Seperti yang Jungkook nak, aku ikat rambut hari ni. Tak pernah lagi senanya aku ikat rambut gi sekolah. Faktor pertama disebabkan aku malas nak urus rambut. Kedua, malas ikat. Dan terakhir, aku tak suka lelaki pandang leher aku.
Pernah sekali aku ikat rambut lepas habis waktu PJK sebab nak bagi segar sikit suhu badan tu, then mula lah mata lelaki lelaki gatal hinggap ke leher aku yang putih ni.
Sejak tu aku tak nak dah ikat rambut. Even kat rumah sekali pun. Tapi hari ni, dah crush kata ikat rambut, kena juga buat sebab.... Kau gila tak nak ikut permintaan crush kau?!! Da fak!
Tak tau lah kenapa suka sangat mencarut sejak dua menjak ni.
Beta Highschool.
Tak tau nak discribe apa feeling ni. Segan pun ada juga. Tak pernah lagi aku ikat rambut cam ni. Haihh lah Jeon Jungkook. Kau buat aku rasa janggal hari ni ky. Sebab ANDA.
Dari jauh aku dapat lihat Jungkook dah sandarkan tubuh kat kereta dia sambil bermain dengan smartphone. Aku betulkan beg.
Aku berdiri betul-betul di hadapan dia dan berdehem. Dia berhenti main dengan smartphone dia dan angkat kepala pandang aku.
Agak lama matanya menikam segenap wajah aku dan akhir sekali ke dalam anak mata aku. Jantung aku dah rajin mengepam darah saat ni. Seram sejuk ja pandangan dia.
"Lepas rambut kau balik!" Arahnya spontan dan pandang ke arah lain.
"Eeh ehh awak ni! Apa masalah awak haa?! Saya habiskan masa hampir 15 minit tau sebab nak IKAT rambut ni ja! Pastu sesenang mak bapak kau ja suruh buka?!" Ni aku marah ni.
Kalau aku tau dia tetap nak aku buka, takda lah aku buang masa 15 minit depan cermin demi menanam sebuah keberanian untuk hadap dunia!
"Just a simple words. LEPAS."
Nada dia agak ditekankan sedikit membuatkan jantung ini mencair. Tak pasti cair sebab takut atau tergoda.
Aku pun akur ja lah. Getah rambut tu aku tarik dan lepaskan rambut aku.
"Tepi!" Aku tolak Jungkook ke tepi dan menggunakan cermin keretanya sebagai cermin.
Aku just gitu gitu gitu, betulkan bangs and done. Well, benda ni selalu aku buat so takda lah susah sangat.
Kalau minta aku ikat rambut, sila tunggu taik anda membesar baru aku siap hohoho.
Jungkook pandang aku balik.
"Jangan pernah ikat rambut kau tu, faham?"
"Ehh asal pula? Biarlah," bidas aku sengaja nak tau apa alasan dia.
"Sebab anda sungguh-sungguh nampak huduhh jika anda ikat rambut."
"Kuang aja!" Niat nak tendang kaki Jungkook aku batalkan bila sedar yang lelaki di hadapan aku ni adalah si lelaki HTG JEON JUNGKOOK. Hard To Get tu, kau jangan nak sia-siakan peluang.
Kang kau tendang kaki dia, dia angkat kaki tinggalkan kau. Rilex Aurora. You can do it!
Aku senyum.
"Jom," dia genggam tangan aku dan automatik aku seperti terkena renjatan elektrik voltan 4.
"Jungkook." serentak aku dan Jungkook toleh belakang pandang siapakah gerangan tu.
Budak baru hari tu.
Ky dia memang kacak. Sangat kacak tapi masih tetap JEON JUNGKOOK yang pertama.
"Kau nak apa?" soal Jungkook dingin. Eh jap. Diorang berkenal ke?
"Eomma kau minta aku balik dengan kau hari ni," kata budak baru tu santai sementara Jungkook dah tak senang pandang budak baru tu.
"Kau kenal dia ke Jungkook sunbae?" soal aku sedikit merendahkan suara.
YOU ARE READING
| I Need You |°°
FanficPencapaian : #5 in fate Setelah sekian lamanya Aurora menyimpan perasaan terhadap lelaki hot meletop bernama Jeon Jungkook yang merupakan senior di Beta Highschool. Sikap Jungkook yang dingin dan tidak melayan peminat-peminat menyebabkan dia mendapa...