37

259 11 17
                                    

Pada hari Sabtu, Mirza pulang ke kampung bersama-sama dengan Datin Maryam dan Marissa. Mereka ingin membantu Makcik Rusiah membuat sedikit persiapan untuk jamuan pada esok harinya.

Shuhada, Munirah dan ibunya pula pulang pada pagi Ahad kerana Munirah dan Shuhada bekerja pada hari Sabtu. Jadi, mereka tidak dapat pulang bersama-sama dengan Mirza sekeluarga.

Semua penduduk kampung hadir selepas solat Zohor. Semua makanan yang ditempah habis dinikmati mereka. Makcik Rusiah amat senang hati kerana hasratnya berjalan dengan lancar dengan izin-Nya.

Petang itu, selepas tetamu pulang ke rumah, Mirza memanggil semua berkumpul di ruang tamu. Masing-masing hanya menurut kehendak Mirza.

Makcik Rusiah, Datin Maryam dan ibu Munirah duduk di atas sofa manakala yang lain, duduk di atas karpet berwarna hijau. Masing-masing tidak sabar untuk mengetahui apa yang cuba disampaikan oleh Mirza.

Setelah berdehem beberapa kali, akhirnya Mirza bersuara. "Sebenarnya, Mirza ada khabar gembira nak kongsi pada semua." Kemudian, Mirza terdiam sebentar.

"Ala, cepat lah Mir. Wat suspend je," gesa Marissa manja.

Mirza tersenyum panjang. "Sabar lah. Nak fikir ayat yang sesuai ni," balas Mirza sambil sengaja mengerutkan dahinya menandakan betapa susahnya dia untuk memikirkan ayat yang sesuai untuk dikatakan.

"Ala, tak payah fikir2 ayat. Cakap je. Asal semua faham dah lah," gesa Marissa kerana perasaan ingin tahu semakin meluap-luap di hatinya

"Sebenarnya, Mirza nak ambil peluang ni nak bagitahu semua yang Mirza suka kan Munirah."

Semua mata menatap pada wajah Munirah. Muka Munirah kemerahan menahan malu. Sungguh dia tidak sangka bahawa Mirza akan berkata begitu di khalayak ramai. Shuhada pula sudah tersenyum nakal memandang wajah Munirah.

"Mirza nak lamar Munirah untuk menjadi suri hati Mirza. Itu pun kalau tuan empunya badan setuju," tambah Mirza lagi.

"Kira setuju lah tu," kata Aqilah. Semua mengangguk menyokong jawapan Aqilah.

Munirah masih diam seribu bahasa. Dia berasa amat malu. Tidak pernah dia merasai pengalaman sebegitu. Jadi, agak kekok rasanya.

"Ira setuju ke untuk jadi isteri Abang?" soal Mirza sambil merenung wajah Munirah.

Munirah segera melarikan matanya dari terus bertentangan dengan Mirza.

"Ira setuju tu tapi dia malu. Ibu jawab bagi pihak Ira la, setuju!" kata ibu Munirah sambil memeluk tubuh Munirah. Munirah membalas pelukan itu.

Semua bersorak gembira terutama sekali Shuhada kerana hanya dia sahaja tahu betapa sayangnya Munirah pada Mirza.

"Akhirnya, Mirza jadi milik kau jugak," bisik Shuhada. Munirah tersenyum lebar.

Setelah tiga bulan mengikat tali pertunangan, Mirza dan Munirah sah diijabkabulkan.

"Tu ada sesuatu kat dahi awak tu," kata Mirza pada Munirah.

"Mana?" soal Munirah cuba untuk menyapu sesuatu di dahinya.

"Meh saya tolong," tawar Mirza.

Sebaik sahaja Mirza mendekatkan dirinya pada Munirah, dia mencium dahi Munirah dengan penuh kasih sayang. Munirah tersipu malu.

"Ish, awak ni!" Munirah cuba mencubit lengan Mirza namun Mirza sempat mengelak. Dia hanya ketawa melihat wajah Munirah yang kemerahan menahan geram dengan sikap nakalnya.

Munirah masih tersenyum. Kemudian, dia memeluk tubuh Mirza. Dia membisik sesuatu di telinga Mirza, "Sayangi saya."

"Saya sentiasa sayang awak, Munirah," kata Mirza lalu membalas pelukan Munirah.

-TAMAT-

Sayangi AkuWhere stories live. Discover now