24%

282 21 1
                                    

Badan aku ditolak kasar ke dinding. Beberapa geng Momo tahan aku. Aku dah cuba meronta nak dilepaskan tapi tidak, aku tak dapat lawan mereka. Mereka terlalu kuat untuk aku lawan.

"Kau bukan main lagi ehh. Ingat kau kahwin dengan Jungkook, kitorang akan duduk diam? Heii pempuan, baik kau batalkan perkahwinan tu atau saya buat kau menyesal seumur hidup!"

"Apa kau merepek bodo! Sejak bila saya nak kahwin dengan dia?!"

"Woah.. tak nak ngaku? Pfft... kau jampi apa ja kat dia ha? Haaa sebab ni lah kenapa Jungkook tak datang sekolah. Sebab kau paksa dia kan?"

"Such a stupid person," aku smirk. Bodo amat ya. Nilah kenapa orang kata jangan buta kerana cinta. Kan dah bodo tu.

Satu tamparan kuat melayang ke pipi aku. Kedua belah pipi aku dicengkam kuat membuatkan aku terjerit sedikit menahan sakit.

"Jangan.Cabar.Saya."

'Tuh!'

Momo pejam matanya sambil teriak kegelian.

"Yah!!!!!! Korang, pukul dia!!!!!!"






__________________








Sedar-sedar ja aku dah kat hospital. Kepala aku berbalut. Muka jangan citerlah. Lebam sini sana. Bibir luka. Tangan penuh calar balar. Leher? Kalau orang yang tak berfikiran positif, confirm fikir benda cap merah ni love bite.

Mata aku meliar mencari siapa yang selamatkan aku. Masa tu aku dah pengsan. Tak tau apa yang berlaku.

Tiada siapa kat sini. Nak whatsapp Aeri tapi phone ada kat beg. Beg aku pula, aku tak tau kat mana. Bodo amat.

Pintu wad dibuka dari luar. Lelaki yang memang aku tau siapa dan membuatkan aku sedikit keluh kecewa.

"Dah sedar?"

"Macam mana awak tau saya kena buli?"

"Firasat saya kata macam tu."

"Firasat? Pfft.." aku tergelak sinis dan alih pandang ke arah lain.

"Kenapa ni? Saya ada buat salah pape ke? Kalau pasal gaduh dengan Jungkook haritu.... lupakan ja lah. Dia trauma------"

"Kau ada kaitan kan dengan masa lalu Jungkook dengan Taera? Cerita boleh tak?" Soal aku direct. Pening dohh fikir hal budak-budak ni.

Taejin tak cakap apa-apa. Dia just biarkan ja aku terus menanti jawapan dia.

"Ok takpa kalau tak nak jawap. Now, saya nak tanya awak. Siapa yang sebarkan berita Jungkook bakal kahwin? Setahu saya, benda tu ditinggalkan kat Busan. Takdalah sampai ke Seoul berita tu."

"Awak tanya saya macam ni, fikir saya tau lah? Bukan semua benda saya tau," dia pandang aku dengan sebuah senyuman. Tak tau apa makna senyuman tu.

Aku alih pandang ke arah beg aku.

"Sunbae, tolong ambil beg saya." Taejin capai beg aku dan hulur. Tangan aku dengan cekap selongkar beg dan ambil phone.

On data.

Applikasi Whatsapp.

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Siapa viralkan aku sedang dihentam ni?! Aku pandang Taejin. Taejin just senyum. Muka aku dah berkerut seribu. Setahu aku, tiada siapa yang snap gambar aku sebab Momo tegah hal tu.

| I Need You |°°Where stories live. Discover now