Jam menunjukkan pukul 5 petang. Munirah dan Syuhada bersiap-siap untuk pulang ke rumah mereka. Ketika dalam perjalanan, Munirah berkongsi cerita kepada Syuhada.
"Ada, semalam kan aku jumpa seorang lelaki handsome weh. Dia tanya arah jalan ke rumah Makcik Rusiah. Kau rasa siapa ek dia tu?" Munirah memulakan cerita.
"Serious la handsome? Nak cakap anak Makcik Rusiah, tak mungkin. Sepanjang aku kenal Makcik Rusiah, dia memang tak ada anak," balas Syuhada pula.
"Tu la aku pelik. Tapi memang handsome weh. Mana la tahu jodoh aku kan?" balas Munirah sambil ketawa.
"Ah, kau! Berangan je tak habis," usik Syuhada sambil ketawa.
Setiba di rumah, Munirah segera ke dapur untuk menyediakan makan malam. "Ibu nak makan apa malam ni?" soal Munirah manja.
"Biar la ibu masak. Kamu tu penat, baru balik kerja kan?" balas ibunya lembut.
"Tak apa la, bu. Ira tolong ibu masak. Ibu da penat menjahit seharian," balas Munirah pula.
"Ibu nak makan gulai lemak ikan. Teringin pula tekak ibu ni nak makan gulai lemak ikan," pinta ibu Munirah.
"Baik, bu. Ira masak istimewa untuk ibu," balas Munirah lalu mula memasak.
Seusai memasak, Munirah membersihkan dirinya. Kemudian, dia melipat pakaian yang diangkat ibunya di jemuran petang tadi.
"Ibu, banyak lagi ke pakaian nak dijahit?" soal Munirah apabila melihat ibunya masih khusyuk menjahit.
"Ada lagi 3 pasang. Kenapa Ira?" balas ibunya.
"Nak Ira tolong ke?" soal Munirah lagi.
"Kamu rehat je la. Esok nak bangun awal. Ni kerja ibu. Biar ibu yang selesaikan," balas ibu Munirah sambil tersenyum melihat wajah Munirah.
"Ira kesian kat ibu je. Banyak lagi tu," balas Munirah lembut.
"Tak apa. Sikit je lagi ni. Tak payah risau ye," balas ibunya lagi. Munirah membalas dengan senyuman kelat.
"Ira..." panggil Amira, kakak sulung Munirah.
"Ye Kak Mira. Kenapa?" sahut Munirah.
"Akak nak pinjam duit boleh tak? Dalam RM100. Kalau tak ada, RM50 pun boleh lah," pinta Amira.
"Kejap, Ira tengok dalam dompet," balas Munirah lalu mengambil beg utas nya yang disimpan di dalam almari.
"Nah, Kak Mira." Munirah menghulurkan sekeping not RM100 kepada Amira.
"Terima kasih Ira," ucap Amira sambil tersenyum.
Kedengaran bunyi skuter Aqilah di luar rumah. "Assalamualaikum..." Aina memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Aqilah dan Aina bekerja di tempat yang sama iaitu di pasaraya besar Mydin sebagai juruwang.
"Waalaikumussalam..." jawab ibunya.
"Ibu, lapar la. Masak apa malam ni?" adu Aqilah dan Aina.
"Ira masak gulai lemak ikan. Pergi la makan," balas ibu mereka.
"Ira..." panggil Aqilah.
"Ye Kak Qila. Ada apa ye?" jawab Munirah lalu meluru ke arah mereka.
"Hidang nasi. Aku n Aina lapar ni. Cepat sikit," arah Aqilah kepada Munirah.
"Baik Kak Qila," balas Munirah lembut. Munirah ke dapur menghidang nasi dan lauk-pauk untuk Aqilah dan Aina.
"Ira..." panggil ibunya lembut.
"Ye, bu..." sambut Munirah lembut.
"Jangan dilayan kakak-kakak kamu tu. Biar mereka buat sendiri. Masing-masing da besar kan?" kata ibunya sambil memandang sayu wajah Munirah. Dia amat mengasihani Munirah kerana acap kali dibuli oleh adik-beradiknya. Munirah tidak mampu berkata apa-apa. Dia meletakkan kepalanya di atas ribaan ibunya. Ibunya mengucup lembut dahi anak gadisnya itu. Dia terasa kain batiknya basah.
"Ira nangis ke tu?" soal ibunya sambil mengusap lembut rambut Munirah. Munirah hanya menggelengkan kepalanya. Ibunya tahu Munirah sedang menyembunyikan perasaan sedihnya.
YOU ARE READING
Sayangi Aku
Short StoryCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Munirah. Munirah merupakan seorang anak angkat kepada seorang ibu yang mempunyai lima orang anak perempuan. Anak-anak perempuannya tidak boleh menerima kehadiran Munirah di dalam keluarga ter...