Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, Mirza cuba memujuk Munirah.
"Sabar la Ira. Ibu awak sakit sikit je tu," pujuk Mirza lembut.
"Ye ke sakit sikit je? Tah-tah dah lama sakit tapi saja sembunyi daripada pengetahuan Ira," balas Munirah. "Asal Ira call je kata sihat, alhamdulillah. Padahal, sakit. Patut la suara lemah je."
Mirza terdiam seketika.
"Ira tinggal mana?"
"Kenapa?"
"Saja abang nak tahu. Tak boleh ke?"
"Petaling Jaya."
"Area mana? PJ tu luas."
"Area yang banyak kilang tu. Ira pun tak arif lagi area situ. Jarang keluar."
"Oh. Lama abang cari Ira."
"Cari untuk?"
Mirza tersenyum panjang.
Setiba di rumah, azan Isyak baru sahaja berkumandang. Ketika Munirah ingin memberi salam, terdengar suara orang terjerit-jerit dari dalam rumah seperti sedang memarahi orang.
"Mak ni. Baju orang tak gosok lagi. Orang mana sempat nak belajar lagi, nak buat kerja sekolah lagi. Tak kan lah gosok baju orang pun tak boleh?"
"Telur goreng je? Hari-hari makan telur goreng. Tak lama lagi muka pun jadi macam telur."
Munirah menahan geram yang mula terbit dalam hatinya. Dia menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan-perlahan.
"Ira dah kata. Mereka ni tak boleh jaga ibu. Tengok, sekarang layan macam apa? Itu pun ibu masih berdaya nak buat kerja. Kalau terlantar macam orang sakit lumpuh tu, tak tahu la macam mana pulak layanan mereka pada ibu!" Mirza terdiam.
"Assalamualaikum," ucap Munirah.
Ibunya dengan pantas menuju ke muka pintu. "Ira..."
Munirah tidak dapat menahan air matanya. Dia terus memeluk erat tubuh ibunya yang semakin mengecil disebabkan terlampau penat dan kurang makan. Mereka masuk ke dalam rumah.
"Kenapa ibu tak jujur dengan Ira? Setiap hari, Ira tanya khabar ibu, jawapan ibu bagi tetap sama; sihat."
"Ibu tak nak Ira susah hati."
Munirah merenung tajam pada adik-adiknya, Atiqah dan Amalina.
"Seronok tengking ibu tadi? Dapat apa? Emas? Intan permata?" soal Munirah dengan nada tegas.
Masing-masing menundukkan kepala.
"Korang da biasa buli Ira, sekarang buli ibu pulak. Tak malu ke? Ibu yang mengandungkan, melahirkan dan menjaga bagai menatang minyak penuh, ini balasan yang ibu dapat bila anak-anak dah besar?" Munirah meluahkan segala isi hatinya yang sudah terbuku lama.
"Ibu mampu jaga lima orang anak, tapi lima orang anak ni tak mampu nak jaga seorang ibu. Malah, dimarahi lagi. Kalau dah rasa ibu ni menyusahkan sangat, korang keluar lah dari rumah ni. Nak tengok juga, mampu ke berdiri atas kaki sendiri?" Perasaan marah semakin meluap-luap.
"Esok ibu ikut Ira balik PJ. Biar Ira jaga ibu. Nak tengok juga mereka boleh hidup ke tak tanpa ibu." Munirah membuat keputusan muktamad dan dipersetujui Mirza yang dari tadi hanya mampu mendiamkan diri kerana dia tidak mahu masuk campur akan urusan keluarga orang lain.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangi Aku
Short StoryCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...