Tengah hari itu, Makcik Rusiah menyatakan hasrat ingin mengadakan jamuan makan di rumahnya. Mirza amat bersetuju dengan hasrat itu.
"Nanti Mir tempah catering ek untuk jamuan tu. Agak2 berapa orang makan?" soal Mirza.
"Nak tempah catering ke? Mak boleh masak sendiri. Bukan ramai pun. Orang2 kampung ni je," balas Makcik Rusiah.
"Tempah catering je la, mak. Senang. Dalam 500 pax okay ke?" balas Mirza pula.
"Tak banyak sangat ke, Mir?" soal Makcik Rusiah dalam nada terkejut.
"Banyak ke? Boleh kurang lagi. Kalau lebih, suruh je la mereka bawak balik," balas Mirza.
"300 pax cukup kot." Makcik Rusiah menyatakan pendapatnya.
"Okay. Nasi briyani eh, mak. Daging ke ayam?"
"Ayam lah."
"Air? Orange?"
"Ikut Mir lah. Mak okay je."
"Bila nak buat kenduri ni, mak?"
"Ahad, lepas solat Zohor."
Mirza mengangguk tanda setuju. "Nanti Mirza solat Zohor kat masjid, Mirza gtau imam lah. Nanti suruh dia hebah ke jemaah lain," kata Mirza.
"Elok sangat lah tu. Terima kasih, Mir," balas Makcik Rusiah sambil tersenyum.
Pada waktu Zohor, Mirza ke masjid untuk solat berjemaah. Seusai solat, dia memberitahu imam akan hasrat Makcik Rusiah itu. Imam memberi respons yang positif.
"In shaa Allah. Nanti saya hebahkan pada jemaah lain waktu solat Maghrib nanti," kata Imam Haslin sambil menepuk bahu Mirza berkali-kali.
"Terima kasih, Imam," ucap Mirza sebelum meminta diri untuk pulang ke rumah.
"Sama-sama."
Selepas pulang dari masjid, Mirza makan tengah hari bersama-sama dengan Makcik Rusiah. Kemudian, dia pulang ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan ibu Munirah.
"Ibu dah makan? Kalau belum, kita singgah makan dulu," soal Mirza sebaik sahaja ibu Munirah masuk ke dalam kereta.
"Dah. Ada bawak bekal sikit untuk Munirah dan Shuhada. Kamu belum makan ke? Kalau belum, singgah la mana-mana," balas ibu Munirah.
"Saya pun dah makan tadi sebelum bertolak," jawab Mirza. "Kita singgah kedai dulu ye, ibu. Nak beli air tin. Ibu nak apa-apa?"
Ibu Munirah menggeleng sambil tersenyum.
Sepanjang perjalanan, mereka tidak henti-henti berbual. Secara tidak langsung, Mirza dapat mengurangkan rasa mengantuknya.
"Ibu, Ahad minggu depan, mak buat jamuan makan. Jemput datang tau," ajak Mirza.
"Oh, ye ke? In shaa Allah."
"Mak pesan semua mesti datang. Kalau tak, mak merajuk. Haha," sambung Mirza lagi.
"In shaa Allah. Nanti ibu gtau anak-anak ibu."
Mirza tiba di rumah Munirah pada jam 9 malam. Ketika itu, Munirah baru sahaja pulang dari membeli barangan dapur.
"Ibu." Munirah bersalaman dengan ibunya selepas membuka grill rumahnya.
"Cantik-cantik ni baru balik dari mana?" soal ibunya.
"Baru balik dari beli barang dapur," jawab Munirah sambil membantu ibunya mengangkat barang-barang yang dibawa balik dari kampung.
"Abang Mirza, jemput lah masuk," ajak Munirah.
"Wah, gulai lemak pucuk ubi! Sedapnya," kata Munirah apabila membuka bekas makanan.
"Mirza makan dulu, baru balik rumah," kata ibu Munirah.
"Baik, bu."
"Ibu?" Munirah agak terkejut apabila Mirza memanggil ibunya, "ibu".
Mirza mengenyit mata pada Munirah. Ibu Munirah pula hanya tersenyum melihat keletah mereka. Setelah selesai menghidang makanan, mereka makan malam bersama-sama. Pada jam 11.15 malam, Mirza meminta diri untuk pulang ke rumah kerana hari semakin larut malam.
YOU ARE READING
Sayangi Aku
Short StoryCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...