Keesokannya, Munirah terkejut apabila dia pulang ke rumah, adik-beradiknya ada di situ.
"Macam mana boleh sampai sini?" soal Munirah pelik.
"Kak Mira minta tolong Mirza. Kami naik bas awal pagi tadi. Sampai KL, Mirza tolong hantar ke sini," jawab Amira jujur.
"Buat apa datang sini? Nak ambik ibu? Tak boleh!"
"Saja melawat ibu. Rindu," kata Amalina, adik bongsu Munirah.
"Rindu? Masa ada depan mata tak hargai, dah tak ada tercari-cari. Pelik manusia ni," sampuk Shuhada geram.
"Kami minta maaf. Kami akui kesilapan kami," kata Amira perlahan. "Sebab tu, kami datang sini. Kami nak minta maaf pada ibu dan juga Munirah. Kami kesal dengan perbuatan kami," tambah Amira lagi.
"Selama ibu tak ada, banyak kami pelajari. Kadang-kala, kami bergaduh sesama sendiri," tambah Aqilah pula.
"Masing-masing tak nak mengalah buat kerja rumah. Tak ada siapa nak masak, kemas rumah, basuh baju," giliran Aina pula bercakap.
"Bila ibu tak ada, rumah tu rasa sunyi. Kebiasaannya, bila balik rumah, ibu jawab salam. Ibu sedia makan, minum. Dengar ibu berleter," Atiqah meluahkan rasa.
Ibu Munirah mengesat air mata. Munirah tertunduk diam seribu bahasa.
"Alin nak ibu balik. Alin rindu ibu," renggek Amalina.
"Tiqah pun. Tiqah rindu air tangan ibu. Balik lah, bu," rayu Atiqah.
"Kami minta ibu balik semula ke kampung. Kami masih perlu kan ibu. Kami akui, kami salah, bu. Beri la peluang kepada kami untuk tebus kesilapan kami. Kami janji, kami akan ubah sikap kami," pujuk Aqilah sambil berlinangan air mata.
"Ira, pujuk la ibu. Kami tahu, ibu akan dengar cakap Ira je," rayu Amira.
"Ibu bukan dengar cakap Ira tapi korang yang tak tahu menghormati ibu," balas Munirah menidakkan kata-kata Amira.
"Kami akui kesilapan kami. Ira, kami minta maaf. Banyak salah kami pada Ira. Dari kecil sehinggalah besar, kami tak pernah layan Ira seperti adik-beradik kami sendiri walhal Ira tak ada buat salah pun pada kami. Harap Ira tak simpan dendam pada kami dan sudi memaafkan kami dengan sepenuh hati," kata Aina bersungguh-sungguh.
"Begitu mudah korang minta maaf. Ingat kami mudah terpedaya dengan air mata korang tu?" sanggah Shuhada. Sakit telinganya mendengar kata-kata maaf daripada adik-beradik Munirah sedangkan selama ini mereka melayan Munirah seperti manusia yang tiada hati perut.
Adik-beradik Munirah terdiam apabila disanggah oleh Shuhada. Dari raut wajah mereka, mereka amat menyesali perbuatan mereka selama ini.
"Ikut kata ibu. Apa pun keputusan ibu, Ira tak halang," Munirah memberi kata putus walaupun jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu ibunya pulang ke kampung halaman. Dia mahu ibunya sentiasa berada di sisinya.
"Ibu akui ibu sayangkan Ira lebih daripada yang lain. Ira tahu menghargai. Ira tahu menyayangi. Yang lain, faham-faham sendiri lah, malas ibu nak cakap. Ibu akan balik tapi lepas dah puas tinggal sini," kata ibu Munirah hiba.
Semua tertunduk malu.
"Tidur sini ke?" soal Shuhada.
Masing-masing hanya mendiamkan diri.
"Biar lah mereka tidur sini," kata Munirah lembut, mengharapkan belas ihsan Shuhada pada adik-beradiknya.
"Okay. Aku tanya je," balas Shuhada sambil tersenyum.
"Pergilah mandi. Lepas tu, makan," kata Munirah kepada adik-beradiknya.
Mereka hanya mengangguk.
YOU ARE READING
Sayangi Aku
Short StoryCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...