10

123 13 0
                                    

"Mak... Mirza teringin pula nak makan nasi lemak Munirah," Mirza tiba-tiba teringat akan nasi lemak Munirah.

"Haha tu mak kata. Nasi lemak Munirah memang sedap. Rugi tak rasa," balas Makcik Rusiah sambil ketawa.

"Esok pagi nak g cari kat warung Pakcik Harun la," balas Mirza pula.

"Mak nak dua bungkus tau," pinta Makcik Rusiah.

"Boleh..." balas Mirza sambil ketawa kecil.

Keesokannya, Mirza segera ke warung Pakcik Harun selepas menunaikan solat Subuh. Dia tidak sabar untuk menikmati keenakan nasi lemak Munirah.

"Awal nak," sapa Pakcik Harun.

"Nak beli nasi lemak, teringin sangat ni," balas Mirza sambil tersenyum. Pakcik Harun hanya ketawa mendengar jawapan Mirza.

"Assalamualaikum, Pakcik Harun. Ni nasi lemaknya," sapa Munirah lembut.

"Waalaikumussalam. Ha tu customer kamu tu dari tadi tunggu," balas Pakcik Harun sambil menunjuk ke arah Mirza. Munirah tersenyum.

Mirza menuju ke arah Munirah sebaik sahaja Munirah tiba di situ.

Tidak lekang senyuman di wajah Munirah apabila melihat Mirza. Mirza membalas senyumannya.

"Munirah, nasi lemak 5 bungkus ye," pinta Mirza. Munirah meletakkan lima bungkus nasi lemak di dalam sehelai beg plastik lalu dihulurkan kepada Mirza. Mirza membalas dengan sekeping not RM20. Ketika Munirah ingin memulangkan baki, Mirza menolak lembut.

"Eh, takpa2." tolak Mirza.

"Tapi banyak baki ni abang Mirza," balas Munirah serba salah.

"Munirah selalu tolak pelawaan abang Mir nak hantar balik," balas Mirza seakan merajuk.

Munirah tersipu malu. "Rumah Ira dekat je, bang. Segan pula nak tumpang abang," jawab Munirah jujur.

"Dekat ke jauh ke abang tak kisah pun," balas Mirza menegakkan keikhlasan niat dihatinya.

"Lain kali ye," pujuk Munirah lembut.

Pakcik Harun tersenyum melihat kemesraan mereka. 'Tak lama lagi makan nasi minyak la aku,' detik hati Pakcik Harun.

"Munirah tak kerja ke hari ni?" soal Mirza.

"Hari ni rest day. Kenapa abang Mirza?" balas Munirah.

"Oh, jom ikut abang n Makcik Rusiah ke Mydin. Makcik Rusiah nak beli barang sikit," ajak Mirza.

"Ira kena tanya ibu dulu," balas Munirah lembut.

"Okay. Jom abang hantar Ira balik," pelawa Mirza beria. Munirah akur.

Mirza terkejut apabila dia memberhentikan keretanya di halaman rumah Munirah. "Ni ke rumah Ira?" soal Mirza pelik.

"Ye. Kenapa Abang Mirza?" soal Munirah kembali.

"Tak ada apa. Abang tanya je," balas Mirza.

"Ira tanya ibu dulu. Abang tunggu kat dalam kereta k," sambung Mirza lagi.

"Abang tak nak masuk rumah Ira dulu ke? Jumpa ibu," soal Munirah.

Mirza serba salah. "Abang jumpa ibu kat muka pintu je la," balas Mirza lalu keluar dari kereta.

"Assalamualaikum, ibu..." panggil Munirah.

"Waalaikumussalam. Kunci ke grill?" sahut ibunya sambil menuju ke arah pintu utama rumah itu.

"Ibu, ni Abang Mirza." Munirah memperkenalkan Mirza kepada ibunya. Ibunya tersenyum lebar.

"Makcik. Saya, Mirza, anak angkat Makcik Rusiah. Sebenarnya, saya nak ajak Ira teman mak g Mydin. Boleh ke?" Mirza mula bersuara menyatakan hasratnya.

"Boleh," balas ibu Munirah ringkas.

"Terima kasih, makcik. Pukul 10 saya datang jemput Ira," balas Mirza lalu pulang ke rumahnya.

Sayangi AkuWhere stories live. Discover now