48

411 42 0
                                    

Tun Daim memandang seketika Sara yang masih berada di depannya.

"Nak ke tak nak. Tak nak dinda bagi masa  lima minit untuk kanda keluar dari sini. Sebab dinda pulak nak bersiram," tegur Sara apabila melihat Tun Daim terbeku di sini.

"Lima minit itu apa?"tanya Tun Daim hairan.

"Lima minit itu ialah er... masa.. errr sebatang mancis seperti hendak melangkah 5 langkah ke hadapan,"balas Sara. Tun Daim menggelengkan kepalanya. Bahasa Cempaka memang sedikit aneh selepas baik sakitnya.

" Pandang sana,"arah Tun Daim menunjuk ke dinding. Sara mengeluh dan terus berpaling.

"Mengalah anak dara tau,"komen Sara. "Dah belum?"tanya Sara.

"Dah,"jawab Tun Daim yang sudah pun balik ke kedudukan asal. Sara yang membelakangi Tun Daim mula mencedok air dan membasahkan rambut lelaki gagah itu sedikit demi sedikit. "Dinda, kanda nak bertanya sedikit,"kata Tun Daim memecah kesunyian.

"Banyak pun tak apa. Bukan nak terburu-buru ke mana-mana. Apa soalannya?" Balas Sara yang sudahpun meletakkan sedikit syampu yang dibuat oleh Wu Hen.

"Dinda ada apa-apa dengan Shu Wu Hen?"tanya Tun Daim.

"Lagi soalan lain?"soal Sara kembali.

"Kenapa dinda tidak mahu menjawab?"soal Tun Daim semula. Kini rambut separas bahu Tun Daim telahpun dibasahi oleh syampu berbau lemon itu.

"Bukan tak mahu menjawab. Kalau ada soalan lagi. Teruskan lah bertanya. Kan senang. Dinda jawab semua sekaligus,"terang Sara. Dia meleraikan kekusutan rambut Tun Daim sedikit-sedikit.

"Baik. Soalan kedua, Dinda sukakan Shu Wu Ji atau Shu Wu Hen sebenarnya?"tanya Tun Daim. Walaupun soalan-soalan itu lahir dari hatinya tapi entah kenapa dia lebih tenang ketika itu. Sara mengangguk.

"Ada lagi?"tanya Sara kini menekan point-point penting di kepala Tun Daim. Tun Daim tak dapat tidak, merasa lebih tenang. Sesuatu yang lama tidak dinikmati oleh hatinya.

"Dari mana dinda belajar bahasa cina dan seni mempertahankan diri?"

Sara mencedok air bersih dan mencuci sabun di kepala Tun Daim.

"Ada lagi tak?"tanya Sara. Tun Daim menggelengkan kepalanya. "Baiklah. Shu Wu Hen seumpama sahabat akrab biarpun baru berjumpa Cempaka percaya kepada dia dan dia percaya kepada dinda. Shu Wu Ji...dia adalah pelindung dinda sejak awal bertemu di dalam kapal bersama jiaofu. Ketiga dinda ni sebenarnya cepat belajar. Jadi bahasa bukanlah sesuatu yang susah untuk dinda pelajari. Seni mempertahankan diri? Bukankah kanda dan kanda Ishak selalu belajar di rumah kami. Dinda belajar dari situ," terang Sara walaupun ada juga yang dia terpaksa menipu untuk menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar. Tun Daim berpaling.

"Itu sahaja?"tanya Tun Daim. "Memerhatikan sahaja sudah boleh menguasai sesuatu?" Dia cuba mencari kebenaran di balik wajah ayu di hadapannya.

Sara mengangguk.

"Baik, jika kanda dan Shu Wu Ji di dalam bahaya siapa yang dinda selamatkan dulu?"Tun Daim menguji. Sara tersenyum. 'Soalan perangkap ni,'bisik hati Sara.

"Dalam keadaan itu? Dinda akan selamat kanda dulu,"jawab Sara yakin. Tun Daim tersenyum gembira.

"Benarkah dinda?"tanya Tun Daim tidak percaya.

"Benar! Sebab dinda tahu Shu Wu Ji akan dapat selamatkan dirinya dan kanda perlukan bantuan dinda,bukan?"lancar sahaja jawapan Sara. Muka Tun Daim berubah terus.

"Dinda cuba katakan yang Shu Wu Ji lebih gagah dan pantas dari kekanda, bukan begitu?"balas Tun Daim seperti merajuk. Sara mengangguk.

"Kemahiran kanda dan Shu Wu Ji lebih kurang sama cuma satu sahaja yang kanda kurang,"kata Sara. Dia menggamit Tun Daim supaya pandang ke hadapan kerana dia hendak mengeringkan rambut Tun Daim.  Tun Daim turutkan sahaja walaupun hatinya sebal.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now