Ketika Munirah keluar dari kereta, Amira baru sahaja pulang dari tempat kerja. Dia pulang awal kerana berasa tidak sihat.
"Ira..." panggil Amira.
"Eh? Awal Kak Amira balik," balas Munirah dengan nada terkejut.
Mirza keluar dari kereta apabila ternampak Amira berjalan menuju ke arah mereka.
"Awak?" Amira terperanjat apabila Mirza turut berada di situ. Dia tertanya-tanya akan hubungan Mirza dengan adiknya, Munirah.
"Hi. Lama kita tak bersua kan?" sapa Mirza ramah.
Amira tersenyum kelat. Di dalam hatinya, diselubungi perasaan cemburu yang amat. "Awak buat apa kat sini?" soal Amira tidak puas hati.
"Saya keluar dengan Munirah; jalan-jalan tepi pantai. Awak tak kerja ke hari ni?" jawab Mirza jujur.
"Saya kerja tadi tapi ni minta balik awal. Badan rasa tak sihat. Nak pergi klinik tak ada siapa nak bawak kan," balas Amira lemah. Di dalam hatinya, dia berharap Mirza akan membawanya ke klinik. Amira sengaja memicit-micit kepala dengan kedua-dua belah tangannya.
Mirza memandang wajah Munirah yang dari tadi hanya membatukan diri. Munirah menghadiahkan senyuman lalu berlalu pergi dari situ. Dia tidak tahan untuk berada lebih lama di situ untuk menyaksikan sandiwara cinta antara mereka.
"Saya boleh tolong hantar kan," pelawa Mirza.
"Betul ke?" soal Amira berpura-pura seperti tidak mahu menyusahkan Mirza.
"Betul. Mari masuk dalam kereta." Mirza membuka pintu kereta untuk Amira. Amira tersenyum lalu masuk ke dalam kereta dan kemudian, ditutup oleh Mirza.
Munirah memerhati dari jauh. Dia berasa amat kecewa kerana Mirza melayan kakaknya seperti seorang kekasih. 'Kak Amira kan cantik. Siapa yang tak suka kan?' detik Munirah.
"Ira da balik?" sapa ibunya yang baru sahaja selesai memasak di dapur.
"Baru je balik, bu. Ibu da makan? Ira ada beli nasi ayam untuk ibu. Makanlah. Ira nak mandi kejap," jawab Munirah sambil menghulurkan sehelai plastik yang berisi sebungkus nasi ayam.
"Wah, nasi ayam! Tapi, ibu baru je siap masak," balas ibunya yang gembira apabila Munirah menghulurkan sebungkus nasi ayam kepadanya.
"Ibu masak apa?" soal Munirah lembut.
"Pulut dan rendang ayam."
"Pulut? Sedapnya. Tiba-tiba, perut ni rasa lapar padahal Ira baru makan tadi." Munirah sangat teruja apabila ibunya menyebut pulut. Dia amat suka makan pulut.
"Pergi mandi. Nanti makan dengan ibu. Ibu nak makan nasi ayam, Ira makan pulut."
Munirah bergegas ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Dia tidak sabar untuk menjamah pulut yang ditanak ibunya. Lemak masin, sesuai dengan citarasanya.
Seusai membersihkan diri, Munirah segera menghidang makanan untuk menjadi santapan mereka pada tengah hari itu.
"Seronok anak ibu keluar dengan Mirza tadi?" soal ibunya sambil tersenyum-senyum memandang anak gadisnya.
"Seronok." Munirah hanya menjawab sepatah kerana dia masih sakit hati akan peristiwa yang berlaku sebentar tadi.
"Kenapa ibu tengok Ira macam tak happy je? Biasa bila cerita pasal Mirza, Ira tersipu malu. Ini, macam marah je," soal ibunya lagi.
"Abang Mirza suka kat Kak Amira la, ibu." Jawapan Munirah mengejutkan ibunya.
"Kenapa pulak? Mereka kenal antara satu sama lain ke?"
"Tadi, Kak Amira da balik. Katanya tak sihat. Tu, abang Mirza bawa pergi klinik."
"Eh, bila Kak Amira balik? Ibu tak tahu pun."
"Ada tadi, bu."
"Tak cakap kat ibu pun nak pergi klinik."
Munirah hanya mendiamkan diri. Begitu juga, ibunya.
YOU ARE READING
Sayangi Aku
Historia CortaCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...