Hari-hari berlalu seperti biasa sehingga pada suatu hari, Amira menghubungi ibu Munirah untuk bertanyakan khabar.
Munirah kurang suka dengan perbuatan kakaknya itu kerana Munirah khuatir Amira akan mengajak ibunya pulang ke kampung.
"Kenapa Kak Amira call ibu?" soal Munirah sebaik sahaja ibunya selesai berbual-bual dengan Amira.
"Saja, tanya khabar."
"Ingatkan dia ajak ibu balik kampung." Munirah serkap jarang.
"Tak ada lah. Cuma, dia ada tanya, tak rindu kampung ke?"
Munirah yakin ibunya pasti merindui kampung halamannya. Bak kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. "Ibu jawab apa?"
"Ibu rindu kampung tapi biar lah ibu rehat kat sini dulu. Nanti da bosan, ibu balik lah kampung."
Jawapan ibunya menyenangkan hati Munirah. "Betul lah tu."
"Mirza ada call ibu tadi. Ajak ibu jalan-jalan hujung minggu ni."
"Pergi mana?"
"Tak tahu pulak ibu nak ke mana. Katanya, surprise."
Munirah ketawa kecil apabila mendengar ibunya menyebut perkataan "surprise."
"Amboi, ibu dah pandai speaking!" usik Munirah dengan diiringi gelak tawa.
"Mestilah," balas ibunya sambil mengenyitkan mata.
Sedang asyik berbual-bual, tiba-tiba telefon bimbit Munirah berdering.
"Ha jawab la dulu. Ibu nak gosok gigi dan cuci muka kejap."
Munirah mengangguk lalu diambil telefonnya untuk dilihat siapa yang menghubunginya sebentar tadi. 'Abang Mirza? Kenapa dia call malam-malam ni? Ada apa-apa yang mustahak ke?' bisik hati Munirah.
Ketika Munirah ingin menghubungi semula nombor Mirza, Mirza terlebih dahulu menghubunginya.
Tanpa melengahkan masa, Munirah segera menjawab panggilan tersebut dengan memberi salam. "Assalamualaikum. Ye, Abang Mirza. Kenapa call Ira malam-malam ni?"
"Waalaikumussalam. Saja. Rindu kot."
Munirah terdiam. Tidak tahu untuk balas apa.
"Hello, hello. Ada orang tak?" usik Mirza.
"Haha ada ni. Abang Mirza buat apa tu?" soal Munirah.
"Tengah tengok gambar Ira. Ingat lagi tak masa kat pantai aritu?"
Munirah terdiam lama sebelum menjawab soalan yang diaju oleh Mirza. "Ingat."
"Ira, hujung minggu ni, jom pergi jalan-jalan nak tak?" ajak Mirza.
"Ibu ada cakap tadi, Abang Mirza ajak ibu g jalan-jalan hujung minggu ni."
"Aah. Ni nak ajak Ira pulak. Mama n Kakak pun ikut jugak."
"Okay."
Mereka berbual-bual dalam lima belas minit. Kemudian, masing-masing mengundur diri untuk masuk tidur.
YOU ARE READING
Sayangi Aku
Short StoryCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...