24

128 9 0
                                    

Setelah tamat tempoh berhenti, Munirah dan Shuhada mula mengemas keperluan mereka sebelum berangkat ke Petaling Jaya.

"Ibu, Ira ada beli telefon bimbit untuk ibu. Senang Ira nak hubungi ibu. Tapi, Ira beli yang murah-murah je," kata Munirah setelah dia siap mengemas beg pakaiannya.

"Nanti Ira ajar la ibu cara nak guna. Ibu bukan pandai pun guna telefon bimbit ni. Selalu pinjam jiran sebelah je," balas ibunya sambil membelek-belek telefon yang dihadiahi Munirah.

Munirah mengajar serba sedikit cara penggunaannya. Baginya, asal ibunya tahu menghubungi, menjawab panggilan, membaca serta membalas mesej, itu sudah memandai.

"Ira akan hubungi ibu hari-hari tau. Ibu jangan tak angkat pula," kata Munirah sambil memuncungkan bibirnya.

"Ye, ye. Ibu tak akan berpisah dengan telefon ni kecuali ke tandas, solat dan tidur," balas ibunya sambil ketawa kecil.

Keesokan pagi, setelah bersarapan pagi, Munirah dan Shuhada bertolak ke Petaling Jaya. Lokasi pertama yang akan ditujunya ialah Kota Damansara, iaitu tempat tinggal saudaranya.

"Kau okay tak ni?" soal Shuhada apabila menyedari Munirah hanya mendiamkan diri sejak tadi.

"Aku okay. Cuma, risau kan ibu aku je," balas Munirah lemah.

"Kau jangan fikir sangat. Adik-beradik kau kan ada. Mereka akan jaga ibu kau baik-baik," pujuk Shuhada lembut.

Munirah membalas dengan senyuman kelat. 'Moga-moga Allah jaga ibu baik-baik,' bisik Munirah di dalam hati.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang enam jam. Mereka tiba di rumah saudara Shuhada yang terletak di seksyen 10.

"Assalamualaikum," ucap Shuhada berkali-kali.

"Waalaikumussalam. Oh, dah sampai kamu, Ada. Mari masuk. Ajak kawan kamu tu sekali. Siapa nama dia? Munirah?" balas makcik Shuhada yang bernama Makcik Suraya.

Mereka masuk lalu bersalaman dengan Makcik Suraya.

"Duduk lah. Buat macam rumah sendiri," kata Makcik Suraya ramah.

"Terima kasih, makcik."

Makcik Suraya menyediakan hidangan enak untuk dijamu pada tetamunya.

"Makcik nak masak apa? Boleh saya tolong?" sapa Munirah mesra.

"Eh, takpa takpa. Makcik da biasa masak sendiri. Kamu rehat la. Tidur ke tengok tv ke," balas Makcik Suraya lembut.

Munirah membalas dengan senyuman. Dia berasa serba-salah membiarkan Makcik Suraya memasak seorang diri. Tetapi, dia tidak pula mahu memaksa tuan rumah kerana dia baru sahaja mengenali saudara Shuhada itu.

"Kau tak nak tidur?" soal Shuhada.

"Tak. Aku nak call ibu kejap. Nak bagitahu aku selamat sampai kat rumah saudara kau ni," balas Munirah sambil mengambil telefon bimbitnya di dalam beg utas berwarna hitam.

Shuhada merebahkan tubuhnya di atas katil lalu hanyut dibuai mimpi indah.

Ketukan pintu yang bertalu-talu menyedarkan Shuhada dari lena yang panjang.

"Ye, makcik."

"Mari makan. Makcik baru siap masak."

Shuhada ke ruang dapur untuk membasuh tangan. Ketika itu, Munirah sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan dan menuang minuman ke dalam gelas.

"Makan, makan," ajak Makcik Suraya beria.

Mereka makan dengan penuh selera.

"Esok kamu gerak pukul berapa, Shuhada?" soal Makcik Suraya.

"Awal la, makcik. First day kan kena tunjuk yang terbaik. Orang judge kita based on first impression," jawab Shuhada semangat.

"Bagus la kalau macam tu," puji Makcik Suraya.

Munirah hanya tersenyum melihat kemesraan mereka.

"Kau nak g uptown Kota ke, Ra?" soal Shuhada ketika mereka mengemas bersama-sama.

"Uptown tu apa, weh? Macam pasaraya Mydin ke?" soal Munirah pelik.

Shuhada ketawa apabila mendengar soalan Munirah. "Bukan lah. Uptown tu macam pasar malam. Kot la kau nak jalan-jalan cuci mata," balas Shuhada pula.

"Boleh je. Murah-murah ke?" balas Munirah pula.

"Ada yang murah, ada yang mahal. Kita g ek? Kau tengok sendiri."

Munirah hanya mengangguk.

Sayangi AkuWhere stories live. Discover now