9

112 13 2
                                    

Datin Maryam, Marissa dan Mirza selamat tiba di rumah mereka. Mereka bertolak dari rumah Makcik Rusiah selepas solat zohor. Mereka singgah di sebuah restoran untuk makan malam sebelum pulang ke rumah.

"Mir, okay tak tu?" sapa Marissa apabila melihat Mirza termangu sendiri.

"Mir kecewa la kak tak dapat jumpa Amira," balas Mirza dengan nada kecewa.

"Amboi, adik akak.., ke main sekarang," usik Marissa sambil tersenyum kambing. Mirza tersenyum malu.

"Akak... Akak rasa en Amira da ada bf ke?" soal Mirza.

"Hurm, tu akak tak pasti tapi crush mungkin ramai. Adik akak salah seorang daripada mereka," balas Marissa sambil tersenyum. Mirza tersenyum mendengar jawapan kakaknya.

"Jom tidur. Esok nak kerja," ajak Marissa sambil menarik tangan Mirza. Marissa memaut lengan Mirza dengan kedua-dua belah tangannya sambil meletakkan kepalanya di atas bahu Mirza. Mirza hanya melayan sikap manja kakaknya.

"Good night kak," ucap Mirza sebelum berpisah ke biliknya. "Good night Mir," balas Marissa lalu masuk ke dalam bilik tidurnya.

*******

Setiap minggu, Mirza akan menziarahi Makcik Rusiah. Kadang-kala, Datin Maryam dan Marissa akan mengikutinya.

"Mak... Mirza nak tanya sikit boleh?" soal Mirza perlahan.

"Tanya apa tu?" soal Makcik Rusiah kembali.

"Mak kenal tak Amira?" soal Mirza sambil memandang wajah Makcik Rusiah.

"Kenal la. Mak rapat dengan ibu Amira tu. Kenapa?" balas Makcik Rusiah.

"Rapat ek?" soal Mirza lagi.

"Ye, rapat sangat. Dari Amira lahir sampai la da jadi anak dara. Asyik tanya pasal Amira je ni. Ada apa2 ke?" balas Makcik Rusiah cuba mengorek rahsia Mirza.

Mirza hanya tersenyum. Dia berasa malu untuk berterus-terang tentang perasaannya.

"Ehem..." Makcik Rusiah berdeham memecahkan lamunan Mirza.

"Saja je tanya mak," balas Mirza cuba menutup cerita itu.

"Mak yang lebih dulu makan garam tau. Mak rasa semua fasa yang kamu rasa. Masih nak berahsia dengan mak?" kata Makcik Rusiah penuh makna.

Mirza jadi serba salah apabila Makcik Rusiah berkata begitu. "Sebenarnya, Mirza ada hati dengan Amira. Mirza terpesona melihat kecantikannya," jujur Mirza.

Makcik Rusiah tersenyum. "Mak da agak dah. Mirza, kalau kita suka seseorang tu, jangan pandang pada paras rupa tapi kenali hati budi, sikap, dan personalitinya. Rupa paras tu tak kekal. Yang kekal tu hati budi. Kalau dapat yang cantik, kira bonus la tu. Kita nak hidup lama dengan dia tau. Jadi, kalau cantik tapi sikap tak semegah rupa, apa guna? Nanti hidup kamu penuh dengan penyesalan," nasihat Makcik Rusiah lembut.

Mirza terdiam mendengar nasihat Makcik Rusiah. Dia terkesan dengan nasihat tersebut.

"Harap kamu tak tersinggung dengan kata-kata mak tadi. Mak sayang anak mak. Mak tak nak kamu tersilap buat pilihan," kata Makcik Rusiah, mengharapkan Mirza tidak kecil hati dengannya.

"Mirza tak tersinggung pun mak. Terima kasih atas nasihat mak tu," balas Mirza lembut. 

Sayangi AkuWhere stories live. Discover now