8

111 12 1
                                    

Pada setiap hari Ahad, Munirah akan membantu ibunya menjahit baju yang ditempah. Munirah seorang anak yang sangat rajin. Sekiranya dia berada di rumah, segala kerja rumah akan dilunasnya seorang diri.

"Ibu... Ira ada cerita nak kongsi dengan ibu," kata Munirah sambil tersenyum malu.

"Apa dia?" soal ibunya teruja.

"Tapi Ira malu pula nak cerita pada ibu," balas Munirah sambil tersenyum, menampakkan lesung bibirnya di sebelah kiri.

"Dengan ibu pun nak malu. Cerita la. Ibu nak tahu," balas ibu Munirah beria.

"Munirah da jatuh cinta la bu," kata Munirah sambil tersipu malu.

Ibunya ketawa apabila terdengar anak daranya telah jatuh cinta. "Jatuh cinta dengan siapa? Pertama kali ibu dengar ni," balas ibunya ingin tahu.

"Dengan anak angkat Makcik Rusiah. Abang Mirza namanya," balas Munirah sambil tersenyum malu.

"Eh, kenapa ibu tak tahu apa2 pasal anak angkat Makcik Rusiah?" soal ibu Munirah pelik.

"Ira baru je tahu tadi. Dia beli nasi lemak Ira, bu..." balas Munirah bangga.

Ibunya ketawa lagi.

"Ibu rasa dia suka Ira tak?" soal Munirah serkap jarang.

"Bagi ibu, siapa dapat anak dara ibu ni, pasti bertuah hidupnya. Munirah manis orangnya, baik, rajin, cukup sempurna bagi ibu," balas ibunya sambil mencubit pipi Munirah yang gebu itu. Munirah tersenyum mendengar jawapan daripada ibunya. Di dalam hatinya, timbul rasa semangat untuk mencuba nasib.

Ketika Munirah sedang memasak di dapur, Amalina datang menghampirinya. "Kak Ira nak duit," minta Amalina selamba.

"Nak duit? Nak buat apa?" soal Munirah lembut.

"Kau tak payah tahu la aku nak buat apa. Aku nak RM20," balas Amalina sambil menjeling Munirah. Munirah akur. Dia mengambil dua keping not RM10 di dalam dompetnya lalu diberi kepada Amalina.

Munirah mengeluh panjang. 'Tak boleh ke mereka hormat sikit aku ni?' detik hati Munirah sedih. Kemudian, dia sambung memasak.

"Kak Ira..." jerit Atiqah dari dalam bilik tidur. Munirah bergegas ke sana.

"Ni baju kau kan? Aku nak pakai. Nanti kau gosok eh," arah Atiqah kepada Munirah. Munirah hanya mampu melihat baju kurung kesayangannya diambil Atiqah.

Seusai memasak, Munirah memanggil ibunya serta adik-adiknya untuk makan tengah hari. Mereka makan bersama-sama.

Malam telah menjelma. Amira, Aqilah dan Aina pulang ke rumah pada jam 10.30 malam. "Assalamualaikum..." ucap Amira, Aqilah dan Aina sebelum masuk ke dalam rumah.

Mereka duduk di atas sofa sambil membuka tudung. "Ira, kau da hidang makanan untuk kami ke belum?" soal Aqilah kepada Munirah.

"Dah kak. Pergi la makan," balas Munirah sambil mengambil botol air kakak-kakaknya untuk disimpan di kabinet dapur.

Selesai makan, Aina mengarah Munirah untuk mengemas meja dan membasuh pinggan. "Kau kemas semua ni. Kami nak mandi n rehat," arah Aina tanpa sedikit pun senyuman di wajahnya. Munirah akur dengan arahan tersebut. Dia mengemas dan mengelap meja makan. Kemudian, dia menyapu lantai. Setelah itu, dia membasuh pinggan-mangkuk.

"Ira..." panggil ibunya.

"Ye ibu," sahut Munirah lalu menuju ke ruang tamu.

"Boleh tolong sapu minyak gamat ni kat belikat ibu?" pinta ibunya.

"Boleh bu. Ibu sakit tulang belikat ye?" soal Munirah risau.

"Sakit sikit je. Sapu minyak nanti baik la tu," balas ibunya pula. Munirah menyapu minyak gamat dan mengurut sedikit belikat ibunya.

"Terima kasih, Ira. G tidur sekarang. Esok nak bangun awal," arah ibunya lembut. Munirah menyalami tangan ibunya lalu mengucup kedua-dua belah pipi ibunya. Kemudian, dia menuju ke bilik tidurnya.

Sayangi AkuWhere stories live. Discover now