"Assalamualaikum, mama..." ucap Mirza sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"Waalaikumussalam. Anak mama da balik?" Datin Maryam menyambut kepulangan anak terunanya.
"Mama, rindu... Mama demam lagi ke?" soal Mirza sambil meletakkan tapak tangannya di dahi Datin Maryam.
"Mama da baik la. Macam mana Makcik Rusiah?" jawab Datin Maryam dan kemudian, beliau bertanya tentang Makcik Rusiah.
"Makcik Rusiah tu baik, ma. Nanti Mirza bawak mama jumpa Makcik Rusiah. Makcik Rusiah suruh panggil dia, mak." balas Mirza sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Oh ye ke? Mama pun teringin sangat nak jumpa Makcik Rusiah. Sabtu ni la kita pergi ziarah dia," balas Datin Maryam pula. Mirza hanya mengangguk.
"Mama masak apa? Lapar la. Dah berkeroncong perut ni," tanya Mirza manja.
"Lauk kegemaran kamu la; sotong tepung, lala masak halia dan sambal udang." balas Datin Maryam.
"Jom ma makan. Tak sabar ni. Kakak mana?" balas Mirza teruja.
"Kakak belum balik lagi. Katanya balik lewat sikit hari ni. Dia dinner dengan office mate dia," balas Datin Maryam lalu mereka menuju ke ruang makan untuk menjamu selera.
Masa berlalu pantas. Hari yang dinanti telah pun tiba. Datin Maryam, Marissa dan Mirza bertolak ke rumah Makcik Rusiah selepas sarapan pagi. Perjalanan yang diambil lebih kurang 7 jam. Akhirnya, mereka tiba di halaman rumah Makcik Rusiah.
"Assalamualaikum, mak..." Mirza memberi salam.
"Waalaikumussalam..." jawab Makcik Rusiah dari dalam rumah. Mirza tidak sabar untuk berjumpa dengan Makcik Rusiah.
"La Mirza... Ingat siapa tadi. Meh masuk meh. Sorang je ke?" Makcik Rusiah teruja melihat Mirza di hadapan rumahnya.
"Mama n kakak pun ikut sekali mak. Tu ada dalam kereta," balas Mirza sambil tersenyum.
"Jemput la mereka masuk. Mak buat air kejap," balas Makcik Rusiah gembira.
"Mama, kakak, mak jemput masuk," ajak Mirza. Datin Maryam dan Marissa berjalan menuju ke rumah Makcik Rusiah. Mereka masuk ke dalam rumah lalu duduk di atas sofa yang berwarna maroon.
Makcik Rusiah menuju ke arah mereka sambil menatang dulang yang berisi sebiji teko dan beberapa biji cawan. "Jemput minum," ajak Makcik Rusiah.
Datin Maryam dan Marissa bingkas bangun untuk bersalaman dengan Makcik Rusiah. Datin Maryam memeluk lama tubuh Makcik Rusiah. Kemudian, mereka ke dapur untuk bersembang.
"Marissa... Ambil karipap ni," pinta Datin Maryam. Marissa ke dapur untuk mengambil sepinggan karipap yang digoreng oleh Makcik Rusiah. Kemudian, dia kembali ke ruang tamu.
"Seronok kan tinggal kat rumah Makcik Rusiah ni, Mir? kata Marissa kepada Mirza.
"Yep. Akak... Hari tu kan, sebelum Mir balik, Mir singgah kat kedai runcit Haji Yunan. Mir jumpa sorang gadis ni. Cantik sangat, kak. Mir ingat nak g rumah dia sekejap la," Mirza berkongsi pengalaman manisnya pada Marissa.
"Wah, nak ikut Mir!" rengek Marissa.
"Biar Mir g dulu. Kalau okay, Mir bawak kakak n mama pula," balas Mirza sambil tersenyum.
"Ye la..." balas Marissa sambil memuncungkan bibirnya.
Mirza keluar sebentar untuk ke rumah Amira. Ketika tiba di hadapan rumah Amira, dia memberi salam. Amalina, adik bongsu Amira menjawab salam itu.
"Adik, ni rumah Amira kan?" soal Mirza untuk kepastian.
"Ye. Kak Mira kerja. Malam nanti baru balik," jawab Amalina.
YOU ARE READING
Sayangi Aku
Short StoryCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...