1

276 26 5
                                    

"Assalamualaikum. Tumpang tanya boleh? Rumah Makcik Rusiah kat mana ye?" soal seorang lelaki sebaik sahaja dia memberhentikan kereta di sisi Munirah.

"Abang jalan terus. Nanti abang akan jumpa satu simpang. Abang masuk, depan tu sikit ada sebuah rumah warna hijau," terang Munirah sambil menuding jari ke arah jalan yang perlu dilalui lelaki itu.

"Rumah warna hijau ye? Okay, terima kasih." balas lelaki itu sambil tersenyum.

"Sama2."

"Oh, ya. Awak tinggal mana? Mari la saya tolong hantar kan," pelawa lelaki itu.

"Tak apa la. Rumah saya depan tu je. Terima kasih," balas Munirah, menolak pelawaan lelaki itu.

Lelaki itu meneruskan perjalanannya ke rumah Makcik Rusiah yang tidak jauh dari situ. Lima minit kemudian, dia tiba di perkarangan rumah seperti yang dinyatakan oleh gadis itu tadi.

'Ini kot rumah Makcik Rusiah,' bisik hati lelaki itu. Dia membuka tali pinggang keledar lalu keluar dari kereta menuju ke rumah itu.

"Assalamualaikum..." laung lelaki itu sambil mengetuk pintu rumah Makcik Rusiah. Dia cuba mengintai disebalik tirai, namun tiada apa yang kelihatan.

"Waalaikumussalam..." jawab Makcik Rusiah dari dalam sambil membuka daun pintu rumahnya. Dia agak terkejut melihat seorang lelaki berdiri di hadapan rumahnya sambil tersenyum.

"Ini rumah Makcik Rusiah?" soal lelaki itu untuk memastikan dia tidak silap rumah.

"Ya, saya. Siapa ye encik ni?" balas Makcik Rusiah pelik.

"Saya Mirza, anak arwah Dato' Mikhail." lelaki itu memperkenalkan dirinya.

Air muka Makcik Rusiah berubah. "Jemput la masuk," ajak Makcik Rusiah. Mirza membuka kasut dan stokingnya. Dia meletakkan kasutnya di sebuah rak kasut yang diperbuat daripada kayu.

"Jemput duduk. Makcik ke dapur sekejap, buat air," kata Makcik Rusiah. Mirza mengangguk sambil tersenyum. Dia duduk di atas sebuah sofa yang berwarna maroon. Matanya ligat memerhati keadaan rumah tersebut. 'Kemas rumah Makcik Rusiah. Rajin orangnya.' detik hati Mirza.

"Jemput minum Mirza. Makcik ada goreng keropok losong. Tunggu sekejap ye," kata Makcik Rusiah sambil menuang air kopi o.

"Terima kasih makcik. Maaf menyusahkan," balas Mirza sambil tersenyum memandang wajah Makcik Rusiah. Makcik Rusiah kembali ke dapur untuk menggoreng keropok losong.

Seusai memasak, Makcik Rusiah berbual-bual dengan Mirza. Dia ingin tahu tentang Mirza. Tambahan pula, Mirza ada menyebut nama bapanya, Dato' Mikhail. Itu membuatkan hati Makcik Rusiah meronta-ronta ingin tahu tentang asal usul Mirza.

"Sedap keropok ni makcik," puji Mirza mengambil hati Makcik Rusiah. Makcik Rusiah hanya tersenyum.

"Makcik, maaf datang mengejut," Mirza memohon maaf atas keterlanjurannya datang tanpa diundang.

"Tak apa la nak. Makcik tak kisah pun. Rumah makcik ni sentiasa terbuka untuk sesiapa yang sudi datang," balas Makcik Rusiah lembut.

"Arwah papa meninggal setahun yang lepas, makcik. Papa meninggal akibat kanser otak. Selepas papa meninggal, kami baru tahu papa pernah menikahi makcik. Sebab tu saya cari makcik. Puas juga saya cari alamat rumah makcik. Ni baru je jumpa," Mirza menceritakan serba sedikit kisahnya.

Makcik Rusiah mengangguk perlahan. Kelopak matanya sudah dipenuhi air mata.

"Papa ada hibah kan sikit hartanya pada makcik. Walaupun papa da ceraikan makcik, papa tak pernah lupa kan makcik. Buktinya, semua ada dalam diari papa ni makcik," kata Mirza lagi sambil menghulurkan sebuah diari milik Dato' Mikhail.

Air mata Makcik Rusiah yang bergenang, akhirnya tumpah jua. Dia tidak menyangka bekas suaminya masih ada hati dengannya. Dia mengusap lembut kulit diari tersebut.

"Mama nak datang jumpa makcik tapi mama tak sihat. In shaa Allah ada kelapangan nanti, Mirza bawa mama jumpa makcik ye," kata Mirza sambil tersenyum. Makcik Rusiah mengangguk sambil tersenyum.

"Mirza tidur la sini semalaman. Boleh rasa air tangan makcik," ajak Makcik Rusiah.

"Saya memang bercadang nak tidur sini semalaman pun makcik," balas Mirza gembira.

Makcik Rusiah mengemas sebuah bilik tidur untuk Mirza. Seusai mengemas, dia ke dapur untuk masak makan malam.

"Kamu mandi la dulu. Mesti penat kan jalan jauh?" kata Makcik Rusiah kepada Mirza.

"Baik makcik. Terima kasih ye sedia tempat tidur untuk Mirza," balas Mirza manja.

"Mirza..." panggil Makcik Rusiah.

"Saya..." jawab Mirza sambil memandang wajah Makcik Rusiah.

"Panggil je makcik, mak. Lebih mesra bukan?" balas Makcik Rusiah mengharapkan Mirza sudi memanggilnya dengan panggilan 'mak'.

Mirza tersenyum apabila mendengar permintaan Makcik Rusiah. "Baik mak," balas Mirza. Makcik Rusiah tersenyum lebar apabila kehendak hatinya dipenuhi Mirza.

Sayangi AkuWhere stories live. Discover now