Yeah! Yeah! Yeah!
Tak sabarnya lahai aku ni nak ambil result PT3.Sedang mak aku bersiap, aku mengambil telefon bimbit mak aku lalu membuka aplikasi Whatsapp.
Maklumlah, mak aku tak bagi aku ada telefon lagi. Belajar, belajar.
Aku lihat group Whatssapp geng aku.SUPEZIMASTICAAL
Pelik bukan nama group kami? Tetapi unik dan aku suka!
Gabungan daripada nama-nama geng aku. Kawan aku ada cakap, nama geng aku ni macam restoran Jepun. Tang mana entah Jepunnya. Cikgu pon pelik.Su mane kau? Dah ramai ni ~ Peho
Dah ramai ke? Aku pon belum siap ni ~ Azie
Cepat - cepat nanti A habis ~ AliaAku gelak.
Haaa ye otw ni ~ Su
Cakap otw tapi aku masih kat rumah lagi. Bukankah janji Melayu seperti itu? Aku Melayu, bukan Bangla. Aku lihat jam dinding. Jam menunjukkan pukul lapan lima belas minit. Aku berfikir sejenak. Kalau janji Melayu, pukul lapan setengah baru ramai orang. Sekarang pon sekaranglah.
"Mak. Kawan kakak cakap dah ramai dah. Mak dah siap ke belum?"
"Iyeee mak nak siap lah ni. Pergi hidupkan enjin kereta."
"Okey boss"Aku mengambil kunci kereta Avanza di sebelah pintu. Aku menyarung kasut hitam dan pergi ke garaj kereta. Garaj kereta dengan rumah aku ni bukan dekat sangat bukan jauh sangat. Rumah aku ni pon dekat dengan rumah nenek belah abah aku. Eh bukan dekat, memang jiran! Betul-betul jiran.
Nenek aku ni buat bisnes kuih raya dan rumah sewa. Ada dua rumah sewa. Kedua-duanya masih kosong. Rajin betul lah nenek aku ni.
Jadi, kalau Hari Raya menjelma, keluarga aku akan pergi beraya rumah nenek aku ni lah. Mulakan yang dekat, sudahi yang jauh.
Nama aku Suria Nashifah. Panggil aku Su je. Tak membazir air liur. Dua huruf sahaja.
Harini hari ambil result PT3!
Setelah kami bertungkus-lumus berperang dengan musuh bernama PT3, akhirnya kami selesai! Budak-budak SPM, jangan nak memperlekehkan kami yang baru habis PT3 ni ya. Bagilah kami bersuka ria.Janganlah takutkan kami dengan 'Ceh, ni baru PT3. Korang belum SPM lagi.' Ha aku siku juga kang!
Aku tidak sabar nak jumpa kawan-kawan aku. Nak tengok juga result semua. Aku berjalan ke garaj kereta sambil menyanyi riang. Tak sabar wei! Tak sabar!
Aku hidupkan enjin kereta. Aku tunggu di dalam kereta.
Aduh mak ni pon. Lamanya bersiap. Macam mak aku pula yang nak ambil result. Sebenarnya aku boleh je pergi ambil result naik motor seorang diri. Tetapi aku takut. Tak tahu lah kenapa tapi aku takut.Tiba-tiba ada kereta masuk ke perkarangan rumah sewa nenek aku. Aku melihat kereta itu.
Pergh Honda City! Macam kereta nenek aku tapi ni lebih canggih. Aku perhatikan sahaja kereta itu. Nak tengok tuan kereta tu tetapi cerminnya gelap, hitam! Memang tak nampak!
Pintu kereta dibuka dari dalam. Aku masih memerhati. Sifat ingin tahu yang menebal.
Fuh, handsome! Tapi nampak belakang je. Belakang handsome mesti depan pon handsome kan.
Eh tak semua macam tu. Ada seorang kawan lelaki aku ni belakang nampak macam budak baru, handsome! Tetapi bila tengok muka sahaja, hancur. Astaghfirullahala'zim. Jangan kutuk orang. Kita ni pon belum tentu cantik. Belum tentu orang nak kita. Jaga mulut ye semua. Ciptaan Allah sememangnya indah.
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Ficção Adolescente[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...