Setiba di beranda rumah, Mirza duduk memikirkan sesuatu di dalam kereta. Dia membuka laci dashboard kereta. Terdapat sebuah kotak kecil berbalut riben berwarna merah jambu.
'Saya tahu awak tunggu ni, Amira. Tapi, saya dah tawar hati dengan awak. Saya minta maaf,' ucap Mirza di dalam hati.
Mirza mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Dia menghubungi Munirah.
Munirah yang sedang leka menjahit hiasan di tudungnya terkejut dengan bunyi deringan telefon.
"Hello, assalamualaikum," ucap Munirah.
"Waalaikumussalam. Hi, Ira. Buat apa tu?"
"Menjahit."
"Jahit apa?"
"Jahit manik-manik kat tudung ni."
"Nak tengok boleh?"
"Tak boleh. Haha."
Mirza berpura-pura merajuk. "Tak apa lah."
Munirah masih ketawa. "Lelaki pun pandai merajuk eh?"
"Mesti lah pandai. Nak dipujuk jugak."
"Haha. Dalam hati ada taman."
"Pukul berapa nak tidur ni?"
"Ira memang tidur lambat. Abang Mirza tu tanya orang, dia bila nak tidur?"
"Kejap lagi lah. Belum mandi lagi ni."
"Eh, patut la ada bau masam kat sini!" usik Munirah sambil ketawa.
"Eleh, tiba-tiba je ada bau. Haha."
"Haha. Pergi lah mandi. Lewat dah ni."
"Halau ek? Tak apa la. Orang tak nak cakap dengan kita."
"Haha. Bukan macam tu la. Mandi lewat-lewat nanti demam pulak. Siapa yang susah? Ira jugak."
"Kenapa Ira pulak yang susah?"
"Ye la. Susah hati."
"Susah hati sebab Abang sakit ye?" Mirza sengaja menduga.
"Entah lah. Haha."
"Tak nak mengaku ye? Tak apa. Abang dah tahu."
Munirah hanya ketawa.
"Ehem, ehem. Borak dengan siapa tu? Seronok je ibu tengok," sapa ibunya yang dari tadi memasang telinga.
"Eh, ibu tak tidur lagi?" soal Munirah terkejut.
"Kenapa tu Ira?" soal Mirza disebalik panggilan.
"Ibu. Nanti kita bual lagi ye. Assalamualaikum," kata Munirah mengakhiri panggilan mereka.
"Waalaikumussalam."
"Mirza ye?" Ibunya serkap jarang.
Munirah mengangguk. "Ibu marah ke?" soal Munirah takut.
"Kenapa ibu nak marah pulak?"
"Sebab Kak Amira."
Ibunya tersenyum. "Tak ada sebab ibu nak marah. Mirza yang pilih. Tak ada siapa yang paksa."
Munirah tersenyum. "Kenapa ibu tak tidur lagi? Panas ke?"
"Tak la. Ibu nak g tandas," balas ibunya lalu menuju ke arah bilik air.
Munirah masih mengenggam telefon bimbitnya. Dia tersenyum sendiri. Dia mengambil sekeping gambar tudung yang sudah siap dihias dengan manik-manik. Kemudian, dia menghantar gambar tersebut ke Mirza.
Lima belas minit kemudian, Mirza menghantar WhatsApp kepada Munirah. 'Cantik.' Mirza memuji hasil tangan Munirah.
Mirza mengajak ibu Munirah pulang ke kampung pada hari Sabtu pagi. Dia ingin menziarahi Makcik Rusiah. Ibu Munirah setuju.
"Ibu balik sini semula kan?" soal Munirah apabila ibunya memberitahu dia akan pulang ke kampung dengan Mirza.
"Balik. Jangan lah risau," balas ibunya lembut.
"Mesti lah risau. Nanti Ira tak ada kawan."
"Shuhada ada."
"Tak sama macam ibu," balas Munirah sambil tersenyum panjang.
Pada hari Sabtu, Mirza dan ibu Munirah pulang ke kampung. Munirah tidak ikut kerana dia bekerja pada hari Sabtu.
"Makcik nak singgah rumah mak dulu ke atau balik rumah terus?" soal Mirza sebaik sahaja mereka tiba di kampung.
"Balik rumah je la. Kesian kamu penat, nak hantar pulak," balas ibu Munirah. "Oh, ya Mirza. Panggil ibu je. Nanti jadi menantu, kena panggil ibu jugak." Ibu Munirah berseloroh.
Mirza ketawa menyembunyikan perasaan malu. "Baik, bu."
Setiba di halaman rumah, Amalina yang sedang mengangkat pakaian di jemuran, terkejut besar apabila melihat ibunya pulang ke kampung.
"Ibu..." jerit Amalina.
"Terima kasih, Mirza," ucap ibu Munirah sebelum keluar dari perut kereta.
"Sama-sama, bu."
Atiqah yang terdengar jeritan adiknya bergegas keluar dari rumah. Dia berlari-lari anak menuju ke arah ibunya.
"Ibu balik jugak," kata Atiqah sebak.
"Tak payah sedih-sedih lah. Jom masuk rumah," balas ibu mereka ramah.
"Ibu nak minum apa? Biar Alin buat kan," soal Amalina sebaik sahaja ibunya duduk di atas sofa.
"Iqa baru lepas masak nasi goreng, bu. Nak makan tak?" soal Atiqah pula. Mereka melayan ibunya dengan baik sekali. Mereka tidak mahu mengulangi perbuatan zalim mereka dahulu. Mereka sudah berjanji untuk berubah.
"Boleh jugak. Ibu nak minum teh o panas. Pandai ke buat?" usik ibu mereka manja.
"Mesti lah. Kami dah pandai berdikari sekarang," balas mereka serentak. Ibu mereka tersenyum lebar.
Mereka menghidang nasi goreng serta minuman panas untuk santapan pada tengah hari itu.
"Pandai anak ibu masak," puji ibu mereka.
Mereka tersenyum bangga. Selepas makan, mereka mengemas bersama-sama. "Ibu rehat je. Biar kami buat."
"Ye lah."
Mirza berbual-bual dengan Makcik Rusiah di pangkin sambil makan kuih karipap berinti kentang.
"Apa cerita kamu, Mir?" soal Makcik Rusiah.
"Cerita apa mak?"
"Cerita cinta lah. Best sikit," usik Makcik Rusiah.
Mirza ketawa. "Mirza ikut kata mak."
"Munirah?" Mata Makcik Rusiah bersinar-sinar.
"Ye. Mak doa la ye untuk kami. Moga-moga ada jodoh."
"Aamiin. Akhirnya, kamu pilih jugak dia," balas Makcik Rusiah gembira.
"Mak suka ke?"
"Mesti lah. Mak memang berkenan dengan Munirah tu. Mama macam mana?" balas Makcik Rusiah.
"Mama okay je. Tak ada halangan. Kakak pun sama."
"Bila nak berlangsungnya?" soal Makcik Rusiah teruja.
"Hari ni la, mak. Jom g rumah ibu Munirah," usik Mirza sambil ketawa besar.
"Kamu ni, Mirza. Suka tau usik mak. Mak serius ni," balas Makcik Rusiah sambil menampar bahu Mirza.
Mirza masih lagi ketawa. "Bisa jugak tangan mak ni. Sakit," kata Mirza sambil ketawa kecil.
"Padan muka. Usik mak lagi," balas Makcik Rusiah sambil ketawa besar.
YOU ARE READING
Sayangi Aku
Historia CortaCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...