33

127 12 0
                                    

Jarum jam menunjukkan jam 8 malam. Amira sudah menanti kehadiran Mirza di ruang tamu. Berkali-kali dia melihat cermin untuk memastikan mekapnya kelihatan baik-baik sahaja.

"Berdebar-debar pulak rasa," kata Amira sambil tersenyum lebar.

"Untunglah orang ajak pergi dinner," usik Aina sambil mengenyitkan mata, memberi isyarat kepada yang lain untuk mengusik kakaknya.

"Pergh, semerbak bau wangian dia. Mesti Abang Mirza cair," usik Amalina pula.

"Agak-agak dia bagi hadiah apa eh malam ni? Biasa kat drama Melayu mesti ada surprise kan?" soal Atiqah membayangkan babak-babak manis dalam sebuah drama Melayu.

"Entah-entah cincin," jawab Amalina manakala yang lain hanya ketawa mendengar jawapan Amalina.

"Melayu betul kau ni," usik Aqilah.

"Eh, eh dah sampai la Abang Mirza. Good luck, Kak. Jangan lupa balik rumah. Tak sabar nak dengar cerita," kata Atiqah yang dari tadi menjadi jaga separuh masa, menanti kehadiran Mirza untuk menjemput kakaknya.

Amira yang mengena blouse berwarna merah berjaya membuat mata Mirza tidak henti-henti melirik ke arahnya.

"Cantik sangat awak malam ni," puji Mirza.

Amira tersipu malu menerima pujian daripada Mirza.

Mirza membawa Amira makan malam di sebuah restoran di tepi tasik.

"Harap awak suka," kata Mirza sambil menarik kerusi untuk diduduki Amira.

"Suka sangat. Terima kasih," balas Amira sebelum duduk di tempatnya.

"Lama dah saya berhajat nak keluar dengan awak," kata Mirza setelah selesai membuat pesanan.

Amira hanya tersenyum. Mereka berbual-bual kosong sehingga makanan yang dipesan tiba. Amira masih menanti kejutan daripada Mirza. Namun, hampa kerana tiada kejutan walaupun mereka sudah habis makan.

"Abang Mirza..." panggil Amira lembut.

"Ye, saya."

"Saya masih menanti," kata Amira sambil tersipu malu.

"Menanti apa?" soal Mirza sedikit terkejut.

"Haha tak ada apa la," balas Amira sambil ketawa kecil bagi menutup malunya.

'Serius la dia tak tahu?' gumam hati kecil Amira. 'Habis ajak aku makan malam ni untuk apa? Mesti nak confess ke apa? Tak mungkin saja-saja.' Amira masih tidak puas hati. 'Cakap la sesuatu, please,' rintih hati Amira.

"Awak okay ke ni?" soal Mirza apabila melihat Amira seperti cacing kepanasan.

Amira hanya mengangguk.

"Jom balik," ajak Mirza.

"Balik?" Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulut Amira.

"Ye, balik. Dah pukul 9.45 malam. Nanti ibu awak risau pulak," kata Mirza sambil tersenyum.

Amira mengangguk lemah. 'Bukan yang ni aku harapkan,' jerit hati kecil Amira.

Di dalam kereta, suasana menjadi agak janggal. Masing-masing membisukan diri sehingga tiba di hadapan apartment, tempat tinggal Munirah.

"Thanks for tonight," ucap Mirza sebelum Amira hilang dari pandangannya.

Amira mengetuk pintu rumah selepas memberi salam. Munirah membukanya.

"Dah balik?" soal Munirah.

Amira mengangguk lemah. Mukanya kelihatan sugul.

"Kenapa tak happy je, Kak Amira?" soal Amalina. Ketika itu, semua orang sedang menonton televisyen.

"Makan je. Lepas tu, balik. Tak ada surprise. Tak ada ucap apa-apa," keluh Amira.

Semua terdiam. Amira berlalu pergi menuju ke bilik tidur.

Munirah dan Shuhada saling berpandangan. Shuhada tersenyum. Senyuman yang penuh makna.

Sayangi AkuWhere stories live. Discover now