

Di hospital, nenek Sara duduk di sebelahnya dan meneliti wajah Sara. "Sara, baliklah semula. Kami semua merindukan Sara," bicara nenek Sara sambil mengusap tangannya. "Where are you? Kalaulah nenek dapat menemani Sara di sana," ucapnya lemah dia menyentuh rantai mutiara Sara perlahan.

"Mak," tegur mak Sara. Tetapi tiba-tiba ibunya jatuh terkulai di kerusi. "Maaaaak! Doktor, nurse! Tolong!" mak Sara menjerit sekuat hatinya. Doktor dan jururawat meluru masuk ke wad dan memeriksa nenek Sara.

"Cepat roll her to the emergency unit," arah doktor yang berada di situ. Nenek Sara pengsan tiba-tiba.

"Sara, Sara,"panggil nenek Sara.

"Mamatok!"jerit Sara mereka berpelukan. Sara menangis teresak-esak. "Mamatok, Sara rindu,"katanya masih berpelukan. Nenek Sara menepuk-nepuk belakang Sara menenangkannya. Sara melepaskan pelukannya. Dia memandang sekeliling. Mereka berada di sebuah tasik yang penuh dengan teratai putih dan merah jambu. "Kita kat mana ni mamatok?"

Nenek Sara menarik tangan Sara dan duduk di satu batu besar.

"Kita berada di persilangan masa,"jawab mamatoknya.

"What's that?"tanya Sara.

"Titik pertemuan antara dua dunia. In other words neither here nor there. Jasadnya berada di tempat betul tetapi rohnya berada di tempat berlainan,"jawab mamatok Sara. "Dah jangan buang masa. Sara sebenarnya di mana?"

"Pada mulanya zaman kesultanan Melaka. Sara bangun dalam tubuh gadis yang bernama Cempaka. Sekarang Sara berada di China. Proses membawa balik Puteri Hang Li Po ke Melaka,"jawab Sara. "Laksamana Zheng He tahu Sara dari masa depan dan dia kenal dengan rantai yang mak bagi ni,"terang Sara.

"Zheng He? Cheng Ho?"tanya mamatok. Sara mengangguk.

"Sara tak tahu macamana nak balik mamatok,"kata Sara menitiskan airmata.

"Bila tiba masanya, Sara mesti dipulangkan. Jangan risau." Nenek Sara mengusap kepala Sara. "Jaga diri, jangan terlalu membuat keputusan. Sejarah tidak boleh diubah. Faham?"Nenek Sara mengingatkan. Sara memeluk erat mamatok seperti tidak mahu melepaskan. Tiba-tiba mamatok menghilang perlahan.

"Mamatok!Mamatok!"jerit Sara berlari mencari neneknya.

Di wad kecemasan, mereka memberikan bantuan pernafasan kepada nenek Sara kerana tiada denyutan jantung. Mamatok Sara terjaga selepas percubaan kedua. "Sara!" perkataan pertama Puan Salmah ketika tersedar daripada pengsannya.

"Puan! Boleh nampak ini?"tanya doktor yang bertugas menunjukkan dua jarinya. Puan Salmah mengangguk lemah. Hatinya masih kerisauan tentang Sara. Sudah tentu Sara kebingungan sekarang ini.

"Mama, mama!" Puan Salina memanggilnya. Airmatanya mengalir tanpa disedari.

"Sal," panggil Puan Salmah.

"I thought I lost you," katanya dalam esakan, Dia memeluk ibunya. Nenek Sara mengusap belakang satu-satunya anak perempuannya.

"Mama ok," pujuk Puan Salmah. "Dah, mama needs some rest," katanya lagi.

"Betul tu puan. Ibu puan perlu berehat," tambah doktor itu lagi. Puan Salina tersenyum.

"Baiklah mama," balasnya. puan Salmah memejamkan matanya dan mendoakan Sara cucu kesayangannya.

"Mamatok...Mamatok," panggil Sara seakan berbisik. Kembang duduk di sisinya mengejutkannya dengan lembut.

"Cempaka dah bangun?"tanyanya lembut. Mata Sara terbuka perlahan-lahan. Sara memerhatikan bilik itu.

"Kita di mana?"tanya Sara memerhatikan bilik yang sedikit asing.

"Kita di bilik tamu Zheng gong gong,"terang Kembang sambil memegang tangan Sara.

"Nak air,"pinta Sara perlahan. Dia bangun berdikit-dikit. Kepala terasa sakit dan tubuhnya merasa lemah. Kembang cepat menuangkan air suam di dalam cawan dan menyuakannya kepada Sara. Sara mengambil dan meminum air yang diberi. "Apa dah jadi ni? Cempaka tak berapa ingat,"kata Sara.

"Dapur terbakar semalam, Cempaka tertidur di kolah mandi. Nasib Baik jiangjunShu wu Ji bertindak pantas. Dialah penyelamat Cempaka." Kembang tiba-tiba menangis. "Kembang minta maaf Cempaka. Kerana Kembang cuai di dapur,"pinta Kembang dalam esakan.

Sara menggelengkan kepalanya.

"Cempaka kan ok ni. Dah takyah sedih-sedih. Cempaka laparlah Kembang,"jawab Sara. "Pukul berapa ni?"

"Fajar menyinsing Cempaka. Cempaka lapar ya, Kembang pergi ambilkan makanan ya. Tunggu dan jangan pergi ke mana-mana,"kata Kembang berlalu pantas. Sara menyentuh rantainya. 'Fuh lega, ada lagi,'bisik hatinya. Kembang berpaling dan melihat Cempaka menyentuh rantai kesukaannya. Dia berpatah balik.

Kembang mengeluarkan cucuk sanggul mutiara yang bercahaya dari poket hanfunya.

"Nah, Cempaka. Ini je yang Kembang boleh selamatkan. Pakaian, wang yang Tuan Ishak bekalkan pun hangus terbakar,"kata Kembang menghulurkan cucuk sanggul itu. Cempaka bersyukur barang yang begitu bernilai baginya sempat diselamatkan oleh Kembang. Sara memeluk Kembang erat.

"Terima kasih Kembang,"bisik Cempaka. Kembang menitiskan airmatanya kerana masih menyesali apa yang telah berlaku.

Kembang begitu terharu dengan penghargaan Sara. Dia melepaskan pelukan dan berdiri.

"Kembang siapkan makanan ya?"katanya. Sara mengangguk dan tersenyum. Dia berlalu selepas itu. Sara melihat cucuk sanggul itu dan menghela nafasnya. Dia menyanggul rambutnya yang terurai dan menyelitkan cucuk sanggul supaya sanggul itu terletak kedudukannya.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now