20

126 8 3
                                    

Ketika Munirah sedang mengangkat pakaian di ampaian, Mirza tiba di perkarangan rumahnya.

"Assalamualaikum..." ucap Mirza sebaik sahaja dia keluar dari kereta.

Munirah menoleh sambil menjawab salam, "waalaikumussalam."

"Maaf ganggu awak. Saya datang ni nak minta maaf," kata Mirza.

"Abang Mir tak ada buat salah apa pun kat Ira. Kenapa minta maaf?" balas Munirah sambil tersenyum.

"Kenapa tolak pelawaan abang pagi tadi?" soal Mirza.

Munirah tidak menjawab soalan Mirza.

"Maknanya, Abang Mir ada buat salah lah tu."

"Ira rasa kita tak payah rapat sangat kot. Takut orang salah faham."

"Siapa?"

"Siapa-siapa lah."

"Abang Mir anggap Ira macam adik abang. Salah ke kalau kita rapat?"

"Tak salah. Cuma, orang tak tahu. Nanti, timbul isu pulak."

Mirza menghela nafas panjang. "Terpulang Ira lah. Abang Mir ikut je."

"Okay. Hati-hati pandu kereta. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Munirah berlalu pergi. Dia sudah tekad untuk menjauhkan diri daripada Mirza. Dia tidak mahu terus menaruh harapan kepada insan yang hanya menganggapnya sebagai seorang adik.

Ibu Munirah menegur Mirza apabila dia ternampak Mirza hendak masuk ke dalam kereta. "Nak balik KL ke Mirza?"

"Eh, makcik. Maaf, saya tak perasan. Ye, saya nak balik KL dah ni."

"Kamu okay ke?"

Mirza serba-salah untuk menjawab soalan ibu Munirah.

"Jemput la masuk, Mir. Sembang kat dalam," ajak ibu Munirah.

Mirza patuh. Dia menutup kembali pintu kereta lalu menuju ke rumah ibu Munirah.

"Kejap ye. Makcik buat air."

"Tak payah la, makcik. Saya baru lepas minum tadi. Lain kali ye," tolak Mirza lembut.

Ibu Munirah kembali duduk di atas sofa untuk berbual-bual dengan Mirza. "Amira kerja hari ni," ibu Munirah memulakan kata.

"Oh." Mirza hanya membalas sepatah. Dia tidak kisah tentang Amira ketika itu. Dia hanya mahu tahu sebab Munirah membuat keputusan sedemikian.

"Makcik, boleh saya tanya sesuatu?" soal Mirza sopan.

"Tentang Munirah?" Soalan dibalas dengan soalan.

Mirza mengangguk perlahan.

"Tanya lah."

"Kenapa Ira..." Mirza keliru samada dia patut menghabiskan soalannya atau tidak.

"Kenapa Ira apa?" soal ibu Munirah. Dia sengaja menduga Mirza.

"Kenapa Ira tak macam selalu? Biasa dia happy je. Ni, dia layan saya acuh tak acuh je. Saya ada buat salah ke, makcik?" soal Mirza.

Ibu Munirah tersenyum mendengar soalan daripada Mirza. "Makcik tak pasti kenapa tapi rasanya kamu tahu kot jawapannya," jawab ibu Munirah lembut.

"Sebab Amira ke?" soal Mirza lagi.

"Mungkin."

Mirza mengeluh panjang. "Saya dengan Amira kawan je, makcik"

"Mulut kata kawan, hati kata?"

Mirza terdiam seketika.

"Munirah tu suka memerhati, Mir. Dia tahu kamu suka Amira. Jadi, dia undur diri."

"Ira suka saya?" Mirza mahu kepastian.

"Kamu tahu jawapannya."

"Tapi..." Belum sempat Mirza menghabiskan kata-katanya, Munirah keluar dari kamar tidurnya.

"Abang Mirza?" soal Munirah terkejut. "Bukan tadi dah balik ke?

"Ibu ajak masuk. Saja sembang-sembang," ibu Munirah menyampuk.

"Oh, okay. Eh, air tak ada ke? Nanti Ira tolong buat kan."

"Abang yang tak bagi ibu buat air. Kalau Ira nak buat kan, boleh lah. Haus pulak tekak ni," kata Mirza sambil tersenyum.

Munirah berlalu dari situ, menuju ke ruang dapur untuk membancuh air.

"Sampai mana kita bual tadi?" soal ibu Munirah.

"Saya pun dah lupa haha."

Munirah kembali dengan menatang dulang berisi sebiji teko dan dua buah cawan bercorak bunga.

"Jemput minum ibu, abang Mirza," ajak Munirah setelah menuang air Nescafé di dalam cawan.

"Ira tak minum sekali?" soal Mirza.

Munirah hanya menggeleng.

"Ira masuk bilik dulu ye."

Mirza hanya mampu memandang Munirah dengan perasaan yang bercampur-baur.

Sayangi AkuWhere stories live. Discover now