"Assalamualaikum, ibu. Ibu sihat? Ira rindu kat ibu." Munirah menghubungi ibunya setelah dia pulang dari tempat kerja.
"Waalaikumussalam. Alhamdulillah, ibu baik-baik je ni. Ira sihat? Bila nak balik jumpa ibu?"
Tiba-tiba, air mata Munirah mengalir. "Nanti Ira balik ye, bu. Ira janji. Ira baik-baik je kat sini. Shuhada pun sama."
Mereka berbual-bual hampir satu jam.
Seusai berbual, Munirah memasak bersama-sama Shuhada. Mereka sudah berpindah ke rumah baharu, berhampiran dengan tempat kerja mereka. Walaupun sudah berkali-kali ditegah Makcik Suraya, mereka tetap berpindah kerana tidak mahu menyusahkannya.
"Ibu aku tanya bila nak balik kampung?" kata Munirah sambil menghiris bawang merah.
"Bulan depan kita balik la. Tunggu gaji, boleh la kau beli macam-macam untuk ibu kau," balas Shuhada.
Munirah tersenyum mendengar jawapan Shuhada. "Okay."
Bulan silih berganti. Pada suatu hari, ketika Munirah asyik memilih ubi kentang di sebuah pasaraya, dia ditegur oleh seseorang.
"Cantik-cantik ubi kentang kat sini," kata wanita berusia 50-an itu.
"Ye, makcik. Cantik-cantik belaka," balas Munirah sambil tersenyum.
"Tinggal mana?"
"Petaling Jaya."
Mereka terus berbual-bual sambil memilih beberapa jenis sayur-sayuran bersama-sama.
Ketika Munirah menoleh ke belakang, tanpa disedari, dia tertolak troli hingga terkena pada ibu jari kaki seorang lelaki.
"Ah..." reaksi spontan lelaki itu sambil pantas tangannya menahan troli itu dari terus bergerak.
"Maaf, maaf," ucap Munirah serba-salah.
Ketika mata mereka saling bertentangan, Munirah dengan segera beredar dari situ. Dia tidak mampu untuk berada di situ dengan lebih lama lagi.
Setelah membuat bayaran, Munirah dan Shuhada menuju ke medan selera untuk menjamu selera.
"Kau beli la dulu. Aku jaga tempat," tawar Munirah.
Shuhada membeli makanan yang dikehendakinya.
"Ira?" sapa seseorang.
Munirah menoleh ke hadapan apabila terdengar suara orang memanggil namanya.
"Abang Mirza?"
"Datang dengan siapa?" soal Mirza sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi menghadap Munirah.
"Shuhada."
Mirza merenung lama wajah Munirah. Tiba-tiba, dia teringat akan peristiwa yang berlaku di rumah ibu Munirah.
Dia mengakui sememangnya Amira sangat cantik. Namun, sikapnya tidak seperti itu. Dia melayan ibunya dengan kasar serta kerap merungut bahawa ibunya sentiasa menyusahkannya. Berbeza dengan sikap Munirah. Munirah menjaga ibunya bagai menatang minyak yang penuh. Dia senang hati melakukan kerja rumah walaupun dia penat bekerja.
"Abang Mirza?" Mirza tersedar dari lamunannya.
"Ibu Ira tak berapa sihat tu. Tak nak balik ke?"
Air muka Munirah berubah serta-merta. "Jom, balik sekarang."
Ketika Shuhada tiba di meja makan, Munirah menggesanya untuk pulang ke kampung. "Ibu aku sakit, weh. Bila aku call, cakap sihat je." Berderu air mata Munirah jatuh ke pipi.
"Munirah balik dengan Abang Mirza, ye. Shuhada tolong hantar family abang balik, boleh?" pinta Mirza.
"Boleh," balas Shuhada sepatah.
![](https://img.wattpad.com/cover/167540781-288-k255354.jpg)
YOU ARE READING
Sayangi Aku
Short StoryCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...