21

112 7 0
                                    

Munirah duduk termangu di atas katil. Dia amat sedih kerana terpaksa membuat keputusan seperti itu.

"Aku rasa baik kau jangan rapat sangat dengan Mirza. Kalau adik-beradik kau tahu kau ada hati dengan dia, habis lah kau. Kau pun tahu yang Kak Amira suka Mirza tu. Jangan cari pasal, Ra. Aku tak nak mereka buli kau sebab Mirza." Kata-kata Shuhada terus bermain di fikiran Munirah. Dia tahu apa yang dikatakan itu ada benarnya. Lagi-lagi, Shuhada amat menyayanginya.

"Ira..." panggil ibunya.

"Ye, bu." jawab Munirah lalu ke ruang tamu.

"Mirza nak balik ni," kata ibunya.

Munirah memandang Mirza lalu tersenyum. "Hati-hati pandu kereta tu. Jangan pandu laju sangat, bahaya."

"In shaa Allah," balas Mirza sambil tersenyum.

Sejurus kereta Mirza hilang dari pandangan, ibu Munirah mengajak Munirah memasak bersama-sama.

"Ira okay ke tak ni? Nampak sugul je," soal ibu Munirah.

"Ira okay je, bu. Ibu nak masak apa ni?" balas Munirah sambil mengambil beberapa biji bawang besar untuk dikupas kulitnya.

"Tomyam ayam."

"Tomyam ayam? Wah, sedapnya! Tahu-tahu je Ira teringin nak makan tomyam," balas Munirah gembira.

"Ira..."

Munirah memandang wajah sejuk ibunya.

"Tak baik buat Mirza macam tu, nak. Ibu kesian tengok dia, bingung Ira layan dia acuh tak acuh je," kata ibu Munirah lembut.

Munirah hanya mendiamkan diri.

"Ibu tahu Ira masih suka pada Mirza. Sebab tu, Ira menjauhkan diri. Tapi, ni bukan cara yang terbaik," kata ibu Munirah lagi.

Munirah tekun mendengar.

"Ira kawan je macam biasa dengan Mirza tu. Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau tak ada, sekurang-kurangnya Ira ada teman baru. Ira pun ada seorang je kawan kan?" cadang ibu Munirah.

"Tapi Ira cemburu bila Abang Mirza layan Kak Amira, bu" balas Munirah jujur.

"Ibu faham perasaan anak ibu. Tapi, tak baik buat orang, nak," balas ibu Munirah pula.

Munirah hanya mengangguk.

"Ibu nak masak sambal hati. Nanti, Ira kirim pada Makcik Rusiah ye," kata ibu Munirah.

"Boleh, bu."

"Makcik Rusiah suka sangat makan sambal hati. Nanti, bagi lebih."

"Baik, bu."

Sayangi AkuWhere stories live. Discover now