Mirza bertolak ke rumah Makcik Rusiah selepas makan malam. Datin Maryam tidak mengikutinya kerana beliau dan Marissa serta enam orang rakan karibnya akan ke Vietnam pagi esok.
Setiba di perkarangan rumah Makcik Rusiah, Mirza memberi salam. Makcik Rusiah membuka daun pintu sambil menggosok mata dengan belakang tangan.
"Maaf mak. Ganggu mak tidur," kata Mirza serba salah.
"Tak apa. Nasib dengar. Kalau tak, tidur luar la kamu Mirza," balas Makcik Rusiah dalam nada bergurau.
Keesokannya, Mirza menunggu Munirah di warung Pakcik Harun sambil minum secawan Nescafe. Pelbagai perkara ligat bermain di mindanya.
"Assalamualaikum Pakcik Harun. Ni nasi lemaknya," sapa Munirah lembut.
"Waalaikumussalam. Ha letak tempat biasa. Nah, duit meniaga semalam," balas Pakcik Harun sambil menghulurkan wang kepada Munirah.
"Terima kasih," ucap Munirah ceria.
"Assalamualaikum, Ira..." sapa Mirza dari belakang.
"Waalaikumussalam. Eh, Abang Mirza! Bila sampai rumah Makcik Rusiah?" balas Munirah terkejut akan kehadiran Mirza di situ.
"Awal pagi tadi. Abang nak nasi lemak 5 bungkus ye," pinta Mirza.
Munirah segera meletakkan lima bungkus nasi lemak ke dalam sehelai beg plastik berwarna ungu. "Nah bang," hulur Munirah.
"Terima kasih," balas Mirza. Munirah memulangkan baki kepada Mirza namun ditolak.
"Ira sibuk ke hari ni?" soal Mirza.
"Ira nak g kerja lepas ni. Kenapa abang Mirza?" jawab Munirah jujur.
"Meh Abang Mir hantar balik," pelawa Mirza. Munirah akur.
Tengah hari itu, Mirza mengajak Makcik Rusiah ke Mydin. Sebenarnya, dia ingin mengintai Amira.
"Mak, kejap ek. Mirza nak g tandas," Mirza membohongi Makcik Rusiah kerana dia tidak mahu niatnya diketahui.
"Mak masuk dalam dulu lah," balas Makcik Rusiah.
Mirza menuju ke arah Butik Zara, tempat kerja Amira. Dari jauh, dia melihat Amira sedang melayan seorang lelaki. Kali ini, lelaki itu berbeza.
'Kaki melayan juga ek Amira ni,' getus hati Mirza.
Setelah lelaki itu pergi, Mirza cuba untuk menghampiri Amira. Tetapi, langkahnya terhenti apabila melihat seorang lelaki lain pula menyapanya.
'Mana satu ek boyfriend dia?' soal Mirza di dalam hati. Setelah beberapa minit memerhati gelagat mereka, Mirza berlalu dari situ dengan hati yang panas.
"Mak beli apa tu?" sapa Mirza membuatkan Makcik Rusiah terperanjat.
"Ish, kamu ni Mirza. Terkejut mak. Nasib baik mak tak ada sakit jantung," balas Makcik Rusiah. "Mak jalan2 je cuci mata."
Kemudian, mereka makan tengah hari di restoran KFC. Sebelum pulang, Mirza membeli piza sebagai juadah minum petang.
Ketika minum petang, Makcik Rusiah cuba mengorek rahsia Mirza.
"Mir, mak nak tanya boleh?" soal Makcik Rusiah lembut.
"Tanya je mak," balas Mirza.
"Mir ada hati ke dengan Amira?" soal Makcik Rusiah membuatkan jantung Mirza berdebar-debar.
"Entah la mak. Rasa suka tu ada tapi entah la Mir sendiri pun tak pasti," balas Mirza perlahan. Dia masih dapat membayangi wajah Amira ketika melayan lelaki-lelaki itu. Begitu manis senyumannya yang tidak lekang di bibir.
"Mir..." panggil Makcik Rusiah memecahkan lamunan Mirza.
"Ye mak," jawab Mirza.
"Mak suka Munirah. Walaupun dia tak secantik Amira tapi hatinya baik. Dia hormat orang tua. Mir tak tengok lagi cara dia layan ibunya, sama macam Mir layan mama." kata Makcik Rusiah panjang lebar.
"Tapi tu tak bermakna mak kata Amira tu tak baik, tapi mak cuma nyatakan pilihan mak je. Munirah tu pandai masak tau. Kadang-kala, dia ada hantar makanan kat mak," sambung Makcik Rusiah lagi.
Mirza asyik mendengar. Bibirnya terukir senyuman.
YOU ARE READING
Sayangi Aku
Short StoryCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...