22

140 9 0
                                    

"Assalamualaikum," laung Munirah sebaik sahaja dia tiba di hadapan rumah Makcik Rusiah.

"Waalaikumussalam. Oh, Munirah! Ingat kan siapa tadi," balas Makcik Rusiah mesra.

"Ni, ibu kirim sambal hati untuk Makcik. Ibu kirim salam sekali," kata Munirah sambil menghulurkan bekas berwarna ungu.

"Wah, sedapnya sambal hati! Ingat lagi ye ibu kamu, Makcik suka makan sambal hati," balas Makcik Rusiah sambil tersenyum lebar. "Terima kasih ye, Munirah. Kirim salam kembali pada ibu kamu."

Munirah membalas dengan senyuman. "Saya minta diri dulu ye, makcik," kata Munirah sambil menghulurkan salam.

"Tak nak masuk dulu ke? Lama kamu tak singgah rumah makcik," ajak Makcik Rusiah bersungguh-sungguh. "Marilah. Kejap je sembang-sembang."

Munirah berasa serba-salah. Dia membuka sandal yang dipakainya lalu masuk ke dalam rumah Makcik Rusiah.

"Saya suka datang rumah Makcik Rusiah. Sentiasa bersih dan kemas," kata Munirah lembut.

"Tak ada apa nak dibuat Munirah. Makcik tinggal sorang je. Ni, nasib baik Mirza rajin melawat Makcik. Ada la teman hujung minggu," balas Makcik Rusiah pula.

"Oh."

"Munirah dengan Mirza macam mana sekarang?" Munirah tersentak dengan soalan Makcik Rusiah.

"Ha? Macam mana? Maksud Makcik Rusiah? Munirah kurang jelas," balas Munirah yang kurang mengerti maksud sebenar Makcik Rusiah.

"Maksud Makcik, korang ada apa-apa hubungan ke? Kot da bercinta tapi Makcik je yang tak tahu."

Munirah tersenyum. "Kami kawan je, Makcik. Tak ada apa yang istimewa pun."

"Kawan je? Sampai bila?"

Munirah ketawa pula. Dia geli hati dengan soalan-soalan yang diaju oleh Makcik Rusiah. "Kawan sampai bila-bila la, Makcik. Bukan ke Abang Mirza suka pada Kak Amira?"

"Hmm... Makcik ingat dia pilih kamu."

"Haha..."

"Munirah tak suka Mirza ke? Kalau suka, terus terang je la pada dia."

"Eh, Makcik ni! Malu la saya. Nanti orang kata saya terhegeh-hegeh  pula macam perigi cari timba."

"Ala... Pedulikan je apa orang nak kata. Kalau dengar kata orang, sampai bila kita nak bahagia?"

"Tak apa la, Makcik. Saya selesa kawan dengan Abang Mirza. Saya harap dia pun macam tu juga. Oh, ya! Dia pun ada kata yang dia anggap saya sebagai adik dia. Jadi, dia da tolak saya secara tidak langsung," kata Munirah panjang lebar.

Makcik Rusiah kehabisan kata. Dia hanya mendiamkan diri selepas mendengar kata-kata daripada Munirah.

"Hmm... makcik. Munirah minta diri dulu, ye. Nanti ibu risau pulak." Munirah meminta diri untuk pulang ke rumah setelah sekian lama berada di rumah Makcik Rusiah.

"Ye la. Baik-baik jalan. Assalamualaikum," balas Makcik Rusiah sambil menyambut salam.

"Waalaikumussalam," jawab Munirah sambil memakai semula sandalnya lalu berlalu pergi dari situ.

Sayangi AkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang