15

113 9 0
                                    

Keesokannya, Mirza mengajak Munirah ke sebuah pantai. Ibu Munirah memberi keizinan kepada mereka untuk keluar bersama-sama. "Jaga anak ibu elok2 ye," pesan ibu Munirah sebelum mereka ke Pantai Batu Buruk.

"In shaa Allah makcik. Jangan risau. Lepas makan tengah hari, saya hantar Ira balik," balas Mirza sopan.

Setiba di Pantai Batu Buruk, Munirah teruja bermain buaian yang ada di situ. Mirza hanya ketawa melihat gelagat Munirah.

Mirza mengambil tempat di sebelah buaian Munirah. "Meh saya ambil gambar awak. Senyum..." kata Mirza sambil mengambil beberapa keping gambar Munirah yang terlalu teruja berada di situ.

"Ira..." panggil Mirza lembut.

Munirah memandang ke arah Mirza.

"Saya ajak awak datang sini sebenarnya nak berbual-bual tentang awak. Saya nak tahu tentang awak dan family awak. Boleh kan?" Mirza jujur akan niatnya.

Munirah hanya tersenyum.

"Sebenarnya, pertama kali saya hantar awak balik, saya agak terperanjat sebab saya pernah tumpang kan seorang gadis bernama Amira. Dia pun tinggal situ. Amira tu siapa ye?" Mirza memulakan pertanyaan.

Munirah agak terkejut apabila Mirza menyebut nama Amira.

"Kak Amira tu kakak sulung Ira. Mesti Abang Mirza terpesona dengan kecantikan Kak Mira kan?" balas Munirah perlahan.

Mirza terkedu seketika. Dia tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Dia melarikan matanya dari terus bertentangan dengan Munirah.

"Ira ada berapa orang adik-beradik? Ira anak yang ke berapa?" soal Mirza mengabaikan soalan Munirah.

"Ira ada 6 orang adik-beradik. Ira anak yang ke-4," Munirah menjawab dengan nada serba salah.

"Ira macam tak selesa je Abang Mir tanya tentang Ira. Tak apa la. Kita tukar topik," kata Mirza apabila dia melihat Munirah seperti cacing kepanasan.

Munirah terdiam. Dia tidak tahu cara untuk menceritakan perihal dirinya yang sebenar. Setelah menghela nafas panjang, Munirah mula menceritakan kisah hidupnya.

"Ira sebenarnya anak angkat ibu. Arwah ibu kandung Ira meninggal selepas melahirkan Ira. Arwah ayah kandung Ira pula meninggal kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari tempat kerja. Jadi, arwah ayah Ira beri amanat kepada ibu untuk jaga Ira. Arwah ayah dan arwah suami ibu kawan baik. Mereka kerja di tempat yang sama," jelas Munirah panjang lebar.

Mirza terkedu apabila mendengar penjelasan daripada Munirah. Dia tidak tahu respons apa yang perlu diberinya.

"Ibu jaga Ira bagai menatang minyak yang penuh. Ibu tak pernah berat sebelah. Apa yang mereka dapat, Ira pun dapat. Ira tak rasa terasing langsung. Sebab tu, Ira janji pada diri Ira, Ira akan jaga ibu sebaik mungkin. Selagi Ira masih bernafas, Ira akan bertanggungjawab sepenuhnya pada ibu. Ira tak mampu nak balas jasa ibu tapi sekurang-kurangnya, Ira tak nak beban kan ibu lagi." sambung Munirah. Kali ini, Munirah sudah menumpahkan air matanya yang sudah lama ditahan. Mirza juga sebak.

"Adik-beradik Ira okay?" soal Mirza membuatkan Munirah bertambah sayu. Dia menangis semahunya sebelum menceritakan pengalamannya dibuli adik-beradiknya.

"Dari kecil mereka tak suka Ira. Ira dipulau, dicaci dan dibuli tanpa rasa ihsan. Walaupun ibu da tegur banyak kali, tapi ibarat mencurah air ke daun keladi. Ira terpaksa sabar dan telan kepahitan ni seorang diri. Kadang2, Ira akan kongsi pada kawan baik Ira, Syuhada namanya. Dia sentiasa beri kata2 semangat pada Ira. Ira bersyukur masih ada yang sayang Ira," jawab Munirah.

Mirza terdiam lama. Munirah pula menyeka air matanya yang terus mengalir tanpa henti.

"Ira tak nak melawan sebab Ira hormat ibu. Ira tahu Ira menumpang kasih sayang ibu tapi jangan la buat Ira macam Ira ni tak ada hati dan perasaan. Setiap malam, Ira menangis. Hanya Tuhan sahaja yang tahu beban di hati Ira ni Abang Mirza," sambung Munirah lagi.

"Kak Mira pun macam tu?" soal Mirza ingin tahu. Munirah tidak mahu menjawab soalan Mirza tetapi apabila didesak beberapa kali, akhirnya dia akur.

"Kak Mira selalu pinjam duit Ira tapi sekali pun tak pernah bayar balik. Ibu pun da paksa bayar banyak kali tapi dia buat tak tahu je," jawab Munirah jujur.

"Pinjam buat apa?" soal Mirza ingin tahu lagi.

"Kak Mira kan cantik. Jadi, dia suka bergaya mengikut fesyen terkini. Ira bukan nak berkira tapi Ira ada perancangan Ira sendiri. Habis duit simpanan Ira mereka pinjam. Ira tak bagi nanti mereka buli Ira pula. Ira takut!" jawab Munirah jujur.

Mirza mengeluh panjang. "Ira sabar ye. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku," kata Mirza lembut. "Kalau Ira perlukan bantuan apa-apa, beritahu je Abang Mirza. In shaa Allah, abang akan bantu."

Munirah hanya mengangguk. Tiba-tiba, dia terfikir akan ketelanjurannya menceritakan perihal peribadinya pada orang luar sedangkan itu boleh memberi impak yang negatif kepada keluarganya sendiri. Tetapi apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Munirah amat menyesal di atas ketelanjurannya itu.

"Ira..." panggil Mirza apabila menyedari Munirah hanya mendiamkan diri dari tadi.

"Saya..." jawab Munirah perlahan.

"Ira okay ke? Ada apa-apa lagi yang Ira nak kongsi dengan abang?" soal Mirza lembut.

"Tak ada apa." jawab Munirah.

"Abang Mirza... jangan cerita pada sesiapa ye tentang tadi tu," pinta Munirah.

"Ira jangan risau. Abang akan simpan sebagai rahsia kita berdua ok?" balas Mirza sambil tersenyum.

Seusai berbual, mereka ke sebuah restoran untuk makan tengah hari. Setelah makan, Mirza menghantar Munirah pulang ke rumah.

Sayangi AkuWhere stories live. Discover now