32

123 9 0
                                    

Di dalam bilik, Munirah berbual-bual dengan ibunya.

"Ibu nak ikut mereka balik ke?" soal Munirah dengan raut wajah muram.

"Tak la. Siapa cakap ibu nak ikut mereka balik?" balas ibunya lembut.

"Ira tanya je. Takut ibu dah ubah fikiran," balas Munirah pula.

Sedang Munirah berbual-bual dengan ibunya, Shuhada mencelah.

"Phone kau bunyi tu."

"Siapa call?" soal Munirah.

"Macam biasa," balas Shuhada sambil tersenyum.

"Kejap ye, bu. Abang Mirza call. Mungkin nak cakap pasal Kak Amira kot," kata Munirah lalu beredar ke ruang tamu untuk mengambil telefon bimbitnya yang diletak di atas meja kopi.

"Assalamualaikum, Abang Mirza." sapa Munirah setelah Mirza menjawab panggilannya.

"Waalaikumussalam. Ira, sorry sebab tak inform pasal Amira." Mirza terus mengakui kesilapannya setelah menjawab salam.

"Tak apa," balas Munirah ringkas.

"Abang cuba nak jernihkan keadaan. Mereka macam mana?"

"Dah okay. Mereka minta maaf pada ibu dan Ira. Terima kasih, Abang Mirza."

"Sama-sama." Panggilan dimatikan.

Munirah menghela nafas panjang.

"Kenapa?" soal Shuhada.

"Pasal adik-beradik aku," balas Munirah. "Weh, kau rasa kan Abang Mirza suka pada Kak Amira ke?" soal Munirah tiba-tiba.

"Kenapa? Kau masih ada hati lagi dengan dia eh?"

"Mungkin. Tak apa lah. Lama-lama hilang lah rasa tu. Tak nak layan sangat, nanti makan hati."

Shuhada terdiam. Dia tidak tahu apa yang harus diucapnya.

"Ibu, Abang Mirza ajak Mira keluar makan malam dengan dia kejap lagi. Dalam pukul 8 malam." Telinga Munirah segera menangkap perbualan Amira dengan ibunya.

"Jangan balik lewat sangat," pesan ibunya lembut.

"Nak pakai baju apa ye, bu?"

"Blouse merah tu cantik."

"Abang Mirza suka warna merah ke, bu?"

"Ibu tak tahu la pulak."

Munirah segera menarik tangan Shuhada.

"Aku dah dapat jawapan," kata Munirah kepada Shuhada.

"Jawapan apa?" soal Shuhada pelik.

"Soalan aku tadi. Yang kau tak dapat jawab tu," balas Munirah.

"Aku tak faham," kata Shuhada sambil mengerutkan dahinya.

"Abang Mirza ajak Kak Amira keluar makan malam dengan dia," jelas Munirah.

Shuhada terdiam lagi. "Kau tak payah fikir sangat lah. Abaikan je dia tu. Ramai lagi lelaki kat luar sana. Kau bukannya tak cantik tapi jenis tak melayan. Cuba layan, laku keras beb," pujuk Shuhada.

Namun, usahanya hanya sia-sia. Sikit pun tak mengubah perasaan Munirah pada Mirza. "Memang ramai tapi tak sama," balas Munirah perlahan.

"Jangan la macam ni, weh. Aku faham perasaan kau tapi aku tak mampu nak buat apa," pujuk Shuhada lagi.

"Aku okay."

Shuhada tahu jawapan Munirah hanya mahu menyedapkan hatinya. Namun, sebaliknya, dia amat terluka. "Jangan terlalu meletakkan harapan pada manusia. Nanti, kau sakit. Aku sayang kau," pesan Shuhada lembut.

"Aku pun," balas Munirah sambil mengesat air mata yang tiba-tiba mengalir.

Sayangi AkuWhere stories live. Discover now