Tun Daim pulang ke kediaman dengan amarah di dada. 'Apakah silapku yang membuatkan kau begitu benci padaku,?'soalnya sendiri.
"Pipit,"panggilnya dari dalam bilik.
"Ya datuk," jawab Pipit yang masih berada di luar pintu.
"Aku dahaga, pergi ambil air untuk aku,"arahnya sambil berteleku di meja. 'Perjalanan hari ini sangat panjang,'keluhnya sendirian. 'Dengan kau berkelakuan begini meletihkan aku beribu kali ganda,'desis hatinya lagi.
Salina sudah beberapa hari mengambil ubat tidur hanya untuk bertemu dengan Sara di persimpangan masa. Hingga kini masih kecewa. Dia memandang sahaja tubuh Sara yang aman tidur di katil. Wajahnya kemerah-merahan dan tenang pernafasannya. Dari kawan-kawan sekerja hinggalah orang atasan menjenguk Sara di hospital namun apa yang Salina merasa hanyalah kekosongan dan kebuntuan. Dia mengambil tuala lembab dan mengesat wajah dan tangan Sara dengan lembut.
"Di mana saja Sara berada, jaga kesihatan,jaga diri. Mak akan terus berusaha di sini membawa Sara balik,"ucapnya sambil mengusap rambut anaknya. Salina makan sekeping roti, secawan milo dan sebiji ubat tidur. Dia tidur di sebelah Sara sambil menyentuh rantai di leher Sara dan kesan ubat tidur itu membuatkan Salina terlena di situ.
Puas Sara berkilas kiri dan kanan namun dia tidak dapat melelapkan matanya. Bukan kerana bilik atau katil tidak selesa cuma hatinya resah. 'Mesti Shu Wu Ji sedang berbahagia memadu kasih dengan isterinya yang cantik,'desis hatinya. Dia tersenyum. Dia cuba membayangkan rupa bahagia Shu Wu Ji dan ketawa sendiri. 'Muka ais macam kau ni memang hanya orang tertentu sahaja yang boleh tahan,'katanya sendiri. Dia bingkas bangun menggeliat. Dalam bilik diterangi oleh sebatang lilin sahaja. Kembang lena tidur di lantai beralaskan tilam dan selimut tebal. Sejuk tapi Sara sukakan kedinginan itu. Dia mengambil baju luaran lapisan kedua dan ketiga lalu memakainya. Dia bertinjit keluar dari bilik tidak mahu mengejutkan Kembang.
Dia membuka pintu dan melihat bulan penuh cantik bercahaya. Dia menutup pintu dan menarik nafas panjang. 'Ah! Nyamannya. Fresh air! Pure oxygen,'kata hatinya. Dia melangkah ke gazebo. Dia duduk memeluk lutut di atas bangku marmar.
Dia memerhatikan bulan yang cantik itu. "Mak, mamatok, along,angah, kak Vina, Kak Ya, Didi," Sara rindukan semuanya. "Entah bila kita akan bersua," dia mengeluh. Lama dia termenung di situ. "Wu Hen betul ke kau dari masa depan seperti aku?"soalnya berbisik. Tiba-tiba dia terasa seseorang menyelimutkan tubuhnya dari belakang. Dia berpaling.
"Wu Hen?"tanya Sara terkejut.
"You buat apa kat sini?"tanya Wu Hen selamba duduk di samping Sara. Sara dapat melihat wajah cantik Wu Hen. 'You?' Dia tergelak sendiri.
"Lama tak dengar perkataan 'You',"kata Sara usai ketawanya. Dia cuba mengawal suaranya takut menganggu orang yang sedang nyenyak tidur. "I tak boleh tidur. The moon is so pretty tonight so datang menikmati bulan."
Wu Hen mengangguk. "You gave me hope,"kata Wu Hen perlahan.
"What hope?"tanya Sara.
"Selama ni I thought I was the only one. Masa mula-mula depressed gila,"jawab Wu Hen.
"Depressed giler?"balas Sara ketawa lagi.
"Kenapa you ketawa? Serius kot,"kata Wu Hen berkerut kening. 'Ok, dia memang bukan fake,'desis hatinya.
"Nama sebenar?"tanya Sara.
"Andrew Ooi ,30 tahun, pegawai pergigian Hospital Selayang."
"Oh, dentist?"tanya Sara. Wu Hen mengangguk.
"You?"
"Sara Salehuddin. Nice to meet you. 28 bodyguard," Sara mengangkat tabik kepada Wu Hen. Wu Hen pula ketawa.