13

97 10 0
                                    

Keesokan paginya, badan Munirah terasa lemah. Matanya sembab manakala mukanya kelihatan pucat.

"Ira... Ira okay tak ni?" soal ibunya risau.

"Kepala Ira rasa berat la bu. Tiba2 je," balas Munirah lemah.

"Nanti ibu ambil kan ubat. Kalau ibu tak suap, Ira tak kan makan ubat tu." kata ibunya sambil mengusap lembut rambut Munirah. Munirah tersenyum mendengar kata-kata ibunya. Dia amat susah untuk makan ubat apatah lagi ke klinik untuk mendapat rawatan.

Adik-beradik Munirah menjeling apabila melihat ibu mereka melayan Munirah manja. Hati mereka diselubungi rasa cemburu yang amat.

"Ira... Kau tak masak sarapan ek?" soal Aina kepada Munirah.

"Ira kan tak sihat. Apa kata Aina pula masak. Asyik Ira je," balas ibunya lembut.

Aina mencebik.

"Ala demam sikit pun nak kecoh," kata Aqilah tidak puas hati.

Munirah menggagahkan dirinya ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk keluarganya. Namun, dia ditegah keras oleh ibunya. "Ira rehat je. Ibu boleh masak." Munirah berasa serba salah apabila dia terpaksa menyusahkan ibunya.

Syuhada tiba di hadapan rumah Munirah lalu memberi salam.

"Assalamualaikum, Munirah..."

"Waalaikumussalam. Ha Syuhada. Ira demam la. Dia tak g kerja hari ni. Makcik tak bagi," balas ibu Munirah.

"La ye ke? Teruk sangat ke? Ada boleh tolong hantar kan ke klinik," balas Syuhada pula.

"Mujur la Ira tu nak g klinik. Tak apa nanti tengah hari makcik teman dia g klinik. Ada g la kerja. Nanti lewat pula," balas ibu Munirah lalu menghulurkan bakul nasi lemak kepada Syuhada untuk dihantar ke kilang.

"Baik lah makcik. Saya minta diri dulu ye, assalamualaikum." balas Syuhada lalu menyalami tangan ibu Munirah.

"Terima kasih ye tolong hantar kan nasi lemak," ucap ibu Munirah.

"Sama-sama makcik."

"Ira... Tengah hari nanti ibu teman g klinik ye," kata ibu Munirah ketika dia datang menjenguk Munirah di dalam bilik tidurnya.

"Ala... tak payah la bu. Sikit je ni. Kejap lagi surut la panas ni," balas Munirah berdegil tidak mahu ke klinik.

"Jangan degil boleh tak? Tengah hari nanti kita pergi juga," kata ibu Munirah tegas.

Tengah hari itu, mereka ke klinik bersama-sama. Seusai ke klinik, mereka singgah di pasaraya mini untuk membeli barangan kering.

Sayangi AkuWhere stories live. Discover now