Malam itu, Amira, Aqilah dan Aina terkejut apabila melihat Munirah ada di rumah.
"Ingat lagi jalan balik rumah," perli Aqilah.
Munirah tidak mengendahkannya.
"Kau dengar tak ni?" soal Aqilah geram.
"Esok ibu ikut Ira balik rumah," kata Munirah tegas.
"Kenapa?" soal Amira agak terkejut.
"Sebab korang tak pandai jaga ibu. Biar Ira yang jaga," balas Munirah.
Aqilah dan Aina ketawa.
"Nak jadi heroin la ni? Haaa sila-sila," kata Aqilah sinis.
Munirah segera masuk ke dalam bilik ibunya. Ibunya sedang nyenyak tidur. Munirah mengambil peluang mengucup lembut pipi ibunya. 'Ira sayang ibu,' bisik Munirah perlahan.
Keesokannya, Mirza sudah tercegat di halaman rumahnya.
"Maaf, Ira susahkan abang Mirza," ucap Munirah sambil menghulurkan satu flask Nescafé panas kepada Mirza.
"Abang okay je. Btw, thanks," balas Mirza sambil membuka penutup flask untuk menghirup Nescafé panas.
"Elok-elok minum tu, panas," pesan Munirah lembut.
"Sayang jugak ye awak kat saya," kata Mirza sambil tersenyum nakal.
"Mengada!" kata Munirah lalu beredar ke dalam rumah untuk mengambil barangan yang akan dibawa ke rumahnya di Petaling Jaya.
Mirza ketawa apabila usikannya berjaya membuatkan wajah Munirah kemerahan menahan malu.
"Ada apa-apa nak bawak, bu?" soal Munirah buat kali terakhir sebelum mereka meninggalkan rumah.
"Tak ada apa dah. Itu je nak bawaknya. Mirza dah sampai ke?"
"Dah, bu. Ada kat luar tu, tunggu kita."
"Jom la. Kesian Mirza tunggu lama."
Mereka bersarapan di sebuah restoran sebelum bertolak ke Petaling Jaya.
Di dalam perjalanan, ibu Munirah asyik berbual-bual dengan Mirza manakala Munirah sesekali menyampuk perbualan mereka. Selebihnya, dia lebih gemar melayan perasaan sendiri sambil menikmati pemandangan di kiri dan kanan jalan.
"Munirah, hantar lokasi ke rumah Ira kat WhatsApp," kata Mirza setelah tiba di hentian rehat Gombak untuk makan tengah hari.
"Nombor abang?"
"017-9157058. Send sekarang eh?"
"Dah. Dapat tak?"
Mirza mengangguk.
Mereka tiba di rumah Munirah pada jam 3 petang.
"Masuk, Makcik," jemput Shuhada yang dari tadi menunggu ketibaan mereka.
"Abang Mirza, jemput masuk," ajak Munirah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangi Aku
ContoCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...