"Hei perempuan. Baju aku, kau da basuh belum?" soal Atiqah kepada Munirah.
"Dah tapi belum gosok lagi," balas Munirah takut-takut.
"Bila nak gosok?" soal Atiqah, lagak seperti seorang gangster.
"Ira gosok sekarang," balas Munirah lalu beredar dari situ.
Munirah mengambil sepasang baju kurung bercorak bunga di dalam sebuah almari. Kemudian, dia menggosok pakaian itu.
*******
"Ira..." panggil ibunya lembut.
"Ya, bu," jawab Munirah lalu menuju ke ruang tamu.
"Nanti hantar baju kurung ni kat rumah Makcik Shareena ye," pinta ibunya.
"Boleh bu. Nanti Ira hantarkan. Ira nak gosok baju sekejap," balas Munirah lembut.
Seusai menggosok, Munirah bergegas ke rumah Makcik Shareena untuk menghantar baju kurung yang ditempah. Sejak azali lagi, ibu Munirah mengambil tempahan baju kurung kerana hasil jahitannya yang kemas dan cas yang dikenakan amat berpatutan. Dalam perjalanan ke rumah Makcik Shareena, Munirah terserempak dengan Makcik Rusiah.
"Assalamualaikum makcik. Baru balik dari kedai ke?" sapa Munirah sambil bersalaman dengan Makcik Rusiah.
"Waalaikumussalam. A'ah, Munirah. Kamu nak ke mana ni?" balas Makcik Rusiah sambil melihat beg plastik yang dibimbit oleh Munirah.
"Ke rumah Makcik Shareena. Nak hantar baju kurung ni," balas Munirah pula.
"Oh, baik-baik jalan. Kirim salam makcik pada Makcik Shareena ye," balas Makcik Rusiah lalu beredar dari situ.
YOU ARE READING
Sayangi Aku
Short StoryCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...