Prologue 💦

13.7K 1.1K 64
                                    

"Untuk apa saya kahwin dengan awak kalau saya tak pernah sekalipun rasa bahagia?" Aku di birai katil kanan, dia di birai katil kiri. Kami membelakangkan tubuh masing-masing.

"Dan untuk apa saya kahwin dengan awak kalau awak tak pernah cuba nak bawa saya lari dari kisah silam?" Aku terdiam. Dia.. dia nak aku usaha untuk tu?

"Haerin..." Jimin tiba-tiba bangun dan dekat dengan aku. Dia duduk melutut, tangannya di atas paha aku. Aku telan liur. Seperti biasa, sentuhan dia merenjatkan tubuh aku. Macam ada arus voltan yang tinggi kerana sentuhannya.

"Tolong buat saya cintakan awak, macam mana saya cintakan bekas isteri saya." Aku ketap gigi. Aku tak boleh menahan tangisan. Aku terus peluk Jimin. Erat.

"Saya tahu, awak cintakan saya, Jimin."

"Saya akui benda yang sama. Saya cintakan awak. Tapi saya tak tahu kenapa hati saya tak boleh sama macam saya cintakan bekas isteri saya."

"Sebab saya dan dia orang yang berbeza, sayang." Aku leraikan pelukan, dahinya aku kucup lembut.

Jimin.. dia ego. Tapi dia pernah menangis kerana aku sebab aku cuba tinggalkan dia. Waktu tu, aku dah penat dan letih.

Sekarang, dia dah tak macam dulu. Aku berjaya ubah dia menjadi seorang Park Jimin yang baik dan sopan. Tak ada dah mulut laser macam dulu. Sampai kena lempang dengan Kak Nara sebab dia kata Helena anak haram.

Aku sakit hati tau!

Jimin kembali menarik aku ke dalam pelukan. Aku tersenyum. Susah nak bergaduh dengan Jimin. Sebab aku tahu, tak sampai sejam aku dah berbaik semula.

Haih.. kenapalah awak comel sangat ni, Jimin?

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now