29%

301 27 0
                                    


-Jungkook POV-

"Appa tak nak dengar lagi Jennie mengadu kamu tidak layan dia. Kalau sampai appa dengar, siap kamu."

Aku betulkan beg. Aku pandang eomma minta bantuan tapi macam biasa. Eomma aku just angkat bahu , buntu nak tolong macam mana.

"Boleh tak appa biar ja Kook buat apa yang Kook nak? Bosan doh layan cekodok tu! Dahlah gedik," aku gulingkan mata menyampah ingat balik perangai dia canne. Sanggup aku hadap Aurora berbanding dia.

"Dia bakal----"

"Kook gi sekolah dulu. Dah lambat."




_______________

-Aurora POV-


' pap! '

Aku angkat kepala pandang wajah manusia yang tidak bertamadun tu. Suka hati mak nenek dia ja ehh pukul meja orang.

Oh... minah ni rupanya. No wonderlah.

"Aurora. Boleh tak kalau saya nak kau jauhkan diri dari Jungkook?"

"Tak." Betullah kan? Aku tak nak berjauhan dari Jungkook sebab... yelah pike senang eh nak dekat Jungkook? Susah weih. Aku ni pun dapat dekat-dekat dengan dia pun sebab nasib dan takdir aku jadi fake girlfriend dia. Now dia suruh aku jauhkan diri?

"Kau memang jenis perempuan yang tak tau malu kan? Saya ni bakal isteri Jungkook tau, bukan girlfriend dia."

"Peduli apa. Kalau Jungkook tak sudi, janganlah menggedik merungut kan?" Balas aku dengan sinis. Heihh ni lah ni bakal musuh kedua aku. Pertama, tu ha si Momo milk shake tu - _ - '  .

"Kau sebelum saya cilikan mulut tu, baik jaga sikit ya Aurora. Kau ingat saya tak tau status kau kat sekolah ni apa? Hamba . Heh. Bodo arr kau. Dah miskin, sekolah kat Beta Highschool buat apa."

Aku genggam sebuku penumbuk menahan sabar dengan setiap kutukan pedas dia.

"Jungkook takkan bahagia dengan kau lah Aurora. Tengok ja lah sekarang, dia bukan cinta kau pun. Jangan ingat saya tak tau yang kau tu fake girlfriend Jungkook. Kau nak saya sebarkan ke?"

"Sebarlah kalau ada yang sudi nak dengar."

"Tchh... jangan angkuh budak. Saya boleh buat apa ja yang saya nak termasuk beli kawan kau si Jung Aeri."

"Yah!" Aku berdiri dan tolak dia jauh dari meja aku.

"Marah? Kenapa marah? Sebab saya nak dekat dan beli hak kau kan? Kau dapat ke beli tu semua? Miskin tak sedar diri. Kau tengok ja lah diri kau tu. Jungkook birthday kau nak bagi hadiah apa? Taik kucing? Valentine day, orang bagi coklat. Kau bagi taik idung? Sedarlah. Kau miskin. Lagipun our family dah deal pun pasal perkahwinan kitorang. So please, jauhkan diri kau dari Jungkook."

Nafas aku turun naik tahan air mata dari tumpah di hadapan musuh ketat kedua aku.

"Saya harap lepas ni kau faham lah ya. Saya malas nak tambah dosa sebab nak bagi budak macam kau ni faham. Kalau kau asyik layan Jungkook, pegang sana, pegang sini, ruang mana untuk saya pikat hati bakal suami saya?" Jennie senyum dan peluk tubuh.

"Saya boleh sabar lagi Aurora. Kalau saya dah hilang sabar, orang pertama yang saya sasar Aeri."

Dia keluar dari kelas selepas Aeri datang menerpa kami berdua. Aku duduk dengan tangan masih mengepal sebuku penumbuk.

| I Need You |°°Where stories live. Discover now