"Mak pergi mana? Puas Mirza cari sekeliling rumah tapi tak jumpa," soal Mirza setelah Makcik Rusiah masuk ke dalam rumah.
"Mak pergi kedai, beli barang sikit," balas Makcik Rusiah.
"Kenapa tak suruh Mirza je beli barang?" soal Mirza serba salah. Dia khuatir menyusahkan Makcik Rusiah.
"Tak apa la, Mirza. Sikit je ni. Lagipun, kamu tidur nyenyak sangat. Tak sampai hati pula mak nak kejut kan kamu," balas Makcik Rusiah lembut.
Seusai memasak, Mirza dan Makcik Rusiah makan bersama-sama.
"Sedapnya mak gulai ikan tongkol ni," puji Mirza. Berkali-kali dia menambah lauk tersebut.
"Kalau sedap, kena habiskan. Mak masak untuk Mirza je tu," balas Makcik Rusiah sambil tersenyum melihat gelagat Mirza yang nampak berselera sekali apabila makan gulai ikan tongkol yang dimasaknya.
"Mak... maaf Mirza nak tanya sikit. Boleh tak Mirza nak tahu tentang adik-beradik Mirza yang lain?" soal Mirza serba-salah.
"Mak tak ada anak, Mirza. Mak tak boleh hamil. Sebab tu la papa kamu cerai kan mak. Dia mahu kan zuriat," balas Makcik Rusiah perlahan.
"Maaf ye mak. Mirza tak ada niat nak kecil kan hati mak," balas Mirza perlahan.
"Mak tak rasa kecil hati pun," balas Makcik Rusiah sambil tersenyum.
"Dah, makan2." sambung Makcik Rusiah lagi.
YOU ARE READING
Sayangi Aku
Short StoryCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...