Setiba di rumah, ibu Munirah menyapanya. "Ira da balik?"
Munirah memalingkan muka ke arah ibunya sambil tersenyum. "Baru balik bu. Ira ada beli donut untuk ibu ni. Ibu da makan?"
"Dah. Ibu masak gulai lemak telur itik," balas Ibunya.
Ibu Munirah amat suka donut. Dia terus mengambil donut yang dibeli Munirah lalu makan. Munirah menuju ke bilik tidur, mencapai tuala nya lalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
"Sapa beli donut ni bu?" soal Atiqah kepada ibunya.
"Kak Ira. Makan lah. Kak Ira beli banyak tu," jawab ibunya. Atiqah memanggil Amalina untuk makan donut bersama-sama.
"Kau g mana tadi?" soal Atiqah apabila Munirah ke dapur untuk minum air.
"Mydin." jawab Munirah sepatah.
"Dengan siapa?" soal Amalina pula.
"Makcik Rusiah." Munirah masih jawab sepatah.
"Kau ni kan... Aku tanya sepatah, kau jawab sepatah. Bagus sangat ke kau ni?" Atiqah mula naik angin. Munirah pergi tanpa berkata apa-apa. Dia malas mahu bertikam lidah dengan adik-adiknya.
*******
Mirza tiba di rumah pada jam 11 malam. Datin Maryam dan Marissa sedang menunggunya sambil menonton televisyen.
"Assalamualaikum..." sapa Mirza sambil menyimpan sandal nya di dalam kabinet kasut.
"Waalaikumussalam..." jawab Datin Maryam dan Marissa serentak.
"Hi mama, hi Kak Mar. Tunggu Mir ek?" soal Mirza sambil duduk di atas sofa, sebelah Datin Maryam.
"Ye la Mir. Lama tau kami tunggu," balas Marissa.
Mirza hanya ketawa. "Mak ada bekal sikit makanan. Jom makan. Mir lapar la. Tadi malas nak singgah kedai makan," ajak Mirza.
"Jom. Kami pun tak makan lagi. Tunggu Mir balik, makan sama2," balas Datin Maryam.
Seusai makan, Mirza dan Marissa berbual-bual di ruang tamu. "Mir, apa cerita Amira? Da jumpa belum?" soal Marissa.
Mirza malas mahu menjawab soalan kakaknya namun apabila dia melihat Marissa sangat teruja untuk mengetahui tentang Amira, dia terpaksa membuka cerita. "Belum jumpa lagi. Tapi, pagi tadi Mir g Mydin teman mak g beli barang, Mir jumpa dia. Dia kerja kat Butik Zara."
"Pas tu? Mir tak tegur dia?" soal Marissa lagi.
"Macam mana nak tegur? Boyfriend dia ada kat situ," balas Mirza pula.
Marissa berasa kesal kerana bertanya tentang Amira. "Sorry Mir. Jom la tidur. Mir mesti penat kan? Esok nak kerja pula. Kang tertidur kat ofis," ajak Marissa. Mirza dan Marissa bingkas bangun lalu menuju ke bilik tidur masing-masing.
Malam itu, Mirza tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya kusut.
'Boyfriend Amira ke tu eh? Ke crush je?' soal Mirza di dalam hati.
'Tapi nampak dia happy je bila dapat hadiah. Macam something je.'
'Argh serabut pula otak ni fikir kan dia. Dia tak kisah pun pasal aku.'
*******
Munirah cuba melelapkan matanya namun gagal. Fikirannya melayang-layang teringat akan Mirza.
'Ya Allah, kenapa aku rasa suka sangat pada Abang Mirza ye?' soal Munirah di dalam hati.
'Ada kah rasa ni hanya wujud dalam hati aku je?'
'Kalau Abang Mirza tahu, ada kah dia akan menjauh dari aku?'
Tiba-tiba air mata Munirah mengalir. 'Aku simpan je la perasaan ni. Aku tahu aku tak layak untuk dia. Dia belum kenal lagi aku siapa,' bisik Munirah sebak.
********
Mirza tiba-tiba teringat akan kata-kata Makcik Rusiah. 'Aku suka Amira sebab apa ye? Rupa? Atau apa?' Mirza bermonolog. Matanya merenung siling. Kemudian, dia menghela nafas panjang.
YOU ARE READING
Sayangi Aku
Short StoryCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...