35

132 11 0
                                    

Selepas solat Subuh, Amira menghantar WhatsApp kepada Mirza untuk berjumpa di halaman rumahnya. Mirza bersetuju. Pada jam 7.30 pagi, Mirza sudah berada di halaman rumah Amira.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" soal Mirza sebaik sahaja Amira muncul di muka pintu.

Amira tersenyum. "Saya nak tanya awak sesuatu," balas Amira lembut.

"Tanya la."

"Awak suka saya?" soal Amira tanpa rasa segan-silu. Baginya, dia perlu mendapat kata putus daripada Mirza walaupun pahit untuk ditelan.

Mirza tergamam. Dia tidak sangka Amira akan bertanya tentang itu. Mirza menghela nafas panjang lalu menjawab, "Tak, maaf."

Amira tersenyum panjang. Dia puas hati dengan jawapan Mirza walaupun jauh di sudut hatinya, dia amat kesal dengan jawapan Mirza. Dia amat menyukai Mirza. Mirza seorang lelaki yang baik. Tidak pernah sesekali pun menjual kata-kata manis kepadanya.

Mirza menjadi serba-salah. "Saya minta maaf kalau awak terasa hati dengan saya," ucap Mirza penuh kesal.

"Tak apa. Saya nak tahu tu je," balas Amira dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya.

Mirza merenung mata Amira. Dia dapat melihat Amira sedang menahan air matanya dari mengalir. "Saya minta diri dulu, assalamualaikum." Mirza berlalu pergi. Dia tidak mampu berada di situ dengan lebih lama lagi.

Setiba di rumah, Makcik Rusiah menegur Mirza yang sedang bersandar di sofa. "Kamu okay ke, Mir?"

Mirza hanya mengangguk.

Makcik Rusiah tersenyum. "Kalau hati dah berubah arah, terus terang daripada terus membuat hati terseksa rasa bersalah," ujar Makcik Rusiah lembut.

"Tak salah kan Mir jawab jujur tadi?" soal Mirza masih diselubungi rasa bersalah.

"Tak. Kalau tak suka, usah beri harapan. Ibarat beri tin kosong yang berisi batu."

"Maksudnya?"

"Maksudnya, menampakkan harapan yang nyata walhal dalamnya hanya palsu belaka."

Mirza mengangguk perlahan.

"Dah, dah. Sekarang, Amira dah tahu isi hati Mir. Jadi, tak perlu rasa bersalah. Mir patut senang hati," ujar Makcik Rusiah.

"Tapi Mir kesian kat dia, mak," balas Mirza lemah.

"Mak faham. Tapi sampai bila Mir nak berahsia akan perasaan Mir pada dia?"

Mirza mengangguk lagi.

"Jom, makan. Mak masak nasi goreng cili padi," ajak Makcik Rusiah.

"Jom."

Seusai makan, Mirza menghubungi Munirah.

"Hello, assalamualaikum. Buat apa tu?" sapa Mirza sebaik sahaja Munirah menjawab panggilannya.

"Waalaikumussalam, Abang Mirza. Duduk je ni. Abang dah makan?" balas Munirah.

"Baru lepas makan," jawab Mirza.

"Makcik Rusiah sihat?"

"Alhamdulillah, sihat. Ira, Abang ada sesuatu nak cakap ni."

Hati Munirah berdebar-debar. "Ada apa?" soal Munirah ingin tahu.

"Abang suka kan Ira," luah Mirza tanpa berselindung apa-apa lagi.

Munirah tergamam.

"Hello? Ira dengar tak tu?" soal Mirza apabila Munirah hanya mendiamkan diri.

"De..dengar," balas Munirah teragak-agak.

Mirza terdiam seketika.

"Abang Mirza..." panggil Munirah lembut.

"Ye, Abang ada ni," jawab Mirza.

"Ira pun suka kan Abang." Cepat-cepat Munirah mematikan panggilan telefon. Dia berasa amat malu dengan pengakuannya.

'Eh, dah end call. Malu sangat tu.' Mirza terkejut dengan reaksi spontan Munirah. Dia tersenyum sendiri. 'Biarlah. Bagi dia tenang dulu.'

'Adu, apa yang aku dah cakap ni? Malunya. Mesti Abang Mirza ketawakan aku. Bencinya,' keluh Munirah sambil menutup muka dengan bantal kesayangannya.

Shuhada yang kebetulan lalu di hadapan kamar tidur Munirah, agak terkejut dengan perbuatan Munirah. "Kau nangis ke tu?" soal Shuhada pelik.

"Adaaa... Aku dah luah perasaan aku pada Abang Mirza tadi," adu Munirah sambil membuat muka.

"Hahaha. Kau patut happy," balas Shuhada lalu duduk di sisi Munirah untuk mendengar cerita.

"Tadi, Abang Mirza call. Lepastu, dia kata dia suka aku. Aku terdiam jap sebab terkejut sangat. Pastu, aku bagitau dia yang aku suka dia jugak. Pastu, aku end call. Malu ya amat," cerita Munirah sambil membuat mimik muka.

Shuhada ketawa besar mendengar cerita Munirah.

"Kau ketawakan aku?" Munirah mencubit lengan Shuhada yang tidak henti-henti ketawa.

"Aku tumpang gembira, beb. Bukan ke kau memang tunggu dia confess kat kau?" soal Shuhada sambil tersenyum nakal.

"Memanglah. Tapi aku macam tak sedia pulak. Rasa seronok tapi malu. Malu weh, malu. Macam mana nak jumpa nanti? Tak sanggup aku pandang muka dia!" Munirah masih mengeluh.

"Hahaha. Kau ni kelakar la, Ra."

"Adaaa, aku suka dia," luah Munirah.

"G la gtau dia. Watpe gtau aku? Bukan dia dengar pun," usik Shuhada sambil ketawa.

"Malulah nak cakap banyak kali," balas Munirah sambil tersenyum.

"Aku dah start kena jaga badan la ni. Nak jadi bridesmaid," usik Shuhada lagi.

"Ish, kau ni!"

Mereka ketawa bersama-sama.

Sayangi AkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang