Makcik Rusiah sudah lama menanti kepulangan Mirza. 'Mana pula Mirza ni? Lama betul g beli nasi lemak,' getus hati Makcik Rusiah.
"Assalamualaikum, mak. Mirza da balik," ucap Mirza.
"Waalaikumussalam. Lamanya Mirza," balas Makcik Rusiah.
"Mirza berbual dengan Munirah. Pas tu hantar dia balik. Nanti dia ikut kita g Mydin tau mak," jelas Mirza. Makcik Rusiah tersenyum mendengar penjelasan Mirza.
Tepat jam 10 pagi, Munirah sudah menunggu Mirza di beranda rumahnya. Dia tidak suka Mirza menunggunya. Jadi, dia perlu bersiap lebih awal.
Mirza tiba seminit kemudian. "Ira g dulu ye ibu," kata Munirah sambil menyalami tangan ibunya.
Mirza melemparkan senyuman kepada ibu Munirah.
"Aku pinjam anak kau sekejap," kata Makcik Rusiah kepada ibu Munirah.
"Ye la. Jaga baik2 anak aku tu," balas ibu Munirah sambil tersenyum.
Setelah Munirah menaiki kereta, mereka mula berbual-bual. Makcik Rusiah amat selesa dengan Munirah kerana Munirah pandai mengambil hati orang tua.
Setiba di Mydin, Makcik Rusiah dan Munirah menuju masuk ke dalam pasaraya manakala Mirza pula ke tandas. Ketika Mirza menuju ke tandas, dia terlihat seseorang di sebuah butik.
'Amira?' bisik Mirza. Mirza memerhati Amira dari jauh.
Tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki menghampiri Amira. Kelihatan mereka mesra bersama. Hati Mirza diselubungi rasa cemburu. Mirza terus memerhati gelagat mereka dari jauh. Lelaki itu menghadiahkan sesuatu kepada Amira.
Dalam keasyikan memerhati, telefon bimbit Mirza berdering. "Assalamualaikum, mama..." sapa Mirza lembut.
"Waalaikumussalam. Mir, bila balik rumah?" soal Datin Maryam.
"Lepas Isyak kot ma. Kenapa mama?" balas Mirza.
"Lambatnya. Balik la awal sikit. Lepas Asar ke?" balas Datin Maryam pula.
"Okay mama. Lepas Asar, Mirza balik ye. See you tonight. Assalamualaikum." kata Mirza mengakhiri perbualan mereka.
Setelah Mirza menyimpan telefon bimbitnya di dalam kocek seluar, dia melihat ke arah Amira semula. 'Eh, dah tak ada lelaki tu.' getus hati Mirza.
Makcik Rusiah dan Munirah leka membeli barang dapur. "Meh Ira tolong timbang kan lauk tu," tawar Munirah. Makcik Rusiah menghulurkan lauk-pauk yang perlu ditimbang.
Mirza berjalan menuju ke arah Makcik Rusiah. "Amboi, da penuh satu troli!" usik Mirza.
"Murah la Mirza. Rugi tak beli," balas Makcik Rusiah teruja.
"Perempuan semua murah. Tak tahu bila mahalnya," balas Mirza sambil ketawa. Makcik Rusiah turut ketawa.
Munirah menghampiri mereka. Mirza merenung wajah Munirah. Pelbagai soalan bermain di benak fikirannya.
Munirah perasan Mirza merenungnya. "Kenapa Abang Mirza?" soal Munirah pelik.
"Tak ada apa-apa," jawab Mirza. Munirah mengerutkan dahinya, keanehan apabila Mirza merenungnya tadi.
Seusai membuat bayaran, mereka menuju ke medan selera untuk makan tengah hari. "Ira nak g toilet kejap," kata Munirah kepada Makcik Rusiah.
Ketika Munirah berjalan menuju ke arah tandas, dia melintasi butik pakaian, tempat Amira bekerja. Amira terkejut melihat Munirah berada di situ. "Ira..." panggil Amira. Munirah tercari-cari orang yang memanggilnya. Amira melambaikan tangannya ke arah Munirah. Munirah ternampak Amira lalu menuju ke arahnya.
"Kak Amira. Maaf la Ira tak perasan pula akak masa lalu tadi," kata Munirah.
"Ira buat apa kat sini? Dengan sapa?" soal Amira bertalu-talu.
"Ira teman Makcik Rusiah beli barang dapur," jawab Munirah jujur.
"Ibu tinggal sorang2 la kat rumah tu?" soal Amira lagi.
"Atiqah dan Amalina ada kat rumah, teman ibu." jawab Munirah pula.
"Cepat balik. Jangan melencong ke tempat lain pula. Kesian ibu tu kat rumah," arah Amira tegas. Munirah hanya mengangguk.
"Ira. Kau ada duit lebih tak? Dalam RM50." soal Amira tanpa segan-silu.
"Ada kak. Kenapa?" balas Munirah.
"Kenapa, kenapa? Dah tanya tu maknanya nak pinjam la. Lembab la kau ni," balas Amira dengan nada suara yang tinggi. Munirah menghulurkan sekeping not RM50 kepada Amira. Amira mengambil wang itu lalu menghalau Munirah pergi dari situ.
Munirah menuju ke tandas selepas berjumpa dengan Amira. Kemudian, dia kembali ke medan selera untuk makan tengah hari bersama-sama Makcik Rusiah dan Mirza.
"Abang order milo panas dan nasi goreng sotong untuk Ira," kata Mirza setelah Munirah tiba di meja makan.
"Terima kasih Abang Mirza," ucap Munirah.
"Ira okay ke?" soal Makcik Rusiah apabila melihat wajah Munirah tidak ceria seperti tadi.
"Okay je makcik," balas Munirah sambil tersenyum kelat. Mirza hanya memerhati.
"Lepas ni nak pergi mana lagi mak?" soal Mirza kepada Makcik Rusiah.
"Mak tak nak ke mana dah. Balik je la. Mak nak masak makan malam untuk Mirza pula. Nanti tapau untuk mama dan kakak ye," balas Makcik Rusiah. Mirza mengangguk sambil tersenyum.
"Ira pula nak pergi mana2 lagi ke? Abang boleh bawak kan," soal Mirza kepada Munirah pula.
"Ira pun tak nak ke mana dah. Kita balik rumah je la," balas Munirah. Dia mahu pulang awal ke rumah kerana takut dimarahi kakaknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/167540781-288-k255354.jpg)
YOU ARE READING
Sayangi Aku
Historia CortaCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...