5%

373 32 1
                                    

Mood Aeri hari ni barai semacam doh tak tau kenapa. Maybe datang bulan. Aku pun diam ja lah memandangkan dia dah serupa mati anak tak senang duduk.

Beberapa pelajar dalam kelas tu dah dok perati kitorang. Ada mata yang pelik dengan Aeri dan tak lupa juga mata yang cemburu sebab aku dengan Jungkook.

JUNGKOOK SI KERASHH AII💘🔥.

"Aurora. Momo nak jumpa kau." ehh tiber pula dia ni. Bagi salam elok-elok dulu baru cakap kan bagus.

"Dia nak apa?" soal aku sedikit malas. Momo ni memang ada ja dia nak buat kat aku, lagi-lagi aku dah disahkan jadi girlfriend Jungkook.

Kejap ja an berita tersebar. Tak sangka aku jadi famous dalam sekelip mata.

"Tak tau. Gi lah. Dia tunggu kat luar," aku dengan malasnya berdiri dan Aeri tarik blazzer aku.

"Kau nak gi mana? Saya tengah panas ni!"

"Jumpa Momo. Kat luar ja."

"Saya teman," aku angguk dan kitorang berjalan berdua keluar dari kelas.

Aku berdiri berhadapan dengan Momo and the geng. Tak cuak senanya. Momo ni lemah. Tapi saja ja minta backup kawan dia supaya nampak dia ni kuat kenen. Taik.

"Kau! Asal rampas Jungkook kitorang ha?!" dengan mendadak Momo tolak aku sehingga jatuh ke lantai. Kuat gila dia tolak.

"Kau pehal sial!" Aeri tolak Momo geram . Dah dia ni mood tak ok.

"Kau pun pehal?!"

"Dia kawan saya!"

"Masalahnya saya sentuh dia sorang, kawan-kawan saya tak sentuh dia. Jadi kau pun jangan sentuh saya. Biar saya dengan Aurora yang settle!"

"Kuang aja!" niat Aeri nak tampar Momo terbantut.

"Aeri! Stop!" kata aku dan berdiri.

"Kau nak apa ha Momo? Dah Jungkook tak suka kau. Apa kau nak buat? Dua kali kau kena reject pun masih tak cukup ke?"

"Kalau Jungkook couple dengan orang lain saya tak kisah doh tapi dia kapel dengan kau!!"

"Maybe perangai saya tak serupa anjing macam korang. Suka menyalak. Tak tau malu. Muka tembok. Tak sedar diri!" semua bersorak dengan kata-kata aku dan ada juga ketawakan Momo.

"Sampah lah kau ni!" dia tarik rambut aku dan mula lah pergaduhan yang aku tak nak mulakan pun sebenarnya.

Aeri nak campur tangan tapi geng Momo halang dia.

"Weiihh!! Stop! Stop! Apa gaduh bagaikan kera mendapat bunga ni?! Eh peribahasa saya tak kena lah. Ahh peduli apa. Aurora!! Momo!! Berhenti!!!!!"














Wajah kami berdua ditenung silih berganti. Wajah aku yang ada lebam sedikit di bibir aku sentuh sebentar. Manakala Momo takda cedera apa pun.

Bukan apa. Aku tak nak sentuh dia supaya bila kena nanti, dia yang kena.

"Momo. Apa kau buat ni?" soal cikgu Gary sedikit menahan marah.

"Dia mula dulu cikgu,"

"Suka hati mak bapak nenek datuk moyang kau ja eh. Kau yang mula. Datang kat saya meroyan segala tu apa?"

"Kau diam boleh tak?!" haa mula dah.

Aku gelengkan sahaja kepala. Kalau cikgu Gary bela Momo memang dia cikgu yang berat sebelah.

"Tapi dalam kes ni. Pelajar ramai cakap Momo mulakan. Kenapa buat macam tu Mo? Kamu nak kena buang sekolah ke?"

"Ehh cikgu takya cakap lembut sangatlah kat dia ni!"

| I Need You |°°Where stories live. Discover now